Wednesday, April 7, 2010

10 gempa bumi dahsyat...


Tahukah kalian di manakah gempa bumi yang paling dashsyat berlaku di muka bumi ini dicatatkan?

Di sini ana lampirkan 10 peristiwa gempa bumi yang paling mengorbankan nyawa.Ambillah renungan dan iktibar dari informasi ini.

1. GEMPA BUMI SHAANXI

Gempa bumi paling banyak mengorbankan manusia dalam sejarah yang terjadi pada 14 Februari1556 di Shaanxi,Cina. Kira-kira 830,000 orang maut.gempa bumi ini mencatatkan skala sebesar 8.0 skala richter.

2. GEMPA BUMI TANGSHAN

Gempa bumi ini terjadi pada 28 Julai 1976 di Tangshan Hebei,Cina.Seramai 255,000 orang terkorban dalam gempa bumi ini.Gempa ini berlaku pada siang hari dengan skala richter 8.0.

3. GEMPA BUMI HAIYUAN

Gempa bumi yang terjadi pada 16 Disember 1920 di Kota Haiyuan,Ningxia,Cina ini mengakibatkan setidaknya 240,000 orang terkorban.Besarnya gempa bumi Haiyun sekitar 7.8-8.5 skala richter.

4. GEMPA BUMI ALEPPO

Gempa bumi yang bepusat di Kota Aleppo,,Syria pada 11 Oktober 1138 ini mengorbankan setidaknya 230,000 orang.Gegaran berlaku sebesar 8.5 skala richter.

5.GEMPA BUMI SAMUDERA (ACHEH-INDONESIA)

Gempa bumi ini terjadi pada 26 Disember 2004 di Samudera India,lepas pantai barat Aceh.Gempa ini berkekuatan 9.3 skala richter, yang merupakan gempa bumi terbesar di Asia tenggara dalam kurun waktu 40 tahun belakangan ini.Gempa bumi ini juga menyebabkan terjadinya gelombang tsunami dan mengorbankan lebih kurang 230,000 orang.

6. GEMPA BUMI DAMGHAN

Gempa bumi ini berpusat di negara Iran pada tahun 856 dan mengorbankan setidaknya 200,000 nyawa.

7.GEMPA BUMI ARDABIL

Gempa bumi yang mengakibatkan korban jiwa sebesar 150,000 nyawa ini berpusat di Iran pada tahun 893.

8. GEMPA BUMI HOKKAIDO

Gempa bumi Hokkaido terjadi di Jepun pada tahun 1730 dan menewaskan sekurangnya 137,000 jiwa melayang.

9. GEMPA BUMI ASHGABAT

Gempa bumi ini mengorbankan sekitar 110,000 korban jiwa di Ashgabat, Turkmenistan pada 5 Oktober 1948.Gempa bumi tercatat sebesar 7.3 skala richter.

10. GEMPA BUMI KANTO

Gempa bumi kanto berpusat di Dataran Kanto di Pulau Honshu, Jepun pada tanggal 1 September 1923 dan mengorbankan sekitar 105,000 orang.Gempa bumi ini sebesar 7.9-8.6 skala richter.




2 comments:

Mesintaip: on April 7, 2010 at 6:46 PM said...

Terima kasih info yang bermanfaat.
Teringat dengan pesanan nabi (maksud):

1. Diriwayatkan daripada Abu Huraurah r.a., beliau berkata,"Rasulullah s.a.w. bersabda:"Tidak akan tiba hari kiamat hingga banyak terjadi gempa bumi."

2. Diriwayatkan daripada Salamah bin Nufail as-Sakuni r.a. beliau berkata, "Kami pernah duduk-duduk bersama Rasulullah s.a.w. (lalu baginda menuturkan hadisnya) dan sebelum kiamat ada dua kematian yang sangat dahsyat, dan setelahnya terjadi tahun-tahun yang dipenuhi dengan gempa bumi."

Adakah dua kematian yang sangat dahsyat itu merujuk kepada Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua yang mengorbankan puluhan juta manusia? Wallahu alam. Yang pasti sejak kebelakangan ini terlalu banyak gempa bumi berlaku.

SuhaNa on April 7, 2010 at 8:06 PM said...

benar tu..banyak berlaku sekarang kejadian gempa bumi..antara kita sedar atau tidak..antara kita peduli atau tidak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers