Friday, April 23, 2010

Usia yang semakin meningkat..


Tepat jam 00.00 am..9 Jamadilawal 1431 Hijrah bersamaan 23hb April 2010 Masehi..

Bertambah setahun usia ana.Ya Allah,moga bertambah usia ini maka bertambah jugalah amalan hamba mu ini.

Meniti usia yang semakin menginjak sepatutnya hadir kesedaran diri bahawa diri ini tidak lama lagi berada di dunia.Apakah amalan kita sudah cukup sempurna untuk dijadikan bekal di kehidupan kedua.

Diriwayatkan oleh Ath-Thirmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, “Sering-seringlah mengingat kematian, karena sesungguhnya hal itu bisa membersihkan dosa-dosa, dan dapat membuat bersikap zuhud terhadap dunia.”

Justeru mengingat kematian itu perlu.Apakah kita tidak betah mendengar bahawa orang yang paling pintar sesungguhnya adalah orang yang paling banyak mengingat kematian.

Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahwa ia berkata, “Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Anshar. Setelah mengucap salam kepada beliau, ia bertanya, “Rasulullah, siapakah orang mukmin yang terbaik itu?” Beliau menjawab, “Yang paling baik akhlaknya.” Ia bertanya, “Siapakah orang mukmin yang paling pintar?” Beliau menjawab, “Yang paling sering ingat kematian dan yang punya persiapan terbaik untuk menyambut apa yang terjadi sesudahnya. Mereka itulah orang yang paling pintar.” Hadits ini juga diketengahkan oleh Malik.


Mengapa dikatakan pintar? Sungguh jika difikir kembali,apakah orang yang sentiasa mengingat kematian akan melakukan perkara-perkara kejahatan sedangkan dia tahu bahawa bila-bila masa sahaja nyawanya akan ditarik kembali.Orang-orang sebegini pasti menjaga akhlak peribadi agar setiap dosa tidak terpalit pada diri.Inilah orang yang pintar sebenarnya.Tapi sayang sekali dunia pada hari ini mengukur kepandaian itu dari segi pencapaian akademik semata-mata.


Kita lihat bagaimana orang yang pintar akademiknya tetapi pincang dari segi akhlaknya amatlah rugi.Sayang kepintaran yang dikurnia tidak diguna sebaiknya.


Sahabat-sahabatku sekalian.Syukran jazilan khairan khatira untuk segala ucapan di hari lahir ana.Setiap ucapan itu sentiasa mengingatkan ana pada sisa hidup yang semakin sedikit ini.Terima kasih sahabat sekalian..

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers