GrEP MARA: PART 3

Baiklah,

Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita next step apa korang kena buat setelah dah hantar semua dokumen yang diperlukan seperti dalam senarai semak dalam entri aku sebelum ini.

Korang kena tunggu sahaja sehingga mendapat emel dari pegawai MARA bahawa anda benar-benar berjaya dan diberikan kontrak dokumen, surat tawaran, financial affidavit dan sebagainya.


Berapa lama nak tunggu?

Semasa kes aku tahun lepas, aku mohon untuk tukar universiti yang tidak berada dalam ranking yang dikehendaki. Jadi tarikh tutup kena hantar borang semakan MARA adalah akhir bulan Mei. Masa itu aku tak ada hantar surat tawaran tidak bersyarat lagi pada MARA, aku dapat dalam akhir minggu Jun. Kemudian awal Julai terus aku emel pada MARA minta kemaskini status aku sebab aku kata kemasukan aku adalah hujung bulan Julai, mustahil untuk aku siapkan segala dokumen, urusan visa dan sebagainya.

Pagi aku hantar emel, petang dalam jam 6 petang, Puan Salwa menelefon aku berkenaan hal aku untuk tukar universiti berkenaan. Katanya sudah dibawa berbincang dalam mesyuarat dan aku perlu mengemukakan juga surat tawaran dari universiti yang berada dalam kelompok 10 terbaik. Puan Salwa menyarankan aku untuk tukar universiti di United Kingdom memandangkan lebih banyak pilihan berbanding di Australia.

Aku akur.





Jadi kalau tanya aku berapa lama nak tunggu? Dalam sebulan macam tu kalau taka da masalah pada senarai semak, tapi kalau intake korang awal, boleh sentiasa kemaskini dengan pihak MARA. Kalau tak cukup apa yang diperlukan, nanti pihak MARA akan telefon semula. Tapi lebih baik lah korang mudahkan kerja orang kan? Hewhew…

Apa nak buat lepas dapat dokumen perjanjian?

Oh ye, dokumen perjanjian tu korang kena siapkan semua dalam masa 14 hari sahaja tau!!

Pastikan korang baca satu persatu. Aku tahu korang mesti sibuk tapi percayalah, ambil masa untuk fahamkan kontrak dokumen tersebut supaya korang tahu kesan dan akibat sebagainya lah.

Lepas itu, pastikan korang baca buku panduan untuk mengisi dokumen perjanjian yang korang kena matikan setem di LHDN atau pejabat pos. Ingat matikan setem di muka surat mana! Jangan tersalah gam pula ye. Kalau luar negara, korang kena sediakan 5 dokumen kontrak yang bukan fotostet ye. Jadi sediakan RM50 lah.

Oh ye, pada borang penjamin, korang kena minta tandatangan pesuruhjaya sumpah kan?

Kebiasaannya, penjamin kena hadir sekali untuk pesuruhjaya sumpah borang tersebut, tapi katakan korang tinggal di Shah Alam dan penjamin korang di Kedah kan? Jauh kann!

Korang boleh cari pesuruhjaya sumpah yang boleh tandatangan tanpa penjamin perlu hadir.

Kalau di Shah Alam, aku pergi di bangunan UTC Selangor di tingkat 1. Korang boleh tanya pada pengawal kat mana. Jadi aku pergi situ sahaja, mudah dan pantas dan bayaran yang dikenakan adalah RM 8 per borang tak silap aku.

Ada tempat lain lagi, so korang boleh tanya lagi pada kawan-kawan, kat Twitter ke mana ke kan yang berhampiran dengan tempat korang.

Baiklah, aku rasa part untuk dokumen perjanjian itu paling renyah adalah sebab ada 5 salinan dan kau kena tulis tangan satu satu. Lenguh bai! Hahaha.tapi nak buat macam mana, memang kena buatlah kan kekdahnya.

Financial Affidavit/ Financial Statement

Oh ye! Dua perkara atau adalah surat yang berbeza. Boleh jadi kau dapat dua-dua atau dapat salah satu. Kebiasannya universiti yang mohon penyata kewangan sebegini sebab kalau permohonan visa, kau cuma perlukan financia affidavit dah cukup.


Kalau tak ada macam mana?

Boleh mohon pada MARA. Jangan risau keh!


Dan jangan lupa semak surat tawaran MARA tu sebab nanti IC lain, nama sama, program lain etc..haha..benda ni biasa berlaku, so kalau berlaku kat korang, just emel dan minta pembetulan punya.

Lampiran A

Ok, dalam lampiran A ini adalah apa yang MARA akan bagi pada korang! Ianya termasuk elaun sara hidup, penempatan, tiket kapal terbang etc.

Jadi korang tengoklah.

GrEP ni makin sikit elaun dipotong..haha…dah taka da elaun tesis, elaun akhir tahun atau tamat pengajian, elaun alat tulis, elaun baju sejuk, elaun perkakas…hahah..banyak kan hilang dah!!

Masa mula-mula aku memang cari lampiran A ni dulu sebab aku nak buat bajet aku.


Sama ada PhD atau Master, elaun korang sama ye.

Cuma beza adalah korang di ikut Kadar A atau B.

Untuk Australia, kadar A dapat AUD1380 sebulan. Kadar B aku tak pasti.

Untuk United Kingdom, kadar A dapat £1200 tak silap aku. Itu yang berada di London sahaja. Kadar B adalah mereka yang tinggal di luar London walaupun kos hidup mahey macam London! Edinburgh ni lah..hahahha.. so dapat £1012 sebulan.

Tengoklah lampiran aku tu.

Kos Hidup

Ini soalan yang korang je boleh jawab sebab aku nak katakan ia bergantung pada individu. Aku pergi dalam keadaan aku masih ada komitmen pada bank yang aku perlu bayar setiap bulan. Kereta, kad kredit, pinjaman peribadi.

Jadi cukup ke?

Alhamdulillah semasa aku belajar di Australia, aku hanya tetap bayar hutang pada bank sahaja sementara yang lain aku hold dulu sementara. Dan pula, rumah aku dapat sangat murah ketika itu.

Ketika aku sambung di UK ini, hutang kereta aku dah habis. Tinggal hutang kad kredit jelah tapi..haha..tapi Alhamdulillah aku dapat sewa bilik yang sangat murah juga tambahan rumah ni pula semua Malaysia yang duduk juga. Aku sewa dengan budak undergraduate.

Ini aku ceritakan nanti bagaimana korang nak dapatkan penempatan nanti.

Tapi next aku cerita bagaimana selepas itu korang kena uruskan visa dan kena tunggu duit pendahuluan dari MARA sama ada sempat ke tidak dapat sebelum korang fly!

Jumpa next keh..

p/s: Doakan aku lagi dua bulan aku nak first year review wehhhh..takuttt…hewheww..

 

Comments

KIMCHI BELACAN said…
Assalam
Sy bercadang utk sambung master research di aussie. Boleh share tips untuk approach sv especially utk aussie uni ? ^^
Suhana said…
Wassalam wbt.

