Tuesday, April 6, 2010

Nenek yang ku sayang..


Dari Allah kita datang,pada Allah jua kita kembali.

Khabar dari seorang kawan mengatakan neneknya meninggal.Sakitnya sudah seminggu, ternyata Allah lebih menyayanginya.Moga dicucuri rahmat ke atas roh Arwahyarhamah.

Ana terkenang sebuah memori silam.

Petang jumaat.

Cuaca yang mendung dan kelihatan riak-riak hujan akan turun tidak menghalang hasrat kami sekeluarga untuk bermusafir jauh ke selatan tanah air.Menghadiri konvokesyen abang ana sekaligus berjumpa dengan nenek ana yang sudah hampir 12 tahun tidak berjumpa. Kali terakhir ana balik ke kampung nenek tika usia ana 9 tahun.

Pengembaraan kami di iringi hujan yang lebat mencurah-curah. Agak kepenatan, hampir 12 jam baru kami tiba di kampung. Jam sudah mengarah ke angka 2 pagi.Ketibaan kami disambut oleh nenek yang setia menanti. Rindu menggamit hati. Wajah nenek saling tak tumpah seperti wajah mak.

"Betul lah iklan fair and lovely tu,kalau kita nak tengok wajah kita masa tua nanti, lihatlah wajah ibu kita sekarang," kakak ana berkata.

Celotehnya, gayanya saling tak tumpah seperti mak. Manakan tidak tumpah kuah kalau tak ke nasi juga. Badan yang kepenatan, hampir separuh hari berada dalam perut kenderaan sahaja. Lalu kami beradik beradu lebih awal, meninggalkan mak dan abah berceloteh dengan nenek, berbual mengenai kehidupan mereka.

Hampir 12 tahun ana tidak menjejak kaki di kampung nenek, rumah nenek masih seperti dulu.Tidak berubah walau sedikit pun. Kalau dahulu di sofa itu tempat ana beradu, di situ jugalah kedudukannya sekarang,Tidak berubah.Cuma yang ana perasan, tiada lagi bilik mandi di luar rumah. Keadaan rumah nenek agak tidak terurus. Ya, apalah kudrat seorang tua untuk melakukan semua itu. Yang tinggal dengan nenek hanya anak-anak lelaki sahaja.

Biar diri di mamah usia, tapi satu sikap nenek yang amat ana kagumi.Beliau sangat mengambil berat perihal anaknya. Baru sahaja kami sampai di rumah nenek, nenek sudah siapkan kain dan tudung untuk kami. Katanya tak mahu pakai lagi,sudah banyak di rumah. Alahai nenek..jauh di sudut hati ku tahu betapa pemurahnya dirimu.

Nenek bukanlah seorang yang kaya dari segi harta.Tapi sikap pemurahnya sangat ana kagumi.Mengenang kisah hidup nenek membuatkan ana punya satu tekad dan janji.

Nenek, andai diri ini punya harta,akan ku ubah rumah nenek menjadi seperti syurga dunia, agar nenek lebih selesa.Akan ku pastikan, perut nenek sentiasa terisi dengan makanan. Itu tanggunjawab ku sebagai seorang cucu.

Lambaian nenek ketika kami beransur pulang ke Perak membuatkan hatiku sayu. Nenek tidak larat berjalan, hanya mampu menghantar dengan pandangan dari beranda rumah. Takkan ku lupa nenek walau jauhnya kita.

p/s : Ceritera dari sekelumit memori, lahir dari hati seorang cucu. Nenek di dalam cerita di atas adalah ibu kandung kepada mak.Menetap di Batu Pahat,Johor.



2 comments:

akuinsanlemah on April 6, 2010 at 11:13 AM said...

teringat kat wan n atok d pahang...ohh~nntikn kepulangn cucnda~

SuhaNa on April 6, 2010 at 6:42 PM said...

itu lah..tiba-tiba rindu menggamit hati~~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers