Friday, March 26, 2010

Melihat tanpa bertemu...


Seorang pengembala tua sedang mencari-cari kerbaunya yang hilang. puas di carinya di merata-rata tempat, namun kerbaunya masih belum ditemui.Dia bertembung dengan seorang budak yang sedang memancing.

Pengembala itu pun bertanya: " Ada kau nampak kerbau pakcik yang hilang?"

"Oh kerbau pakcik yang buta matanya di sebelah kiri itu ya?" tanya budak itu.

"Ya,ya.." jawab pakcik itu dengan cepat.

"Rasanya kerbau pakcik itu dah tua.." tambah budak itu lagi.

"Betul,betul, kerbau pakcik memang sudah tua.Kau ada jumpa dia?"

"Kerbau pakcik itu tempang kaki kanannya yang di sebelah hadapan bukan?"

"Betul,betul.Tunjukkan kerbau pakcik itu di mana?"

"Maaf pakcik,saya tidak jumpa kerbau pakcik..." kata budak itu.

"Kau jangan main-main.Memang itulah kerbau pakcik.Kerbau pakcik memang dah tua, tempang kakinya dan buta mata sebelah kanannya.Jangan bergurau, pakcik nak cepat ni.."

"Betul,saya tak nampak,pakcik," balas budak itu lagi.

"Kalau kau tak jumpa, bagaimana kau tau sifat kerbau pakcik?"

Budak itu tersenyum.

"Macam ni.."kata budak itu lalu membawa pengembala itu ke tepi belukar.

"Tengok rumput-rumput ini. Ia telah diragut oleh kerbai pakcik. Ini kesan ragutannya..." Budak itu menunjukkan kesan ragutan pada rumput-rumput hijau tersebut.

"Ya.memang ini kesan ragutan kerbau. Tapi macam mana kau pasti ini kesan ragutan kerbau pakcik? Bukan kerbau lain?"

"Cuba pakcik lihat baik-baik, Semua rumput yang diragutnya adalah yang di sebelah kiri. Itu menunjukkan kerbau itu buta mata kanannya. Kesan ragutannya pula tidak sekata. Menunjukkan giginya sudah jarang atau ada yang patah..ertinya kerbau ini sudah tua.dan tengok pula kesan tapak kakinya. Kesan tapak kaki hadapan sebelah kanan berbeza dengan tapak-tapak kakinya yang lain. ia kelihatan seperti diseret, ada ketikanya tidak ada langsung. Itu menunjukkan kerbau ini tempang..."

MORAL CERITA INI:

Tidak semestinya kita perlu nampak sesuatu untuk kita menerima kewujudannya. Ada waktunya keyakinan dapat dicapai hanya dengan melihat tanda-tandanya. Begitulah Allah, kita tidak perlu melihat-Nya dengan mata untuk mengakui keagunganNya. Cukup dengan melihat ciptaan-Nya!

SUMBER: MAJALAH SOLUSI ISU 17

2 comments:

MS Rizal on March 26, 2010 at 9:01 PM said...

Good!

SuhaNa on March 26, 2010 at 10:57 PM said...

Thumbs up lar...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers