Saturday, March 27, 2010

Manusia dan kebenaran..


Sedikit perkongsian ilmu.Ana ada menghadiri seminar bedah buku yang bertajuk "Manusia dan kebenaran" hasil karya Yusuf al-Qardawi. Perbincangan dan ulasan mengenai isi kandungan buku ini. Peserta di ajak untuk berfikir mengenai kebenaran yang akhir-akhir ini tenggelam dek al-dhalal yakni kebatilan.

"..maka tidak ada sebuah kebenaran itu melainkan kesesatan" ( Yunus: 32)

Apa yang ana ingin kongsikan bersama kalian adalah mengenai rahsia kebatilan lebih dikenali ramai umat dari kebenaran? Teras kebenaran adalah tetap dan kekal; manakala batil pula keadaannya musnah dan binasa. Tapi apa yang dilihat masyarakat sekarang adalah kebatilan itu adalah hebat,kekal dan berterusan,, kebenaran itu pula di lihat lemah, dikuasai, menurun dan lenyap.

Ana buat perbandingan supaya kalian mudah faham. Kita ambil contoh Islam adalah kebenaran ( memang tidak boleh dinafikan, Islam adalah agama yang benar), manakala Barat kita ambil sebagai kebatilan. Mengapa kita lihat, penganut Islam lebih lemah, mundur dan terbelakang dari segi ekonomi dan sebagainya sedangkan barat semakin maju ke depan? Ini lah yang orang lain lihat, apabila kebenaran itu disandarkan pada kemajuan sesebuah tamandun sahaja.

Rahsia kebatilan

Kebatilan itu muncul bila kebenaran itu di lalaikan.tetapi ingat bahawa kemunculan itu tidak lama dan tidak berpanjangan. Penyelewengan atau keburukannya pasti akan terserlah.

" Katakanlah:Sesungguhnya Tuhanku mewahyukan kebenaran. Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib.Katakanlah: Kebenaran itu telah datang dan yang batil itu tidak akan memulai dan tidak(pula) akan mengulangi." ( Saba': 48-49)

Sungguh, kebatilan itu ibarat buih yang muncul di permukaan air, hanya sebentar cuma timbul, kemudian hilang, yang tinggal hanyalah air yang bersih sahaja.

Kisah arnab dan kura-kura

Itu lah kata kuncinya kenapa umat Islam dilihat mundur dewasa ini. Sedangkan penganut lain sudah maju 10 tahun dari kita.

Analoginya begini. Mungkin kalian sudah faham atau hafal mengenai kisah perlumbaan arnab dan kura-kura. Arnab disifatkan sebagai binatang yang paling pantas berlari, manakala kura-kura adalah binatang yang berjalan sangat perlahan. Jika dilihat melalui logik akal, mustahil untuk kura-kura menang perlumbaan lari tersebut. Tetapi apa yang berlaku? Kura-kura berjaya menewaskan arnab. Apa puncanya? kerana arnab lalai. Tertidur di tengah jalan. Hingga kura-kura melintas pun tidak disedarinya.

Begitu juga umat Islam sekarang.Hakikatnya, jika kita benar-benar mengamalkan apa yang Islam anjurkan, kita adalah umat yang paling maju. Sejarah sendiri membuktikan bagaimana penemuan sains kita merentasi zaman. Kita lalai dek kesenangan dunia, kita lalai dengan masa yang kita ada.

Realitinya Barat menguasai kita. Kita yang terdesak ini pula mengakui bahawa Baratlah yang paling benar dalam segala hal.

Ana teringat pada pepatah " Dunia ini begitu rugi jika umat Islamnya mundur"

Kebenaran itu tetap kekal

Jika kita mengatakan bahawa Baratlah yang benar, sila kemukan apakah mereka sudah mencapai tahap tamadun?Yakni maju bukan dari segi material sahaja bahkan rohani masyarakatnya.

Apa yang dilihat sekarang, Barat bukanlah kebenaran yang kita cari. Mungkin mereka berjaya mencipta pelbagai alat yang canggih tetapi lihatlah bagaimana akhlak masyarakat mereka. Kes jenayah, rogol dan sebagainya berleluasa. Mereka bukan sahaja menjuarai dalam bidang material bahkan menjuarai dalam takhta jenayah paling banyak di muka bumi ini.

Apa lagi yang kita pandang pada Barat.Percayalah bahawa kebatilan itu akan lenyap, kebenaran akan muncul jua.

" Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" ( Al-Israa':8)

Sedar dari kelalaian

Justeru sedarlah dari kelalaian kita. Sifirnya mudah. Bangkit dari kelalaian, kita akan maju kembali.Sayang sekali kerana kita amat mudah untuk diperkotak-katikkan oleh propraganda Barat. Sesuatu kemudaratan itu dikata membawa kebaikan.

Berfikirlah sejenak mengenai hal ini. Perahu sudah tersedia, pendayung sudah di tangan, hanya anda yang menentukan ke mana hala tuju perahu anda itu. Ke arah hilir atau hulu..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers