Posts

Showing posts from November, 2012

Eh, dah cuti sekolah daaa..

Image
                                         “Horeyyy..cuti sekolah!” Gegak gempita sekolah yang berada di hujung ladang getah itu dengan sorakan murid-murid yang ibarat baru pulang dari perang Badar. Melompat keriangan. Hantu getah pun boleh lari melihat keriangan mereka ini. “Eh, nak buat apa cuti sekolah ni? Latihan hoki setiap pagi. Lepas tu kita berkelah mandi sungai nak? Kita beli nasi lemak makcik Ida yang sedap tu buat bekal,” saran kawan saya, mengeluarkan ideanya yang bernas itu. Saya yang mengayuh basikal itu hanya mendengar dan mengangguk-anggukkan sahaja kepala tanda bersetuju. Zaman saya, waktu 90-an. Cuti sekolah adalah perkara yang paling best. Duduk berbincang sesama kawan, dan merancang aktiviti apa yang mesti dilakukan sepanjang dua bulan. Al maklumlah, tinggal di kampung. Aktiviti kami pastinya yang berkaitan sekitar kampung sahaja. Mahu ke bandar? Hurmm.. hentikan sahaja. Tiada tarikan bagi kami anak kampung untuk ke sana. Walhal, di kampun