Kalau nak sambung master research di Australia, approachnya sama sahaja,saya ada ceritakan di entry sebelum ini part 2.
Unknown said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Asalamualaikum Cik Suhana, ada sambungan lagi tak lepas entry ni? Saya teringin nak tahu step seterusnya.
Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt..inshaAllah ada!
Anonymous said…
Salam sis. MARA tetapkan syarat kena habiskan phd dalam tempoh penajaan? Atau boleh extend tanpa penajaan bagi extension period tu sbb nak elakkan bayaran balik penuh? Kira self funding utk extension tu.
Anonymous said…
sis kalau waktu isi borang ada tersilapntulis nak buat macam mana ya? boleh guna correction tape/liquid paper ke?
Suhana said…
Wassalam wbt. Kena habiskan dalam tempoh pengajian tapi kalau kena extend dan self-funding after that, mungkin boleh hubungi dengan pihak MARA kot tentang bayaran balik penuh. Asalkan tamat pengajian rasanya.
Suhana said…
Salam wbt, kalau etika borang perjanjian tak boleh liquid. Kena gariskan kesalahan dan tulis kat atas perkataan yang betul. Boleh rujuk cara pembetulan untuk isi borang semula.
sam said…
Salam. Boleh dapatkan tips nak jawab personality test tu? dah dua kali try x dapat :(
Suhana said…
Wassalam wbt Sam..hmmm..tak tahu nak bagi tips macam mana tapi personality test untuk scholarship ni banyak pada honesty..dan jawapan lebih kepada strong or weak..not too much in the middle..i dont know, perhaps like that sebab saya jawab personality test untuk scholarship selalu lepas, Alhamdulillah but none for SPA (not suitable to work with government kot?? huhuhuu)
Unknown said…
Hi Saya nak tanya, pinjaman pemboleh ubah GREP ni nak kena bayar macam mana nanti? tahu tak syarat dia? saya tertanya sebab nk buat PHd bukan ada pointer kan. rate dia macam mana.
Suhana said…
HI, PhD atau Master sama sahaja, kalau lulus kena bayar 20% semula. Postgraduate dah tak ikut pointer. Lulus atau gagal sahaja.
Anonymous said…
Salam, saya ada soalan, saya mendapat tawaran bersyarat dari The university of Manchester untuk intake september nanti,ranking subjek yang saya mohon di institusi tersebut melayakkan saya untuk memohon GrEP, masalahnya saya dapati syarat CGPA pemohon yang menyambunh master keluar negara mestilah 3.75, tapi CGPA tidak sebagus tu. Persoalan saya, ada kah MARA strict dengan syarat-syarat yang ditetapkan? Ada tak cadangan lain selain dari MARA untuk saya membuat permohonan pinjaman? Terima Kasih sangat-sangat sekiranya akak sudi respond solan saya ni :)
Suhana said…
Wassalam wbt. Jika CGPA tak melepasi 3.75, tapi anda ada pengalaman kerja 3 tahun ke atas InshaAllah di terima. Either two, working experience or CGPA.
Unknown said…
Assalamua'laikum,sis. terima kasih di atas perkongsian. Sy nk tnye, jika kita dh dpt tawaran GReP, pihak MARA akan provide penyata x sekiranya duit dimasukkan atau ade link yg kita blh refer? Dan lagi satu, yuran pengajian adakah pihak MARA akan terus bank in ke acc pihak universiti atau kpd kita?
Suhana said…
Wassalam wbt, duit akan dimasukkan terus ke akaun bank, kalau nak tengok penyata boleh semak di ebaki. Yuran pengajian MARA bayar terus ke universiti, cuma kita kena sediakan invois kalau MARA masih tak dapat dari universiti.
Atiqah Hasman said…
Salam. Kadar bayaran balik macam mana ye?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Perlu minta pengurangan dengan MARA, kemudian mereka akan keluarkan jadual bayar balik. Pengurangan sebanyak 20%.
Anonymous said…
Salam sis. Congratulations sbb berjaya sambung phd and dapat GrEP MARA. All the best! btw, sy nk tnya, pengurangan 20% tu, adakah based on CGPA? ada macam 50% pengurangan kalau dpt CGPA3.75 ke? Thankyou!
Alin Maisarah said…
Assalamualaikum, harap cik balas komen ini. Saya dah dapat surat tawaran dan perjanjian semua dari mara tapi saya ingin tukar universiti. Macam mana cik buat penukaran universiti itu ye? Adakah saya still boleh tukar universiti sebab surat tawaran semua dah dapat.
Anonymous said…
Assalamualaikum cik.

Apakah permohonan MARA akan dibatalkan sekiranya gagal hantar document kpd pihak MARA dalam tempoh 14 hari tersebut? Patut kah saya menyatakan yang document tu lambat dihantar. Saya risau cik
Anonymous said…
Maaf saya keliru baca komen. pengurangan 20% dari jumlah pinjaman (bayar 80%) atau kena bayar 20% sahaja?
Luqman said…
Assalamualaikum Sis. Lets say saya dapat offer dari uni luar negara but pointer saya tak menepati syarat mara. And pengalaman kerja tak sampai 3 tahun. Agak2 berbaloi tak apply GrEP ke menang tak dapat
Suhana said…
Wassalam wbt,

Terima kasih! Setakat ni setahu saya untuk postgraduate level, pengurangan hanya pada gagal atau lulus tamatkan pengajian sahaja. Tidak ada lagi bergantung pada CGPA.
Suhana said…
Wassalam wbt Alin,

Kalau universiti tu masih dalam ranking, untuk tukar universiti tiada masalah. Emel permohonan untuk tukar universiti bersama surat tawaran. Kalau nak tukar universiti bukan dalam ranking, kena buat permohonan rayuan. Dapat atau tidak bergantung pada permohonan surat rayuan.
Suhana said…
Hanya bayar 20%. Pengurangan sebanyak 80%.
Suhana said…
Wassalam wbt Luqman,

Masih boleh nak mohon kalau nak cuba, kawan saya baru tamat belajar, second upper class, takda pengalaman kerja, buat permohonan rayuan dan Alhamdulillah dia dapat.
Unknown said…
Assalamualaikum kak Suhana, nak tanya untuk kawasan sydney akak boleh share tak accomodation yg murah dekat sana for students ?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Hmm..untuk Sydney depends on which univ you are going for..area UNSW ke, UTS ke..so memang depends on where you are going..tapi boleh kata range untuk satu rumah kat sana biasanya boleh up to $500/month if share 5 orang mcm tu rasanya..tu akak rasa pun paling murah kot.
Anonymous said…
Hi? Just nak tnya regarding the accommodation tu. Apa maksud dia “sepanjang thun”? That 1k+ is for monthly or yearly or total for 3yrs?
Suhana said…
Hi, accommodation tu untuk one-off..Sekali sahaja dapat.
Anonymous said…
Salam. Saya ada soalan. Bagaimana pula kalau saya sebagai pelajar postgraduate ingin membawa pasangan (dependant). Adakah allowance tetap sama? Jika ya, adakah mencukupi. Saya tertanya-tanya juga macam mana orang lain boleh bawa keluarga untuk postgrad. Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt,

MARA tidak menanggung pasangan. Jika nak bawa pasangan, kena guna kewangan sendiri semuanya. Saya sendiri tidak mampu bawa suami saya sekali disebabkan kekangan kewangan. Mereka yang bawa pasangan, semuanya mengunakan duit simpanan dan bila datang ke sini, akan mencari kerja part time untuk menampung keperluan. Tapi kos awal untuk sampai ke sini, kebanyakan meminjam dan bergolok gadai juga lah.
Anonymous said…
hello, since you mention "phd/master" elaun sama, may i know if you tau roughly alaun untuk undergrad berapa? especially for the WTU pnya scholar
Suhana said…
Hi,

Prolly sama je kot elaun, cth kalau undergrad overseas UK outside London-£880.
Sofia said…
Salam.. boleh sy tahu pmbyran 20% dlm mse brp tahun ye?
Suhana said…
Wassalam wbt Sofia..

Maksud you berapa lama? I'm not sure tapi from ebaki dahulu, bayaran balik tu depends increment annually. Macam contoh setahun bayar RM100, kemudian dua tahun RM200 and increased lagi by year. Sampai tahun ke 10 terus jadi RM1000++ something like that. So what I'm planning actually just make your own schedule untuk habiskan how much the 20% tu within berapa tahun you nak. Mind the cap with MARA is RM150,000.. not sure ni implement lagi for GrEP or not..
Anis said…
Salam, saya nak tanya if tak dapat cgpa 3.75 and above but dapat first class instead bole ke apply grep?
Suhana said…
Wassalam wbt, Anis.

I think as long as stated in your certificate first class honour, then it should be fine..
Haf said…
Hi Suhana,

Kalau kita nak mintak untuk tuition fee sahaja boleh ke?
Haf said…
Dan Juga saya ingin tahu bahawa pihal mara akan bagi kita duit dan bayar tuition fee sendiri
Atau pihak mara akan bayar terus ke Uni ?

Terima kasih
Suhana said…
Hi Haf,

Boleh je nego dengan MARA untuk bayar yuran sahaja. Selalu yuran akan direct di antara pihak MARA dengan universiti. Segala invois etc akan diberi terus kepada pihak penaja.
Anonymous said…
Assalam Puan, seandainya sudah dapat tawaran mara untuk Uni A, tapi nak tukar ke Uni B dalam tempoh 14 hari submit documents mara tu masih boleh ke?
Anonymous said…
Assalam, saya nak tanya pendapat Puan. Di iklan terbaru GrEP MARA (tahun 2022), syarat ada nyatakan "graduate degree dengan cgpa 3.75 atau Kelas pertama", adakah bermaksud tidak mengapa cgpa <3.75 jika sudah mendapat ijazah kelas pertama? kerana beberapa institusi di Malaysia memerlukan cgpa hanya >3.5 untuk memperoleh kelas pertama. Atau adakah MARA akan automatic reject?
Suhana said…
Wassalam wbt.

Boleh je buat rayuan untuk tukar, lebih mudah jika universiti memang dalam list MARA.
Suhana said…
Wassalam wbt.

Asalkan graduate dengan ijazah kelas pertama it's enough. Sebab perkataan atau..either way around..
Unknown said…
Salam cik suhana, harap nampak soalan sy ni...sy nak tanya kalau requirement 3.75 CGPA utk
program master luar negara tak dicapai, mcm mana cara untuk provide bukti pengalaman kerja 3 tahun ke atas tu ye?
Terim kasih.
Suhana said…
Salam wbt. Tak silap, MARA minta isi pengalaman kerja dan kena bagi offer letter kot.. Ke permohonan biasiswa lain yang tu tapi rasanya ada kot minta upload offer letter kerja..haha.. mungkin dah berubah cara untuk tahun 2023.
Anonymous said…
Salam, nak tanya kalau permohonan tak diluluskan, mcm mana nak buat rayuan ye? Since dlm website MARA kata kalau dlm masa 3 bulan tiada respons dari MARA maka permohonan dianggap gagal. Terima kasih
Sarah said…
Assalam sis, nak tanya dlm permohonan MARA ada minta “salinan struktur yuran sepanjang pengajian”. Dulu sis bagi full fee structure ke ataupun fees yg dinyatakan di muka surat depan offer letter saje ye?
Suhana said…
Wassalam wbt. Untuk rayuan, saya minta kawan-kawan hantar surat rasmi kepada MARA, attached sekali rujukan untuk support evidence you deserved to get that scholarship. Contoh kawan saya tak dapat first class untuk buat PhD, tiada pengalaman kerja langsung sebab baru habis degree.. But Alhamdulillah I helped her wrote the letter to MARA and after that dia dapat. Just make sure requirement lain you fullfill. For Master might be quite strict, but worth je untuk buat rayuan sebab somehow yang dapat pun ada je tolak.. So ada places untuk di isi..
Suhana said…
Wassalam wbt Sarah.

Saya hanya bagi surat tawaran. Dalam surat tawaran tu dah diletakkan yuran sekali and just said £22000 for each year.. Macam tu je tulis.. That's enough. MARA kira sendiri.. Huhuu
Ray said…
Salam Puan Suhana,

Saya berminat untuk memohon GREP MARA Masters, tetapi berbeza dengan list course tahun lepas, course yang saya mohon tiada dalam senarai tahun ni. Dan memang jelas ada dinyatakan MARA hanya akan consider permohonon utk courses dalam list. Tapi, saya bercadang nak try je mohon dulu dan proceed dengan rayuan. Soalan saya, kalau nak buat rayuan (hantar emel/surat), sebaiknya bila ya? Sebaik sahaja tarikh tutup permohonan online ke? Dan kawan puan hantar emel atau terus serahkan by hand ke pejabat MARA? Terima kasih :)
Suhana said…
Wassalam wbt Ray,

What course you want to pursue? Somehow, boleh je duduk dalam fakulti yang ditawarkan oleh MARA. It just play around sebab program dekat abroad dah terlalu specific but it can be under the same name. Anyway, hantar rayuan lepas dah keluar result permohonan. Hantar both can also, or salah satu yang mana memudahkan.
Ray said…
Sy applied Msc Human Resource Edinburgh & Manchester. Yang Manchester dah dpt conditional offer, Edinburgh punya result 1/6 katanya. Last yr course HR ni ada dlm list MARA, tahun ni dia dah takde. Sobss. BTW, lepas keluar result permohonan tu biasanya bila ye? Yg sy baca kalau takde pape news dari MARA 3 bulan lepas tarikh tutup considered tak dapat..tapi klu lps 3 bln baru nak buat rayuan sy rasa mcm dah tak sempat nak sambung Sept..ke memang ada specific date MARA buat announcement utk check result? Thank youuu :)
Suhana said…
Oh betul, HR hanya sponsor dalam negara sahaja. Owh tak, lepas dapat tahu permohonan gagal, buat je rayuan. Tak perlu tunggu 3 bulan. Memang ada specific date tapi tak sure announce ke tidak. Masa saya, memang semak sentiasa website MARA kalau dah keluar keputusan. Ataupun update daripada group.
Ray said…
Ok..sy dah submit application. Tawakkal saja..tapi nanti dah tahu tak dpt, baru sy proceed buat rayuan. Terima kasih banyak Puan :)
Najwa said…
Salam puan, saya nak tanya ada kebarangkalian tak jika permohonan kita ditolak sebab course tak ditawarkan tapi bila buat rayuan MARA akan pertimbangkan tak? Saya dapat sambung MSc in architecture kat Newcastle australia
Suhana said…
wassalam wbt Najwa,

Memang akan ditolak,tapi mungkin boleh cuba buat rayuan lepas tu.
Hana said…
Salam cik Suhana. Utk PhD, tempoh pengajian termasuk dgn viva ya? Maksudnya kita kena dah habis viva dan submission selepas viva kpd uni?
Suhana said…
Wassalam wbt Hana,

Betul, termasuk dengan Viva. Habis maksud dah dapat surat senat, after viva and correction. Tapi dekat UK, ada bagi tempoh setahun visa untuk settlekan semua tu
Anonymous said…
Salam kak,
Boleh saya tahu bagaimana nak hantar surat rayuan untuk permohonan GREP? adakah via email or surat fizikal?

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA : PART 2