Saturday, March 27, 2010

Berpadalah dalam bergurau..


"Tulah kau, tidur tak basuh kaki."

"Aku dah basuh kaki, cuma mandi junub belum lagi."

Mungkin anda pernah mendengar dialog di atas.Salah sebuah dialog di dalam filem Adnan Sempit. Mungkin juga anda salah seorang yang gelak terkekeh mendengar dialog ini. Bagi ana, ia kelihatan agak menjengkelkan. Adakah sesuatu yang kelihatan lucah itu adalah lawak?

Bukan senang untuk menjadi seorang pelawak. Itu diakui sendiri oleh Nabil, Juara Raja Lawak. Bukan mudah untuk menghiburkan hati orang lain. Sentiasa membaca dan mencari ilham untuk menghiburkan orang. Justeru, tidaklah anda digelar "buat lawak bodoh".

Lagenda lawak

Bagi ana, pelawak sekarang tidak dapat menandingi bagaimana hebatnya lawak bersahaja yang dipersembahkan oleh P.Ramlee dan rakan seangkatan. Filem beliau di ulang tayang setiap tahun. Tidak jemu menonton. Mesejnya sampai pada penonton. Tiada unsur lucah yang digarap dalam lawak beliau. Bahkan lebih kepada sindiran masyarakat tika itu.

Perlu kita ingat bahawa setiap lawak yang dipersembahkan perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Bukan semua lawak boleh diterima oleh golongan masyarakat.

Lihat bagaimana suatu ketika dahulu, salah satu kumpulan lawak tanah air pernah ditegur kerana lawak yang dipersembahkan tidak kena pada gayanya. Dikecam hebat tika itu.

Apa Islam anjurkan?

Islam itu agama yang syumul.Setiap perkara yang kita lakukan pasti berkaitan dengan Islam juga. Justeru dalam hal ini juga, terdapat unjuran apa yang perlu kita batasi tika bergurau atau berlawak bersama teman.

Umumnya garis panduan bergurau dan jenaka dalam Islam adalah seperti berikut:

1) Janganberdusta.
Contoh yang mashyur ialah ramai yang berjenaka dengan cara mengenakan rakan mereka dengan ’April Fool’.Akibatnya ada yang merasa sakit hati atau terguris perasaan. Jadi tujuan sebenar bergurau tidak tercapai kerana ada yang merasa dirinya tertipu. Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa!” (AbuDaud)

2) Jangan menjatuhkan maruah orang lain.
Rasulullah saw pernah bersabda, maksudnya: “Cukuplah keburukan bagi seseorang yang menghina saudaranya sesama muslim.” (Muslim)

3) Berpada dan sederhana.
Rasulullah saw pernah bersabda: “Janganlah kamu banyak tertawa, kerana banyak tertawa itu dapat mematikan hati.” (Tirmizi). Hadis ini bukan melarang ketawa kerana ketawa adalah fitrah manusia. Yang dilarang adalah banyak ketawa. Saidina Ali r.a pernah berkata: “Berilah jenaka dalam perkataan dengan ukuran seperti anda memberi garam dalam makanan. Said bin Ash telah memberi nasihat yang baik dalam perkara ini seperti katanya: ”Sederhanalah engkau dalam bergurau kerana berlebihan dalam bergurau dapat menghilangkan harga diri dan menyebabkan orang-orang bodoh berani kepadamu, tetapi meninggalkan bergurau akan menjadi kakunya persahabatan dan sepinya pergaulan.”

4) Jangan sampai menakutkan.
Rasulullah saw telah bersabda maksudnya: “Tidak halal bagi seseorang menakut-nakutkan muslim yang lainnya (At-Thabarani)

5) Sesuai dengan masa dan tempat.
Tiap-tiap sesuatu ada tempatnya, tiap-tiap keadaan ada (cara dan bentuk) perkataannya sendiri. Allah swt mencela orang-orang musyrik yang tertawa ketika mendengarkan al-quran padahal seharusnya mereka menangis seperti maksud firmannya:
“Maka apakah kamu merasa hairan terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis sedang kamu melengahkannya (An-Najm:59-61)

Di samping menjaga syarat-syarat di atas, gurauan yang kita lakukan mestilah dapat diterima oleh fitrah yang sejahtera, diredhai akal yang waras dan secocok dengan tatasusila kehidupan masyarakat yang positif dan kreatif.

Moga dapat diambil iktibar dari kisah ini..


8 comments:

ruzzEzanie on March 27, 2010 at 5:18 PM said...

aku setuju..gurauan bukan untuk menyakitkan..dan kadangkala ungkapan gurauan dianggap 1 yg biasa walau hakikatnya ia adalah perkara sensitif bg sesetengah org..

SuhaNa on March 27, 2010 at 5:33 PM said...

yup..setiap perkara ada parameternya..tidak terlalu melampau dalam bergurau..sedang2 sahaja..jangalah samap tidak bergurau langsung..sepi pulak dunia ni

Siti Fatimah Bt. Fadzil on March 27, 2010 at 5:37 PM said...

best la cik yam

SuhaNa on March 27, 2010 at 5:46 PM said...

afwan minah...

akuinsanlemah on March 28, 2010 at 10:35 PM said...

setuju..lawak2 ni kdg2 menunjukkan thp metaliti masy kita sendri..sedih btul dgn keadaan ni..berlawak memang la boleh, tapi mungkin perlu difikirkan keperluannya dan yang penting tak perlulah unsur2 sensed utk lawak..tak berkembang langsung minda..alangkah baiknya jika budget utk filem lawak2 nih digunakan untuk dan pendidikan ke..@ cite2 yg berunsur ketuhanan ke..blh gak selit lawak kekeluargaan ke..masy kita perlu diubah dan berubah~mari berubah..post yg menarik~syukran

SuhaNa on March 29, 2010 at 8:07 PM said...

afwan akuinsanlemah...betul tu..masyarakat perlukan perubahan sebenarnya..lucah itu lawak?? benar2 menjengkelkan..

princeduyong on June 16, 2010 at 1:46 PM said...

setuju sangat-sangat sue...kengkadang memang melampau....

SuhaNa on April 5, 2011 at 6:53 PM said...

to princeduyong :

ye, kadang-kadang tu yang membuatkan jadi kebiasaan akhirnya~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers