Saturday, April 24, 2010

Kejayaan melalui kegagalan..


Alangkah manisnya nikmat kejayaan setelah melalui fasa kegagalan.

"Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,..... anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa."

Benar,ana dapat merasa kebahagiaan itu.Buat kali ke-2 ana gagal dalam ujian 1.Tetapi kali ini bagi subjek Rekabentuk Konkrit.Kecewa itu tidaklah sangat kerana soalan yang dijawab bukan main susahnya.Mujur ada soalan teori yang banyak membantu.

Sukar benar hati untuk menerima, tapi apakan daya kerana ini adalah salah satu subjek wajib bagi kursus yang ana ambil.Sabarlah suhana kerana sabar itu indah!

Untuk ujian 2, soalan yang dibuat tidak sesukar soalan ujian 1,tetapi kecewa tetap beraja di hati kerana ana fikir tidak dapat menjawab dengan baik soalan tersebut.Hanya pada Allah bertawakal.

"Wah,kau dapat markah paling tinggi test ni," ujar kawan ana.

"Kau biar benar,tipulah,"kata ana pula.

Lalu kertas jawapan dihulur kepada ana.

SubhanAllah..Alhamdulillah..

Syukur pada Ilahi kerana memberi ana lulus dalam ujian 2 kali ini.Mendapat bonus sekali apabila mendapat markah paling tinggi dalam kelas.Tetapi bukan itu yang ana fikir,cukup sekadar lulus sudah menggembirakan ana.

Sebelum ini ana begitu lesu untuk ulangkaji subjek ini.Sekarang sudah ada harapan baru,sinar baru unutk ana mencapai kejayaan lebih cemerlang dalam subjek ini,insyAllah..

"Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu."

26hb April ini adalah peperiksaan untuk subjek ini.Ana doakan moga dipermudahkan segala urusan dan menjawab dengan tenang untuk sahabat-sahabat sekalian.

SALAM IMTIHAN

6 comments:

kacamata on April 24, 2010 at 8:05 AM said...

Salam suhana.

Didoakan semoga dipermudahkan segala urusan. Allahumma Amiin.

SuhaNa on April 24, 2010 at 9:50 AM said...

salam kacamata.

amin..doakan kejayaan ye!

lieza samsudin on April 25, 2010 at 3:25 PM said...

wei subjek pe 2 yg highers sgt nih?? huhuh
design ker??

SuhaNa on April 25, 2010 at 8:02 PM said...

ye lah akak..subjek design

Mesintaip: on April 26, 2010 at 8:34 AM said...

Teringat kata-kata guru semasa masih bersekolah dulu, dia kata "Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda"..Hm, banyak kali juga gagal, tapi masih mampu bangkit daripada kegagalan tersebut. Syukur kepada Allah.

SuhaNa on June 22, 2010 at 4:31 AM said...

Benar tu akhi..kegagalan cuma sebentar,kita akan berjaya jika kita mampu mengatasi kegagalan itu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers