Friday, March 12, 2010

Malu yang hilang..


Dari Abi Mas'ud 'Uqbah bin Amru al-Ansari al-Badri r.a, katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : " Bahawasanya sesetengah yang di dapati manusia dari perkataan nabi yang terdahulu;ialah apabila engkau tidak malu maka kerjakanlah apa yang kamu kehendaki." ( Diriwayatkan oleh Bukhari)

Malu ialah perasaan perasaan mendesak seorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan yang terpuji. Apabila pakaian malu ditanggal dari peribadi muslim itu, maka tiada lagi perasaan segan untuk melakukan perbuatan mungkar di bumi Allah ini.

Apa yang ana ingin perkatakan adalah apabila golongan Agama yang hilang rasa malunya. Kita sedia maklum, apabila dikata gologan Agama, tentulah orang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi. Digelar sebagai ustaz bagi ikhwan atau ustazah untuk akhowat. Membawa imej agama di dalam diri mereka, bermakna membawa kepercayaan masyarakat terhadap mereka.

Ana tidak perkatakan bahawa golongan Agama ini bersifat maksum,tidak tercela dari sebarang perkara kejahatan,tetapi sekurang-kurangnya mereka perlu sedar tangunggujawab yang di amanahkan kepada mereka. Sungguh besar kesannya apabila pakaian malu ditanggal dari diri kita.

Moga perkara ini menjadi peringatan buat diri ana dan kalian juga.

Bingkisan...

Gigitan cinta ustazah khalwat



2010/03/12....sumber myMetro

JOHOR BAHRU: Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.


Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.


Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.


Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.


Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

“Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.


“Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim,” katanya.


Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.

2 comments:

~ ReD ~ on March 17, 2010 at 1:46 PM said...

macam2 hal..

SuhaNa on March 19, 2010 at 4:32 PM said...

itu lar..bila malu kian hilang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers