Kita diserang!!! (1)


Mabuk!! Mabuk!!

Apa yang cuba kau katakan ini wahai Suhana?

Mabuk!! Aku sedih melihat saudara-saudara seakidahku kian mabuk...

Mabuk kerana meneguk air arakkah?Itu sudah menjadi perkara biasa zaman sekarang..

Ahh...perkara biasa kau kata? Apakah kau tidak tahu atau buat-buat tidak tahu mengenai firman Allah s.w.t :

"Wahai orang-orang yang beriman!Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan.Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya" ( Al-Maa'idah : 90)

Aku sedih kerana mereka kian mabuk dengan kehidupan dunia.Mata hati mereka kian tutup untuk melihat kebenaran.Di kata beragama Islam tapi punya cara hidup bukan seperti Islam.

Sudah menjadi kebiasaan pula bagi setiap parti dihidangkan arak sebagai hidangan.Tidak akan rasa pelik kalau rumah seorang beragama Islam itu punya bar yang mengandungi botol-botol arak berjenama di rumah mereka.

Di sana-sini orang mengukur dengan material.Kalau berkereta besar sudah di kira hebat.Rumahnya besar ibarat istana sudah dikira hebat.Tetapi tidakkah mereka melihat bahawa penciptaan Allah lebih hebat dari semua itu?

Matahari,bulan,bintang,langit dan bumi..Apakah tidak cukup itu bukti itu semua?Atau kita yang membutakan mata untuk menerima segala fakta?

SERANGAN PADA UMAT ISLAM

Sedarlah wahai umat....

Kita makin dihimpit dan di asak dari segenap sudut.Musuh sudah mentertawakan kita akibat kejahilan diri kita sendiri.Mereka berpesta kerana meraikan kejayaan menjauhkan Islam dari Allah,Rasul,Al-quran dan Sunnah.

Tahukan kalian apa itu Ghazwul Fikri? Yakni serangan pemikiran.Kita diserang dengan pemikiran yang jauh lari dari konsep Islam.Yang halal dikata haram,yang haram di kata halal.Yang jahat dipandang baik,yang baik dipandang sepi.Orang melakukan maksiat kita menyokong,tetapi melakukan ibadat kita larang.Islam dipolitikkan, Islam didagangkan.Dijual - beli maruah kita sebagai umat Islam.

Ya,memang di akui mereka memang berjaya menewaskan kita dengan cara ghazwul fikri ini, tetapi TAKKAN HILANG ISLAM DI DUNIA..Islam itu agama datang dari Allah, walau cara apa sekalipun mereka lakukan,pasti akan ada tangan-tangan insan yang cuba membersihkan umat ini dari terus MABUK DUNIA.

Perlu kalian ketahui apakah 9 serangan pemikiran yang dilakukan terhadap umat Islam (Formula 5F dan 4s) :

1. FOOD ( makanan)

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Berapa banyak syarikat yang mengeluarkan produk makanan bersekongkol dengan kaum kuffar untuk memerangi umat Islam? Fikirkan perkara ini sedalamnya..

2. FASHION ( fesyen)

Up-to-date..inilah istilah untuk pengguna fesyen.Sentiasa mencari apakah fesyen terbaru di pasaran sekarang.Rambut gaya landakkah, gaya botakkah, gaya sanggul tinggi lah..Baju gaya musim panas lah,musim sejuklah,musim durianlah..bla..bla..Padahal adakah kita tidak mengetahui bahawa fesyen itu sendiri tidak menitikberatkan mengenai menutup aurat tambahan fesyen itu memang datang dari Barat.Anak-anak muda di sogok dengan fesyen gothic, punk, skinhead dan sebagainya.

Bukankah itu semua membuatkan kita "terpaksa" meninggalkan tuntutan agama semata-mata ingin mengejar istilah up-to-date itu?

3. FOOTBALL (bola sepak)

Gila bola,makan bola,minum bola,tidur bola,bergaduh pun sebab bola.Masalah syabab sekarang.MU,Chelsea,Arsenal lah..Sanggup berjaga pagi hanya untuk melihat perlawanan bola. Apakah kalian tidak tahu waktu pagi itu jika dimanfaat untuk bertahajud kepada Allah adalah lebih indah.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.
"Ertinya : Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkah lagi Maha Tinggi turun setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman ; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon, pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan mengampuninya." (Shahih Al-Bukhari)

Bagus sungguh kan, waktu siaran bola itu pula kadang-kadang hampir kepada waktu sepertiga malam.Bila diri sudah letih menonton dan berteriak,adakah mereka masih mampu untuk bertahajud dan sujud?tepuk dada tanyalah iman..

4. FILM (filem)

Mungkin isu ini ana sudah ulas di dalam artikel sebelum ini.Kita disogokkan dengan filem yang pelbagai.Dihidang dengan heroin yang cantik seperti bidadari, hero yang kacak membuatkan diri kita sentiasa berada dalam alam fantasi tanpa mahu melihat realiti.Kalaulah..kalaulah..itulah ayat yang sering di ucap..Adegan yang tak sepatutnya dipertontonkan, menambahkan lagi penyakit sosial di dalam masyarakat.

5. FUN ( keseronokan)
Inilah yang menjadi senjata utama.Apabila hiburan merajai jiwa.Hedonisme..suatu penyakit yang makin parah di kalangan muda-mudi. Friday night,Saturday night dan sebagainya..Itulah istilah yang di guna pakai untuk meraikan pesta muda-mudi.yang pastinya pesta itu bukan penuh dengan zikir melaung kebesaran Ilahi,tetapi lebih kepada pesta merosakkan diri.

akan bersambung..................



Comments

Mesintaip: said…
Bagus paparan ini. Tidak dinafikan bahawa umat Islam sekarang ini diasak dari kesemua sudut kehidupan. Atas, bawah, depan, belakang, kiri, kanan, serangan itu dilancarkan bertubi-tubi. Namun, Allah tetap memelihara umat Islam. Apa yang berlaku ke atas umat Islam sekarang ini adalah merupakan satu bentuk proses penapisan untuk menapis siapakah watak-watak yang kental dan layak untuk dipilih menjadi para pendukung perjuangan Islam nanti. Itulah bentuk tarbiyah Allah kepada umat Islam. Oleh itu kita memohon agar kita termasuk dalam golongan yang dipilih dalam perjuangan menegakkan Islam itu. Mungkin kita tidak sempat melihat hasilnya nanti, namun kita sudah membuat suatu pelaburan yang besar kepada kejayaan gerakkan Islam itu nanti. Wallahu 'alam.
SuhaNa said…
betul..ana sokong apa yang diperkatakan

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2