Thursday, March 25, 2010

Tidur itu pun ibadah...


Sebelum tidur, apa yang anda akan lakukan? Memberus gigi, mencuci muka, mengambil wudhuk, membaca doa tidur, membaca ayatul kursi dan sebagainya. Tapi adakah kalian tahu bahawa Rasulullah s.a.w ada meninggalkan kepada kita 4 perkara yang patut kita lakukan sebelum tidur.

Bersabda Rasulullah s.a.w pada Saidatina Aisyah r.a: "Janganlah kamu tidur sebelum melakukan 4 perkara ini yakni khatam al-quran, telah menjadi seluruh nabi dan rasul sebagai pemberi syafaat kepadamu, menjadi seluruh umat Islam rela kepadamu dan kamu telah mengerjakan haji dan umrah"

Wah, tentu kalian berfikir panjang kan, bagaimana mahu melakukan 4 perkara ini sebelum tidur sedangkan nak pergi umrah pun tak pernah lagi,inikan pula mahu naik haji. Mustahil bukan? Tapi nanti dahulu, adakah kalian tahu apa yang di maksudkan oleh Rasulullah s.a.w tersebut?

Saidatina Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w : " Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melakukan 4 perkara ini dalam jangka masa yang pendek?"

Jawab Rasulullah s.a.w : "Bacalah kamu surah al-Ikhlas 3 kali nescaya ia menyamai dengan pahala khatam al-Quran. Berselawatlah kepadaku, nescaya kamu telah menjadikan seluruh nabi dan rasul sebagai pemberi syafaat kepadamu. Beristighfarlah, kerana sesungguhnya kamu telah memohon keampunan untuk seluruh umat Islam, nescaya seluruh umat Islam redha kepadamu. Bertasbihlah kamu kerana pahalanya menyamai orang yang mengerjakan haji dan umrah."

SubhanAllah, sungguh Islam itu tidak memberati penganutnya. Marilah kita lakukan 4 perkara ini sebelum tidur.Jadikan amalan kita setiap hari.. InsyAllah...


0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers