Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT


Hi korang..

Mungkin cerita ni dah basi kot tapi aku saja nak cerita dekat blog aku sebab nanti mesti ada orang cari dekat google kan? Kah!

Alhamdulillah aku lulus temuduga untuk menjadi Teknologis dengan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 16 Disember 2020 dalam bidang Construction & Technology.



Jadi dengan ini, aku boleh gunakan title Ts.Norsuhana, gituh..maksudnya Teknologis Norsuhana lah.

Penting ke benda ni? Apa beza dengan jadi Professional Engineer?

Hmmm..panjang aku nak cerita pasal ni. Mungkin tak rajin nak menaip dengan panjang sekarang, tapi secara mudah nak kata, Professional Engineer adalah orang yang design dari konsep dan mereka yang melaksanakan konsep ini adalah dari kalangan Teknologis.

Penting ke nak ambil?

Bagi aku, kenapa aku nak ambil sebab ini beri nilai tambah kat diri aku. Untuk aku melayakkan aku beri sesuatu pengetahuan kepada golongan akademik atau pakar, maka gelaran yang ada boleh menyakinkan mereka tentang pengetahuan aku, takkan aku nak usung sijil universiti aku ke sana sini kan? Kesana kesini..hahaha..

Tapi bergantung pada korang lah, nak ambil ke tidak. Ini untuk profesion aku, maka aku rasa aku nak ambil. InshaAllah kalau ada rezeki aku habis PhD ni, aku nak ambil Professional Engineer assessment pula atau negara luar panggil Chartered Engineer.

Route untuk jadi Ts.?

Kalau aku rajin aku kongsikan dengan tips sekali..haa..selalu orang buat talk kan nak kongsi bagai? Korang baca free je lah dekat blog aku ni. Gituhh..

Aku memang graduan kejuruteraan awam, tapi aku pilih untuk ambil dengan MBOT dahulu sebab sekarang ini sedikit mudah assessment nye, tak sesusah macam BEM/IEM lah. Soon, mungkin assessment akan jadi seperti BEM/IEM yang dipertimbangkan oleh MBOT, maka kalau korang nak ambil Ts., masa sekarang adalah sesuai.

Kos?

Untuk pendaftaran sahaja bagi mendapatkan penilaian RM600, kalau tak layak kena repeat lah.

Kalau dah lulus, korang kena bayar RM350 untuk yuran keahlian, setiap tahun RM200 komitmen dan kena penuhkan jam Continuing Professional Development untuk pembaharuan setiap tahun.

Jumlah RM1000.

Eh kenapa RM1000? Bukan RM950 ke?

Hahah..sebab sebelum korang boleh buat permohonan nak jadi Teknologis, korang kena jadi Graduate Member dulu, yuran sebanyak RM50..itulah dia.

Minimum pengalaman 3 tahun bekerja tanpa mengira bila korang daftar jadi ahli graduan dengan MBOT. Ini berbeza dengan BEM/IEM bila pengalaman korang takkan diiktiraf untuk ambil Ir., selagi korang tak berdaftar sebagai ahli graduan dengan mereka.

Sekarang dah wajib kan graduan kejuruteraan untuk berdaftar dengan BEM?

Masa aku dulu, semua buat tak hairan je weyh..haha..aku sebaik ada kesedaran 3 tahun selepas habis degree, baru aku apply dengan BEM & IEM.

BEM wajib, IEM tu optional.

Sebab IEM korang kena bayar yuran tahunan sebanyak RM250! Tapi untuk BEM sekali je bayar RM50..haha..ok aku kena aktifkan balik keahlian aku dengan IEM sebab aku tak bayar lagi..eh kantoi! Hewww…

Ok kalau ada apa-apa soalan, korang komen sahaja yach!

Random thought,

Ts.Norsuhana Samsudin

Comments

Anonymous said…
Salam, sis. Sorry lari tajuk. Sajala nak tanya dengan sis. Sebenarnya saya pun tengah buat PhD di lPTA. During pandemic time, I’ve been contacting my supervisor through whatsapp. Currently, I’m stuck in chapter one. The main reason because my SV don’t have time to read my writing. Imagine, setiap hari I mesej dia akan cakap belum sempat baca or tak reply langsung. Stress betul. Have you been in the same situation and how you’ve been handling it?
Suhana said…
Wassalam wbt.

Hmmm..I never have that experience sebab kalau SV sibuk mana pun, dia akan bagi date yang dia janji nak bagi feedback for my writing by example. You ada second supervisor tak? I think boleh tanya co-SV juga untuk bantu kalau stuck with your research. Cuba baca booklet IPTA, student boleh propose untuk co-SV juga ke? Keep email your SV for reminder instead of mesej kot. Tapi entahlah style Malaysia memang suka mesej ke camne sebab sini everything conversation kerja in email. If still stuck sebab chapter one tu you kena explore you research question etc, cuba seek help for any one or mentoring. You can joined group PhD support dekat fb juga untuk minta pandangan or pertolongan or support.

May Allah ease!
Anonymous said…
Salam TS. sy baru nk IV ts nanti..panel memang dari industry kan? iv berkisarkan tentang pengalaman je ye? ke dia ada tanya juga soalan2 yang kena study? contoh akta 768 atau UBBL ke..ada ke? terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt.

Ada panel dari industri dan panel dari MBOT. Soalan berkaitan dengan resume yang kita lampirkan, berdasarkan kriteria yang MBOT dah beri, boleh crosscheck 5 kriteria tu tak silap saya. Ada juga soalan akta, jadi study pasal akta 768. Soalan lain contoh adalah current technology dalam field yang kita lakukan.

All the best!
Anonymous said…
Salam sis. Nak tanya. Minimum cgpa untuk masters overseas 3.75. Agak2 kalau cgpa below 3.5 ada chance tak untuk dapat?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Boleh dengan pengalaman kerja melebihi 2-3 tahun tak silap.
Unknown said…
Assalam Ts. sis. Overall, boleh kata susah or senang ya assessment ni? Seram juga nak buat, RM 600 tu hahaha. Sis dah ada berapa tahun pengalaman bekerja ya? Saya ni kira noobie sebab baru 4 tahun. Certain orang dia pandang umur and working experience utk rate sebab banyak senior2 yg underestimate kita huhu. Oh last, iv in english or bahasa?
Suhana said…
Wassalam wbt..Lebih kurang macam tu juga working experience saya. No worries, inshaAllah just confident with yourself and present what you know and you had learned..temuduga dalam bahasa melayu, tapi depends pada penilai rasanya. All the best!
Firdaus said…
Assalamualaikum Mrs ts. Sy Sudah daftar assessment Dan byr fee assessment MBOT 3 minggu lepas, biasa Akan ambil masa berapa lama ye untuk proses assessment?. Dan Ada tips untuk assessment. BOleh kongsikan? ;)
Hafiz Shuhaimi said…
Salam cik , saya graduan dlm bidang IT Teknologi Computer system security dalm ijazah. Dan berpengalaman kerja dkt 3 tahun. Keyakan ijazah kena ada engineering title sbg cth, "Engineering Technology in Computer system security" Tapi just Technology je tkde Engineering, sbb tngok requirements mcm kos tu kena related etac ke? Terima kasih
Suhana said…
Wasalam wbt Firdaus,

Saya tak pasti sekarang macam mana, tapi masa saya mungkin ambil masa kurang sebulan tak silap. Saya ada beli ebook untuk tips Ts, dan ebook tu sangat berguna lah untuk persediaan temuduga tersebut.
Suhana said…
Salam wbt Hafiz,

Saya tak pasti yang itu, tapi mungkin boleh buat permohonan untuk jadi graduate member dahulu, jika tidak diterima, mungkin boleh kemukakan permohonan untuk melepasi kelayakan tersebut.
Epa Zarifa said…
This comment has been removed by the author.
Epa Zarifa said…
Salam Ts.

Saya baru je approved reg as graduate technologies, dalam bidang yg sama BC. Nak tanya, bidang tu kita pilih ikut degree kita kan? Mcm saya mmg dalam kos CE cuma working dalam transportation industry. Dalam listing dia ada transport & logistic technology. Pengalaman kerja pulak more to qaqc. Mcm confius pulak rasanya. Tq
Suhana said…
Wassalam wbt Epa,

Ya bergantung kepada degree kita. Cuma Civil Engineering itu ada banyak disiplin, boleh juga kalau nak masuk ke disiplin transport & logistic tehnology. Takpa, pengalaman kerja tu boleh ceritakan apa kaitan dengan teknologi yang kita guna sepanjang kerja tu.
FS said…
Hi.

Nak tanya, kalau kerja dalam bidang construction tapi M&E dan bukan civil atau structure, kena ambil BC atau electrical untuk daftar Ts?
Suhana said…
Hi FS,

Saya rasa pilihan berdasarkan kita graduan apa..kalau graduan M&E, jadi boleh daftar for electrical..
Naz said…
Assalamualaikum Ts,

Sy dalam proses assessment utk application Ts..debar juga..bidang pengajian dalam OSH, kerja dlm bidang fire rescue..jd ms sy apply Graduate Technologist, sy pilih bidang B&C.. Alhamdulillah setel..cuma tgh tunggu part assessment Ts..bayar RM 600.00 klu kna repeat..parah le..he3!Bila baca blog Ts. rs ada slow sikit debar..ha3!Tq Ts..shared pengalaman..
Suhana said…
Waalaikumusalam Naz,

Alhamdulillah, semoga bermanfaat! All the best untuk assessment nanti!
Ayu Yr said…
Hi, boleh bagi tips, masa assessment tu dai tanya soalan2 yg bagaimana ye. and brp panel interview tu ye? lama tak proses drp graduate technologist approval before apply TS tu. then appply TS tu pula ambil masa berapa lama ye? i try juga cari SLA MBOT regarding ni tapi takde pula.
Suhana said…
Hi Ayu Yr,

Semasa saya ditemuduga, ada 3 panel. Yakni dari pihak industri dan MBOT sendiri. Soalan berkaitan resume yang kita hantar pada mereka. Resume tu saya hantar pada MBOT adalah laporan pengalaman kerja. Untuk approve graduate technologist tu kurang dari sebulan. Saya mohon 14/8/2020 dan lulus pada 9/9/2020.. kemudian saya mohon untuk TS pada 17/9/2020 dan terima emel untuk temuduga pada 30/10/2020..Temuduga pada 9/11/2020 dan saya terima kelulusan pada 15/12/2020..
Fa said…
Assalammualaikum Ts,

Assessment tu ape ye ? Iv ke atau ujian?
Dan untuk Tc pula, akan ade ujian ke ye ?

Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt.

Assessment tu dalam bentuk temuduga. Setakat ni hanya temuduga sahaja untuk mendapatkan Ts, tiada ujian seperti nak dapatkan Ir.
sue samat said…
salam boleh share dgn saya di mana puan beli ebook?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Saya beli dengan Ir.Ts. Yusaini di https://yusaini.onpay.my/order/form/mbot
AFMN said…
Assalam Ts.Suhana

Greeting to you.
Terima kasih berkongsi input pengalaman IV untuk certification Ts.
Saya sedang dalam perancangan utk apply secepat mungkin tahun ini. Justeru mohon pandangan Ts.Suhana tentang situasi permohonan saya ni:

1) Pengalaman kerja 13 tahun, 2008-2014 (6tahun bidang construction/building) & 2014-terkini (7tahun bidang healthcare facility management). Soalannya permohonan bidang mana yang lebih sesuai utk background saya, dan saya sudah apply Graduate Technologist (approved 2020) dalam bidang construction/building sepertimana kelayakan akademik dalam civil engineering.

2) Since dah tinggalkan bidang construction/building lebih 7tahun, curious juga soalan2 dari panel IV, boleh share tips topik apa yang mereka tanya selain daripada info dalam CV kita? Akta lain selain akta 768? Isu semasa?

3) Ada contoh soalan panel industri mcm mana? Panel akademik mcm mana?

Guidance dari Ts.Suhana amat dihargai!
Suhana said…
Wassalam wbt AFMN,

Saya tak pasti macam mana tapi kalau soalan industri pembinaan perlu peka dengan teknologi semasa yang digunakan di tapak pembinaan atau peringkat rekabentuk misalnya. Soalan perbezaan dan penyelesaian masalah (tak ingat tapi ada ditanya.)

Perbezaan akta 768 dengan akta di dalam BEM, beza professional teknologis dan jurutera?

Tiada panel akademik.

Sebab saya buat PhD sekarang, mereka tanya juga tentang kajian saya dan impaknya pada industri pembinaan. Kalau dapat Ts nanti untuk kekalkan CPD macam mana kalau berada di luar negara?

Kalau bahagian saudara, mungkin ditanya dari segi pengurusan pembinaan dan boleh dikaitkan. Saya pernah bekerja jurutera penyelenggaraan dan fokus kerja pun sama macam saudara, beza saya di masjid dan saudara di hospital. Tka jauh beza barangkali.

All the best!
Kelly said…
Hai nak tanya macam mana nak apply sebab diaorang mintak dokumen kena upload. Tapi tak tahu nak amik dekat mana dokumen tu contoh invitation letter
Kelly said…
Hai nak tanya macam mana nak apply CPD sebab diaorang mintak dokumen kena upload. Tapi tak tahu nak amik dekat mana dokumen tu contoh invitation letter
Suhana said…
Hi Kelly,

Depends on your type of CPD programme you have been through. Certain program ada beri sijil, kalau yang tak ada, I prefer to attach email confirmation or if you are able to get letter confirmation from penganjur, that will be great.
Anonymous said…
Assalamualaikum Puan,
Sy Khairul.
Dalam pengetahuan Puan, sekarang dah bermula semula written assessment ke ye?
Sy pernah IV tahun lepas tapi bukan rezeki saya, saya fail.
Kalau ikut pengalaman saya, paid RM600 pada 25/2/2021 dan terima emel 31/3/2021 memaklumkan temuduga pada 7/4/2021.
Sy dah apply semula since 23/4/2022 paid RM600 tapi masih belum terima emel, yakni dah 2 bulan masih menunggu emel.
Suhana said…
Wassalam wbt Khairul.

Saya tak pasti tentang written assessment tu, macam tak buat lagi. Setakat ni hanya temuduga sahaja. Boleh tahu sebab gagal?
ntah said…
Salam, doakan saya berjaya ya. terima kasih......

Please be informed that we have reviewed your application. There are a few items that need to be verified before we proceed further.

Based on your academic qualification and current experience stated in your resume, the secretariat needs some clarification between your expertise and the technology fields that you have chosen for the application. With that, we need your kind help to fill up the First Review as attached below.;

The reason for this requirement is to ensure that your current practices and skills are related to a technology whereby MBOT looks at technology-based professions that cut across discipline-based from conceptual design to a realized technology regardless of your academic qualification.

FIRST REVIEW QUESTION FOR ENTRY LEVEL APPLICATION
GRADUATE TECHNOLOGIST / QUALIFIED TECHNICIAN

PART 1: PERSONAL PARTICULARS
Full Name:
IC / Passport No.:
Contact Number:
Email Address:
MBOT Technology Field: Manufacturing & Industrial Technology (ME)
Category: Graduate Technologist Qualified Technician

PART 2: ACADEMIC QUALIFICATION (start with the most recent)
No. Name of Certification Year of Study Awarding institution Year
Awarded

1.
2.
3.
4.
5.

PART 3: WORKING EXPERIENCE (start with the most recent)
No. Employer Name Duration

(Month/year) Position Job Description

1.
2.
3.
4.
5.

FRQ/V2/07/22

PART 4: PROFESSIONAL CERTIFICATE/ COMPETENCY CERTIFICATE/ LICENSE IN TECHNOLOGY AND
TECHNICAL (start with the most recent)
No. Certificate Name Recognition Body MBOT Technology Field
1.
2.
3.
4.
5.

PART 5: SUMMARY OF RECENT EXPERIENCE RELATED TO TECHNICAL & TECHNOLOGY (the answer
should not exceed 1000 words)
Your answer needs to covers any/ combination of technical and technology services stipulated
under section 16, Technologist and Technician Act 2015. Please tick (/) your technical and
technology services involved.

Product Development
Product Manufacturing
Product Testing
Product Commissioning
Product Maintenance

Product Testing
Product Commissioning
Product Maintenance
Graduate Technologist Qualified Technician

1. How do you apply
technological knowledge in your current job?

FRQ/V2/07/22

2. Provide proof of technological application in your practices that is aligned with the
Technology Field applied.

PART 6: REFERENCE (family members and relatives cannot serve as reference)
Full Name
Position
Organization
Telephone number
Email Address

Full Name
Position
Organization
Telephone Number
Email Address
Suhana said…
Wassalam.. semoga berjaya!

Popular posts from this blog

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2