Sunday, December 5, 2010

Politik bangsa atau agama??


"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.]

Manusia sentiasa berubah,dan perubahan itu perlulah dibuat dalam lingkungan yang positif, menuju hijrah.

Ana bukanlah seorang yang mahir berpolitik,namun atas dasar bahawa ini adalah salah satu keperluan dalam kehidupan,makanya perlu ana mengambil peduli tentang hal ini.Rata-rata jika ditanya mengenai hal politik,ramai anak muda yang menggeleng kepala,tanda tidak mahu terlibat sama.melihat dari perspektif bahawa politik itu celaru,keliru,kotor,busuk,sampah dan sebagainya kerana dihuni oleh manusia-manusia yang kosong nilai amanahnya,itu bukan tanda alasan utama untuk kita menidakkan sikap kepedulian dalam ehwal politik.

Media massa dewasa kini sudah semakin lari dengan peranan dan tanggungjawab mereka yang sebenar.Menyalur maklumat yang telus kepada masyarakat,bukan sekadar memilih haluan dan memburukkan haluan yang lain.Atas dasar inilah,kita dapat lihat bagaimana pilihanraya umum yang lalu,parti Barisan Nasional jatuh terlentang,tersungkur atas kesalahan sendiri,terlalu mengagung dan menjadikan media massa sebagai senjata utama,hinggakan terlupa bahawa teknologi sudah lama memainkan peranan dalam melumpuhkan pergerakan lawan.Anak-anak muda lebih gemar menjadikan berita-berita di internet sebagai rujukan utama.Kuasa anak muda bergelombang pada pilihanraya yang lalu.Menunjukkan tanda protes kepada kerajaan atas lakonan politik yang begitu muak dan memualkan.

Setiap kali ana melawat ke sekolah,bertemu guru-guru yang pernah mengajar ana dahulu,topik perbualan kami lebih menjurus kepada isu semasa dan putaran politik Malaysia.Benar,seronok jika dapat berbual dengan para pendidik yang memberi pandangan dan kadangkala terselit perdebatan,bukan untuk menentukan siapa benar atau salah,kerana akhirnya kami sedar bahawa itulah realiti kini.

“Baguslah kau,aku jarang dapat berbual dengan kawan-kawan tentang hal politik,tapi tak sangka kau pun minat juga,”ujar ana pada seorang rakan selepas kami bertemu semula,sesi menziarah guru di sekolah.

Pantang ada kelapangan waktu cuti semester,ana akan mengajak rakan-rakan menziarah guru-guru di sekolah,kerana ana rasa ukhwah kami bukan sekadar guru dan anak murid,tetapi seperti hubungan seorang anak dengan ibu dan ayah,sentiasa memanjangkan usia ukhwah ini hingga ke akhir hayat,insyAllah.

“Itulah,aku pun tak sangka,sebab kawan-kawan aku pun tak minat cerita hal politik. Kalau kau nak,boleh jumpa ayah aku,lagi best kalau dapat berbual dengan dia. Ayah aku selalu cerita hal-hal macam ni kat aku,” jawab kawan ana pula.

POLITIK DAN HIDUP ITU SIMBIOSIS

Salah satu juzuk dalam kehidupan kita adalah politik.Tanpanya maka tidak wujud kehidupan berorganisasi dan sebagainya.Justeru,ana agak kecewa apabila kebanyakan masyarakat tidak mahu mengambil tahu mengenai hal politik ini.Sikap AKU TIDAK PEDULISME dan ADA AKU KISAHME adalah suatu penyakit atau barah yang mula hinggap di dalam diri masyarakat kini.

Ana tidak mahu menuding jari pada sesiapa kerana puncanya juga adalah dari ahli politik yang menyelewang niat mereka dari membela nasib rakyat.Mementingkan nasib kroni dan periuk nasi sendiri,menyebabkan kebanyakan masyarakat cukup kecewa dengan sikap pemimpin sebegini.

Anak muda,dengarkan ini!

Anda mahu hidup bersenang-lenang,keselamatan terjamin,kesihatan terjaga dan sebagainya namun anda sendiri menidakkan rasa mahu mengambil peduli tentang hal politik.Kemahuan dan kehendak anda itu lahirnya dari ehwal politik,justeru malulah pada diri kerana anda ibarat melukut di tepi gantang!

Malahan ana juga begitu kecewa pada wajah politik yang dicemari dengan ahli yang begitu taksub dengan parti hingga tidak sedar diri saling memfitnah.

Bersikap matanglah dalam berpolitik!

Kata-kata keji,buruk,fitnah,umpatan adakah itu yang diajar oleh misi dan objektif parti kepimpinan anda?Jika benar,pemimpin parti melakukan sebegitu,perlukah kita turut mengikut kelakuan mereka yang buruk?Bila melihat laman haluan kiri dan kanan,ana sering melihat komen yang ditulis.Hampir 90% mengutuk dan menulis dengan kata-kata keji dan kotor, di mana kewibawaan dan kematangan kita dalam berpolitik ketika itu?

Ingat,kata-kata yang ditulis itu menzahirkan keperibadian anda sebenarnya.

Ana mohon,ayuh kita menjadi matang dalam pemikiran dan perasaan!

ISU KETUANAN : HAK ALLAH ATAU HAK KITA?

Lewat masa kini,suara-suara yang berkumandang memainkan kembali mengenai isu ketuanan,isu kenaikan harga barang dan sebagainya.Ketuanan melayu, itu yang diperjuangkan.

Bangsa Melayu,sibuk memperjuangkan hak sendiri,kerana ini tanah air mereka, hingga tidak memikir hati dan jiwa bangsa lain.

“Tanah air ini,milik bangsa kita,perlu kita perjuangkan!,” ucap seorang pemimpin parti perjuangan bangsa,berapi-api pidatonya pada persidangan antarabangsa.Terlupa akan sesuatu bahawa tanah ini,bumi yang dipijak ini adalah milik Allah,hak Allah. Kalian sibuk memperjuangkan hak bangsa,tetapi di mana perjuangan untuk hak Allah??

Logiknya,ana fikir,jika asas perjuangan sesebuah parti itu atas nama bangsa,maka tidak RELEVAN untuk diguna pakai lagi.Malaysia punya masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa,jika semua parti mahu memperjuangkan nasib bangsa,hingga kiamat pun tidak akan habis perjuangan itu. Tetapi jika asas perjuangan adalah nama KETUANAN IMAN DAN ISLAM,itu adalah sepatutnya. Kita mahu hidup sejahtera,aman dan selesa,semua itu ada pada ISLAM.

Fikrah kita sama,kiblat kita sama,hanya kerana nafsu dan ego yang membezakan corak perjuangan ini.Justeru,tidak salah untuk kita saling meletak ego dan nafsu,kembali kepada perjuangan IMAN dan ISLAM.

Wahai jiwa yang buta sejarah!

Lihat sirah Rasulullah s.a.w, bagaimana Negara Madinah yang dipimpin oleh baginda hidup sejahtera,hidup berbilang kabilah dan bangsa,namun bagaimana Rasulullah boleh memimpin dengan begitu baik sekali,politiknya sejahtera.

Di Madinah,ada sahaja yang bukan beragama Islam,tetapi mereka boleh menerima dan hidup sejahtera.Pada masa itu,adakah para sahabat berpolitik atas nama perjuangan kabilah atau bangsa? Jawapannya TIDAK!

Para sahabat dan orang Islam amnya,memperjuangkan kalimah Allah,menjadikan IMAN sebagai ketuanan diri.

AJARKAN MEREKA TENTANG POLITIK BERWAJAH ISLAM

Jika anak-anak yang masih muda belia berbicara tentang politik,mungkin terkejut ibu bapa,menjadi panik.Ibarat si anak sudha melakukan khilaf paling besar dalam diri mereka,lantas dicuci minda anak supaya tidak berfikiran seperti itu.

Ini kesalahan paling fatal pernah ana lihat!

Ajarkan anak tentang politik yang berwajah Islam, bagaimana?

Didik mereka menjadi anak yang berAMANAH,

Didik mereka menjadi anak yang berPERIBADI AL-QURAN DAN SUNNAH

Didik mereka menjadi anak yang MENEPATI MASA

Didik mereka cara menjadi pemimpin yang ADIL

Itu adalah tanggungjawab ibu bapa,bukan sekadar cukup pakai,makan dan tempat tingaal mereka,tetapi asas kehidupan berpolitik inilah yang sering ibu bapa terlepas pandang.

Apabila sudah terdidik dengan peribadi sebegini,insyAllah mereka akan lebih berfikiran matang, menentukan hak dan batil.Ini yang kita mahukan,bukan sekadar melihat anak muda kita leka dengan hiburan yang bisa meroboh jiwa dan iman mereka.

PENUTUP

Ana mohon kemaafan andai entri ini menyebabkan ramai yang marah,terhina atau rasa bermacam-macam,kerana ini hanyalah pendapat dari seorang anak muda yang masih mentah dalam kehidupan.

Mana yang elok,jadikan pengajaran,mana yang salah jadikan pedoman.

Tegurlah jika diri ini salah,kerna ego itu di didik dengan siraman nasihat.

Marilah kita kembali kepada perjuangan hidup yang sebenar.Perjuangkan ISLAM,maka nasib BANGSA juga turut terbela,insyAllah..

Wallahua’alam bisssawab~

10 comments:

N on December 5, 2010 at 10:31 AM said...

ana setuju dengan enti,

Kata-kata keji,buruk,fitnah,umpatan adakah itu yang diajar oleh misi dan objektif parti kepimpinan anda?Jika benar,pemimpin parti melakukan sebegitu,perlukah kita turut mengikut kelakuan mereka yang buruk?Bila melihat laman haluan kiri dan kanan,ana sering melihat komen yang ditulis.Hampir 90% mengutuk dan menulis dengan kata-kata keji dan kotor, di mana kewibawaan dan kematangan kita dalam berpolitik ketika itu?

sebenarnya, arus media masa dah banyak bercelaru sehingga kita terbiasa dengan kehidupan yang bercelaru sedangkan kita patut menjadikan Al Quran sebagai landasan utama :)

SuhaNa on December 5, 2010 at 10:37 AM said...

to N :

Penyelewangan tanggungjawab media massa,terlalu obses untuk menjaga periuk nasi sendiri hingga penyelwengan maklumat menjadikan mereka tidak berAMANAH dalam tanggungjawab..

Syukran kathiran kerana sudi membaca buah fikiran ana yang serba kekurangan ini =)

Sepi tanpa mimpi on December 5, 2010 at 11:03 AM said...

membaca entri anda mendedahkan lagi kelemahan saya. terima kasih atas entri bermakna. :)

SuhaNa on December 5, 2010 at 11:08 AM said...

to Sepi tanpa mimpi :

Setiap manusia ada kelemahan,ana juga punya kelemahan,jadi tidak salah untuk saling tegur dan menasihat demi pengislahan diri =)

zikrie on December 5, 2010 at 12:09 PM said...

Assalamualaikum wbt.

penulisan yang baik suhana..:)

Jika disebut POLITIK!! terbayang segala mcm simbol2 yang dipertandingkan..

segala mcm simbol itu bukanlah menjadi keutamaan bagi sy, yang paling penting ialah dasar perjuangan berhaluankan landasan Islam..

Setiap manusia melakukan kesalahan, apa yang paling penting ialah berubah selepas melakukan kesalahan dan bukan kekal di tahap lama.. :)

Pilihlah pemimpin yang baik!! dan janganlah biarkan mereka yang jahil memilih untuk memimpin.. :)

SuhaNa on December 5, 2010 at 12:11 PM said...

to zikrie :

Wa'alaikumsalam warahmatullah wabarakatuh akhi..

Benar,jangan terlalu taksub,kembali kepada al-quran dan sunnah

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

qamarguyz on December 5, 2010 at 5:17 PM said...

salam ziarah..
sebagai student p0litik, ana makin nampak mana baik buruknya..asalnya setiap pemain politik semuanya memperjuangkan kepentingan yG sama, cuma keutamaan yG berbeza..

m0ga anak muda kini lebih cerdik dalam menilai..pilihlah yG buruk daripada kalangan yG lebih buruk!

nyway tahniah atas penulisan yG bagus, pandangan yG bernas berani =)

SuhaNa on December 6, 2010 at 8:50 AM said...

to qamarguyz :

Alhamdulillah,enta mempunyai ilmu mengenai politik,ana sekadar meluah pendapat walau ana bukan dalam bidang ini.

Benar,pilihlah yang buruk di antara paling buruk,pilihan itu di tangan kita,berusaha untuk mencari yang terbaik dan berserah kepada Allah atas usaha yang dilakukan.

Syukran kathiran akhi atas ziarah.InsyAllah mengenai entri Aksara pencorak hidupku itu, ana izinkan untuk di siar di blog enta.Moga Allah redha,dan diberi manfaat bersama.

Wallahua'alam~

SoutulMujahid on December 7, 2010 at 11:05 PM said...

politik kufur yg mewarnai dunia kita hari ini menyebabkan ramai yg beranggapan politik itu adalah kotor dan busuk. lantas, ada pula yg menolak politik. walhal, politik kufur dan politik Islam itu bagaikan langit dengan bumi

demokrasi juga lahir daripada politik kufur, di mana demokrasi meletakkan manusia sbg 'tuhan' dlm parlimen, di mana manusia diangkat sbg penggubal undang2.

SuhaNa on December 8, 2010 at 6:39 AM said...

to SoutulMujahid :

Wajah politik yang sangat berbeza,terpulang pada orang yang menceburi untuk mewarnainya bagaimana.

Syukran atas komen, insyAllah diihargai =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers