Wednesday, December 29, 2010

Menghulur sebuah hadiah nan berhikmah...


Ana mengambil sedikit masa,berlegar di ruang tapak niaga, mencari hadiah bermakna untuk kawan ana kerna hari itu adalah hari graduasinya, menyudahkan pengajian ijazahnya dengan kepujian kelas pertama.Sebagai kawan,ana tumpang gembira.

Ditemani teman sekerja,ana mencari sejambak bunga untuk dihadiahkan.Ana bukanlah pakar dalam memilih bunga,jadi mengajak teman lebih bagus pendapatnya.Semua gerai kami singgahi,tak semena-mena gerai foto pun kami singgah,sebab dah pening nak cari bunga yang terbaik di kalangan yang baik.Sukarnya memilih..

“Banyaknya bunga,nak pilih yang mana ni?” tanya ana pada Hanis.

“Aku suka yang katak tu,comel..yang tu ok gak,” kata Hanis sambil matanya melihat bunga yang ada.

“Semua sama je,asyik jual bunga..jom gi sana,”ana mengajak Hanis ke suatu tempat.

Akhirnya kami sampai di tempat yang dituju.Kedai Buku!

“Aku nak bagi bukulah,bagi bunga nanti bukan boleh simpan lama.Buku ni,ada ilmu,boleh kongsi dengan ramai orang,” kata ana sambil membelek buku yang mahu dibeli.

Akhirnya buku karya Habiburrahman el Shirazy menjadi pilihan. Ketika Cinta Berbuah Syurga menjadi hadiah untuk kawan ana.

Hadiah adalah tanda penghargaan.Tatkala ramai graduan dikelilingi dengan jambangan bunga,ana lebih suka andai diri ana dikelilingi dengan buku-buku sebagai hadiah.Itu janji ana dan kawan bila kami bergraduasi nanti.Saling memberi hadiah.

Bahkan untuk hadiah perkahwinan ana nanti, televisyen sahabat ana yang berada di rumah sewa kami itu menjadi pilihan ana.Televisyen kami bukanlah bercirikan plasma,tapi kalau nak tahu suara tiada,gambar tak jelas,kadang-kadang ada warna.Kenapa ana mahu hadiah televisyen itu? Kalian boleh rujuk pada entri ana ini DI SEBALIK KOTAK SEGI EMPAT ITU..

Dan pernah ana menghadiahkan para guru di sekolah dengan hadiah ajinamoto berharga RM 0.10 tu dengan sebuah kad manila berisi ucapan bermakna ketika hari guru..

Pelik?

Bagi ana bukanlah sesuatu yang pelik andai hadiah itu memberi satu pengertian yang cukup bermakna.Malahan sepatutnya hadiah yang kita beri itu mampu memberi pulangan pahala yang berganda-ganda.Benar,jika menggembirakan orang dengan hadiah itu sudah membuahkan pahala,tapi macam mana pahala itu jadi berganda-ganda?

Ideanya begini,jika anda mahu beri sebuah jam sebagai hadiah, berikan juga peringatan pada si penerima tentang peranan masa,mungkin surah al-a’ashr menjadi peringatan untuknya.Jika mahu memberi bunga,apakah peringatan di sebalik bunga itu.Jika beri buku,beri pinggan mangkuk,beri cawan,beri periuk nasi atau apa-apa sahaja,sertakan peringatan berhikmah pada si penerima.Bukankah itu lebih baik?

Secara sedar atau tidak,kita telah memainkan peranan sebagai seorang penyampai bukan? Penyampai agama Allah..

Mesej santai ini ana tujukan untuk diri ana sendiri serta para sahabat sekalian.

Mari kita menjadi pemberi hadiah yang paling berhikmah..

Ada sesiapa yang mahu beri ana hadiah??Walau sepotong doa untuk ana itu pun hadiah kan….Hehe ^^

5 comments:

RUZZEZANIE on January 2, 2011 at 1:02 AM said...

salam yam..

siamang datang nak bagi komen..suka baca entri ni la..terharu sangat2...

hadiah..1 yang nampak simple tapi bagi makna yang mendalam bagi yang memahami maksud hadiah itu kan.. betul kata kau..bagi bunga,ia akan layu..dan sampai masa akan dibuang,bagi baju akan lusuh..sampai masa akan jadi kain buruk..bagi jam,walau bermakna masa,tapi sampai masa,ia akan kehabisan battery..

tapi bagi buku..selamanya akan tersemadi..walau buku tu dah kuning dan bergerigi sek gigitan si tikus,tapi ilmu yang dah diperoleh dr bacaan buku tu akan tetap tersemat di hati.selamanya..

betulkan aku kalau aku silap ye..

SuhaNa on January 2, 2011 at 10:38 PM said...

Wa'alaikumsalam warahmatullah..

Alhamdulillah,Allah jua yang membuka hati kamu untuk merasai rasa sebegini tika membaca entri ini..

Ana setuju pendapat kamu..Moga Allah redha^^

JAMALUDDIN ABU BAKAR on January 3, 2011 at 4:16 PM said...

Hadiah untuk korang semua..suatu perkongsian Ilmu..jom hadir ke Majlis Ziarah Habib Umar ke Malaysia..berdamping dengan para Ulama, Wali Allah,Ahlul Bait dan Kekasih Allah

http://jamaluddinab.blogspot.com/

http://diary-of-jamal.blogspot.com/

Kasim Ahmad on January 6, 2011 at 4:43 PM said...

bes citer nih.. thnx for sharing :)

SuhaNa on January 6, 2011 at 9:23 PM said...

to Jamaluddin Abu Bakar :

Alhamdulillah,terima kasih atas jemputan perkongsian ilmu tersebut.InsyAllah..

to Kasim Ahmad :

Alhamdulillah,terima kasih juga kerana menggerakkan hati untuk membaca dan menerima sedikit ilmu di sini =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers