Saturday, March 27, 2010

Aku mahu saham akhirat itu..


"Ishk, kau tengok ni, pendapatan peminta sedekah pun boleh capai sehingga 4 angka. Ayah aku kerja guard pun tak banyak gaji macam ni," kata sahabat ana di suatu petang.

"Wah, itu tandanya orang Malaysia ni pemurah, amalan menderma itu masih wujud. Alhamdulillah, masih ada kesedaran pada diri kita ini," ujar ana pula pada sahabat.

"Kalau macam tu, senanglah para penganggur, tak perlu bekerja, hanya meminta sedekah sahaja. dah boleh hidup mewah."

Ana terdiam sebentar.Memikirkan mengenai hal ini.

"Kak, saya ada soalan.Bagaimana kalau kita nak beri sedekah padahal kita tahu yang itu sebenarnya hanyalah sindiket, perlu atau tidak kita bersedekah?" tanya sahabat pada Naqibah.

"Mengenai hal ini, kawan akak ada kata. Tidak perlu kita fikirkan ke mana duit sedekah itu akan pergi, yang penting kita ikhlas untuk menderma. Niat kita hanyalah untuk menderma, tak perlu runsing kalau duit itu di guna untuk apa selepas itu. Itu sudah menjadi hal antara si peminta sedekah dengan Allah,sama ada betul atau tidak digunakan duit itu untuk agama atau kemaslahatan umat."

Alhamdulillah, sudah jelas kini pada ana. Sebelum ini, ana ragu-ragu juga hendak menderma pada kanak-kanak yang minta sedekah, menjual tisu, menjual pelekat berisi ayat al-Quran. Tidak sukar untuk mengenal mereka ini datang dari golongan sindiket atau tidak.

Jangan ragu-ragu

Kalian, tidak perlu ragu-ragu selepas ini untuk menderma. Niat kita ikhlas untuk menderma. Bersedekahlah setiap hari. Sungguh Allah amat menyukai orang-orang yang bersedekah.

"Dan segeralah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan Syurga yang luasnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa;Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." ( Ali-Imran : 133-134)

Pelajar yang mewah

Bergelar seorang pelajar bukanlah penghalang untuk kita bersedekah. Duit sekolah yang kita belanjakan kita sisihkan untuk bersedekah di tabung masjid atau sebagainya. Walau sedekah bernilai 10sen itu pun sungguh amat bernilai di akhirat kelak.

Apatah lagi pada para mahasiswa/wi kita. Duit pinjaman yang senang diperolehi, duit biasiswa yang melimpah, gunakan ia untuk bersedekah juga. Apalah sangat jika di hulur RM10 atau lebih demi saham kita di akhirat kelak. Jika duit itu kita boleh guna untuk membeli handset baru, di guna untuk membeli-belah atau sebagainya, mengapa jika tiba hal bersedekah, amat liat untuk kita lakukan.

Sungguh tertipu diri kita andai kita katakan semakin banyak kita bersedekah, maka semakin papa dan jatuh miskin kita. Jika benar teori sebegitu, sila kemukan, apa buktinya?

Contohi sahabat nabi

Teladanilah sikap para sahabat nabi, siapa lagi yang digelar seorang pemurah pada zaman Rasulullah kalau bukan Abdul Rahman bin Auf. Kisahnya begitu menyayat hati. Sayidina Abu-Bakr, di akhir riwayatnya tiada harta yang bernilai ditinggalkan walaupun beliau seorang pemimpin di kala beliau hidup.

Renungi kisah puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra yang menyedekahkan kalung beliau pada seorang musafir yang kehabisan bekalan. Beliau menyedekahkan kalung itu kerana tiada apa lagi yang dapat di derma pada musafir tersebut.

Tidak miskin kita jika sedekah, malahan semakin murah rezeki kita kerana diredhai dan di berkati. Jadilah orang kaya yang diredhai bukan dicaci.

Kebajikan yang tidak berakhir

"Apabila mati seseorang anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah,ilmu yang diambil orang manfaatnya dan anak yang soleh mendoakannya."
( Maksud hadis ).


1.Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.


2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat hasanah.


3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.


4.Bantu mendidik seorang anak.


5.Ajarkan seseorang sebuah do’a. Pada setiap bacaan do’a itu, anda dapat hasanah.


6.Berkongsi CD Quran atau Do’a.


7.Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.


8.Tempatkan pendingin air di tempat umum.


9.Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung di bawahnya, Anda dapat hasanah.


10.Khabarkan ilmu ini kpd org lain. Jika orang yg mendpt pesanan ini menjalankan salah satu dari yang di atas, anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.


Insya’Allah.


Mudah bukan untuk bersedekah? Ayuh saudaraku, kita bersedekah..


5 comments:

hans on March 28, 2010 at 3:34 AM said...

insyaallah dapat

SuhaNa on March 28, 2010 at 3:55 AM said...

insyAllah dapat bersedekah ye hans..heheh

MS Rizal on March 29, 2010 at 3:09 PM said...

Merujuk kepada pertanyaan kawan itu, sebenarnya jarang sekali saya bersedekah kepada pengemis jalanan. Kalau ada pun cuma yang betul2 kesian, seperti orang perempuan yang bawa anaknya..Sebab saya tahu benar golongan janda dan perempuan di Malaysia tidak mendapat pembelaannya yang sewajarnya...

Jika mahu bersedekah, sedekahlah pada ahlimu, jiran tetanggamu, rakan-rakanmu, sesiapa sahaja yang kamu kenali kemudian barulah orang yang tidak dikenali. Ini priority yang perlu diketahui sewajarnya. Kerana bersedekah kepada orang dekat adalah wajar, disebabkan kita tahu orang itu terdesak berbanding orang yang tidak dikenali...

ruzzEzanie on March 29, 2010 at 11:05 PM said...

setuju dgn ms rizal ni..

SuhaNa on June 22, 2010 at 5:16 AM said...

to MS RIZAL da nruzzEzanie : ya,itu sewajarnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers