Posts

Showing posts from March, 2021

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

Image
Hi korang.. Mungkin cerita ni dah basi kot tapi aku saja nak cerita dekat blog aku sebab nanti mesti ada orang cari dekat google kan? Kah! Alhamdulillah aku lulus temuduga untuk menjadi Teknologis dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 16 Disember 2020 dalam bidang Construction & Technology. Jadi dengan ini, aku boleh gunakan title Ts.Norsuhana, gituh..maksudnya Teknologis Norsuhana lah. Penting ke benda ni? Apa beza dengan jadi Professional Engineer? Hmmm..panjang aku nak cerita pasal ni. Mungkin tak rajin nak menaip dengan panjang sekarang, tapi secara mudah nak kata, Professional Engineer adalah orang yang design dari konsep dan mereka yang melaksanakan konsep ini adalah dari kalangan Teknologis. Penting ke nak ambil? Bagi aku, kenapa aku nak ambil sebab ini beri nilai tambah kat diri aku. Untuk aku melayakkan aku beri sesuatu pengetahuan kepada golongan akademik atau pakar, maka gelaran yang ada boleh menyakinkan mereka tentang pengetahuan aku, takkan ak

Permohonan GrEP MARA 2021

Image
Hi, Assalammu’alaikum korang.. So ramai mungkin dah tahu atau masih tak tahu, MARA baru sahaja buka permohonan untuk tajaan bagi tahun ini. Dan ada pembaharuan dimana, dimaklumkan, pihak MARA akan membuat dua kali pengambilan GrEP MARA 2021 ini. Macam mana tu? Dia macam ni… Siapa yang dah ada Unconditional Offer Letter untuk mula pengajian sampai May 2021 ni, maka anda layaklah untuk memohon. Kebiasaannya, negara down under seperti Australia, New Zealand mulakan pengambilan sewaktu Autumn mereka ni, ada sesetengah universiti di UK juga ambil pengambilan Januari, so korang kena semak lah. Nak kena semak dekat mana? Hah baca tips aku bagi before ni cara nak buat permohonan universiti dengan cara sendiri atau guna ejen. IELTS macam mana? Takpa, jika tak sempat ambil IELTS it’s ok. Korang boleh hantar sebelum korang fly dekat MARA. Asalkan lepas syarat yang IELTS Overall 6.5 tuh! Component tak achieve pun ok, asalkan lepas overall mark tu. PhD? Ok macam yang aku ber