Tuesday, March 30, 2010

Seputar mengenai purdah...




Mungkin agak berat untuk ana memperihalkan mengenai isu ini. Tapi, atas permintaan sahabat ana, ana cuba lunasi juga.

PURDAH..bila kita membicarakan mengenai hal ini di Malaysia, mungkin pandangan masyarakat terhadap kita agak ekstremis.Maksud ana, masyarakat memandang orang yang berpurdah ini lagaknya seperti "teroris"..Astaghfirullah..ana tidak bermaksud sebegitu tetapi itu yang ana dapat rasakan dari pandangan mata masyarakat yang melihat golongan seperti ini.Lagaknya seperti melihat makhluk asing yang baru sampai ke bumi.

Saudaraku sekalian.. Jujur ana bukanlah seorang yang sempurna dan punya banyak ilmu untuk membicarakan mengenai isu ini. Tapi sedaya-upaya ana cuba untuk mengkaji dan menteliti. Berfikirlah secara rasional apabila membaca artikel ana ini. Mohon jika ada kesilapan diperbetulkan segera, ana berlapang dada untuk menerima.

Dalam membincangkan hukum memakai purdah, kita perlu melihat perbicangan ulama terhadap wajah wanita, adakah aurat ataupun tidak.

Mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan wajah adalah aurat. Manakala Mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan bukan aurat.

Semua ini berpunca daripada tafsiran berbeza surah Nur, ayat 31 dan surah Ahzab ayat 59.

"Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" ( An-Nur )

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ( Ahzab )

Beberapa hadith juga dijadikan sandaran, namun ianya lemah dan tidak jelas untuk dijadikan hujjah.

Kemudian beralih kepada hukum memakai purdah. Ada yang mewajibkan secara mutlak dan ada yang meletakkan syarat mewajibkan pekaian purdah apabila muncul fitnah.

Persoalannya bagaimanakah yang dikatakan fitnah itu? Dr Muhammad Said Hawa menyatakan meletakkan syarat fitnah adalah tidak dhabit ( tetap ). Boleh jadi yang memakai itu fitnah seperti yang pernah ditimbulkan oleh Ustaz Fakhrurrazi ( MA Tafsir Universiti of Jordan ),

" Jika 9 orang tidak memakai purdah dan seorang memakainya menyebabkan semua lelaki menumpukan kepadanya hingga menimbulkan fitnah wajib dia tanggalkan"

Manakala pendapat yang agak kontroversi baru-baru ini menyatakan pemakaian purdah hanyalah uruf dan adat masyarakat setempat, bukannya daripada agama.

Akhir sekali saya merasakan pendapat yang paling, jelas, tepat adalah pemakaian purdah adalah satu fadhilat ( kelebihan ).

Soal niat, tujuan mereka yang memakai itu, terpulanglah kepada individu, fiqh tidak menghukumkan perkara yang tersirat. Cuma mereka yang memakainya harus sedar bahawa mereka lebih diperhatikan. Jika akhlaknya buruk, maka yang mendapat nama adalah pakaian islam juga.

Apa pun ini adalah masalah khilafiyah dikalangan ulama. Sebelum membincangkannya, lihatlah dahulu aurat yang menjadi kata putus oleh ulama.

Sebab itulah kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi, sebelum memperjuangkan pemakaian purdah, perjuangkan dahulu pemakaian yang menutup aurat.

Wallahua'lam.

SUMBER RUJUKAN : Bayu Timur (muhammadshahrulifwat.blogspot.com)

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers