Sunday, March 28, 2010

Couple itu indah?....(1)


Apa tujuan bercouple?

Jawapan 1 : Mahu tanda bahawa dia kekasih saya. Tak nak bagi orang lain dapat.

Jawapan sebegini biasanya digunakan oleh remaja kampus. Namun, bagi penulis, ia adalah satu alasan yang paling popular untuk membolehkan pasangan bercinta teruna dan dara. Kita perlu sedar bahawa manusia biasa tidak mampu meramal masa depan. Adakah dengan bercouple atau mengikat tanda seseorang itu adalah kekasih kita, maka semuanya terjamin? Ini belum tentu terjamin lagi! Orang bertunang bertahun-tahun pun masih ada kemungkinan bercerai. Ini bererti kita tidak mampu meramal masa depan. Sekalipun kita tanda ke, kita ikat ke, kita tunang ke, jodoh tiada siapa yang tahu. Jadi sepatutnya kita perlu banyak berdoa.

Jawapan 2 : Mahu mengenali bakal pasangan dengan lebih dekat

Jawapan ini adalah alasan lemah bagi pasangan yang ingin bercinta. Kerana apa? Sesungguhnya manusia tidak mampu mengenali manusia lain sedalam-dalamnya. Berkenalan atau taaruf adalah proses sepanjang hidup. Orang berumah tangga hampir 20 tahun masih lagi tidak mengenali pasangan dengan sepenuhnya. Inikan pula bagi couple yang berkenalan baru setahun dua.

Lagipun, manusia adalah makhluk beremosi. Manusia sentiasa berubah-ubah berdasarkan kondisi dan situasi. Ada manusia yang baik kemudian bertukar jahat. Ada manusia lembut akhirnya bertukar keras. Mnegenali pasangan itu penting, tetapi sepatutnya proses mengenali ini bermula setelah anda duduk bersama sebagai suami isteri.

Jawapan 3 : Mahu memahami wanita dengan membiasakan diri dengannya. Agar tidak kekok.

Jawapan ini adalah jawapan kurang matang. Bagi saya, penyesuaian sebelum berkahwin tidak perlu. Ini kerana penyesuaian antara lelaki dan wanita akan berlaku dengan cepat. Ini adalah tabiat manusia dan manusia akan mudah menyesuaikan diri dengan pasangannya. Selepas berkahwin, proses ini akan berlaku dengan sendirinya. InsyAllah..

bersambung.......


SUMBER : Aku mahu jatuh cinta tapi dengan siapa (A.Ubaidillah Alias)




3 comments:

wiki wiki shafiq on April 5, 2010 at 4:17 AM said...

insyaALLAH...kesedaran dan pengalaman mematangkan kita dalam membina hidup..

wiki wiki shafiq on April 5, 2010 at 4:26 AM said...

dahulu persatuan IMAM di UiTM selalu menegah akan keburukan bila mmbina hubung didlam kampus tpi tidk diendhkan..rupanya..suma itu mmberi aku kesedaran...akan kurniaan tuhan dah tuhan itu maha adil...aku insaf..

SuhaNa on June 22, 2010 at 5:13 AM said...

fungsi rakan adalah teman mengingat agar tidak lari dari tujuan hidup ini..berhati-hati dalam meniti duri kehidupan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers