Apa ertinya perempuan,wanita dan betina...


"Aku percaya kau kerana kau seorang wanita,"ujar ana.

"Eeee...memang aku wanita,kau kenapa?"

Alasannya mudah.Saja-saja.

Opps...maaf lah kawan kalau ana sering mengungkapkan perkataan begitu.Niat ana bergurau cuma.Dalam gurauan itu,ana terfikir juga.Apa bezanya wanita dan perempuan.Apakah perbezaan cuma dari perkataan dan intonasi sebutan semata-mata atau apa.

"Tak pernah ada orang panggil aku wanita,macam dewasa pula,"kata kawan ana.

Ye,kata kuncinya adalah dewasa.Perkataan wanita sering kita sebut untuk kaum hawa yang berusia matang dan dewasa.

Apa bezanya wanita,perempuan dan betina?

Pening juga ana memikir hal begini.Lalu ana berjalan mencari informasi.Bertemu pula informasi di ruangan negara jiran.Walaupun bahasanya kurang ana faham tapi hasil melihat drama sinetron di tv3 menjadikan ana faham sedikit bahasa negara jiran.

Apa yang ana jumpa?Mungkin ini adalah informasi terbaik yang ana jumpa untuk kalian baca.Hasil kajian Sudarwati D.Jupriono dalam tajuk Betina,Wanita,Perempuan:Telaah Semantik Leksikal,Semantik Historis,Pragmatik.


APA ERTINYA BETINA?

Kata betina datang dari perkataan batina ( bahasa Sanskrit).Menurut kamus dewan erti betina adalah antonim kepada jantan.Selalunya perkataan ini diguna pakai pada gender binatang atau benda yang tidak hidup.Contohnya embun betina,singa betina.

Jika perkataan ini diguna pakai dalam untuk manusia,ia akan memberi maksud yang negatif.Contohnya dalam wacana ini "Kamu ini kenapa cerewet sangat,urus saja diri sendiri.Kenapa nak sibuk hal orang pula.Dasar betina!"

Konklusinya makna bagi betina adalah jenis gender binatang dan cerewet.

APA ERTINYA WANITA?

Dalam kamus dewan,wanita diertikan sebagai perempuan dewasa.Kewanitaan pula adalah hasil dari perkataan wanita yang bermaksud sifat-sifat khas wanita seperti lemah lembut,sabar,halus,tunduk dan sebagainya.Justeru,perkataan wanita ini diguna pakai hanya untuk golongan manusia (perempuan) bukan lelaki,haiwan atau sebagainya.

Berdasarkan etimologi rakyat Jawa,kata wanita bererti tunduk kepada suami.Dalam hal ini nilai wanita itu akan lebih mulia bila dia patuh pada sang suami.Selalu ada ungkapan "Swargo nunut,neraka katut ( suami masuk syurga aku numpang,suami masuk neraka aku terbawa."

Asal kata WANITA: Vani (bhs Sansekerta) -> Vanita / Desire = Keinginan --> Wanita = Mengandung makna sesuatu yang selalu diinginkan. Arti konotasi dari kata ini ialah wanita adalah objek seks, selalu diinginkan (Sanskrit – English Dictionary ; Sir Monier Williams, Delhi Varanasi, Motilal Banarsidas, 1981)

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa ertinya wanita adalah manusia yang bersikap halus,mengabdi setia pada tugas-tugas suami.Suka atau tidak,inilah tugas atau lelakon yang harus dijalankan oleh wanita.Apakah memang demikian?

APA ERTINYA PEREMPUAN?

Dalam kamus dewan perempuan bererti wanita,lawan lelaki dan isteri.

Dalam etimologinya begini:

EMPU --> Ibu --> Mulia --> Dihormati --> Membimbing --> Mengasuh

Menurut definisi kamus bahasa Indonesia,disebutkan perempuan itu adalah orang(manusia) yang mempunyai vagina,dapat menstruasi dan hamil,melahirkan anak dan menyusuinya.

Bila pula diguna pakai perkataan perempuan ini.Ya,fungsinya rendah sedikit dari wanita yakni selalunya perkataan rasmi diguna pakai seperti Kementerian Pembangunan Wanita, kita tidak menggunakan Kementerian Pembangunan Perempan bukan?

Secara tuntasnya,perempuan adalah sesuai diguna pakai untuk masalah yang berkaitan keisterian dan rumah tangga.Dalam hal ini,meski tidak rendah tetapi kata ini jelas menunjuk perempuan sebagai 'penunggu rumah'.


KERANA WANITA ITU ISTIMEWA

Walau apa pun perbahasannya,seharusnya kita perlu tahu dan sedar bahawa Islam sangat menghargai kedudukan wanita itu.Lihat sahaja zaman jahiliyyah dahulu,bagaimana kaum hawa diperlakukan.Datangnya Islam melalui Nabi Muhammad s.a.w mengangkat kembali martabat wanita itu.

Wanita itu dijadikan indah.Sungguh seindah perhiasan adalah wanita solehah.

Sesungguhnya dunia ini seluruhnya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang sholihah.” (HR. Ahmad)

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak, dan sawah lading. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Alloh-lah tempat kembali yang baik (surga).” (QS. Ali Imran:14)

Wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena kedudukannya, kecantikannya dan karena dien (agama)-nya; maka pilihlah yang memiliki dien maka engkau akan beruntung.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Comments

Yang aku tau, perkataan betina tu selalunya diucap bila x puas hati, bila nak caci maki...hahaha~



Jom singgah blog saya pulak :D

Bila Karipap Boleh Bercakap
SuhaNa said…
Tapi lebih elok berhikmah dalam percakapan kan..budi bahasa budaya kita..:)
mydiario said…
syukran ats perkongsian ilmu bahasa..
walaupun, perkataan tersebut nampak mcm simple sbb biasa didengar , ttp, sbnrnya mempunyai perbezaan yg amat ketara..
ilmu itu amat berharga.. (^^)
Unknown said…
sesuatu yang menarik untuk dikongsikan..maaf menggunakan bahasa kasar,tapi saya pernah terfikir lebih dalam tentang perkataan betina ni..ia pada saya kalau ditujukan pada perempuan(manusia) bermakna ia sebagai suatu ayat makian lah kan..

saya pernah terfikir juga,apakah perbezaan antara bitch,biatch dan whore??semua itu adalah bahasa kesat yang digunakan dalam bahasa pasar english..

sekadar memanjangkan persoalan..apa pun,terima kasih atas apa yang dikongsikan..saya amat tertarik yang pasal perkataan "empu" tu..

anyway,salam perkenalan dari saya,sendra dari blog kuehtart..jemput singgah ye ke blog saya..harap sudilah..saya mula semula semuanya dari bawah kembali.
SuhaNa said…
afwan liyana sulaiman..

ilmu itu wajib dikongsi dan disebarkan..moga kita mendapat manfaatnya bersama..:)
SuhaNa said…
salam ukhwah sendra..

bagi masyarakat melayu,kebiasaan begitulah kalau berada dalam keadaan yang marah.Bahasa yang kurang enak juga terkeluar,tapi rujukan ana ni berdasarkan jurnal dari profesor indonesia,jadi masyarakat indonesia pun berfikir lebih gitu juga,betina itu kasar jika diguna untuk manusia.

berkenaan bahasa kasar dalam bahasa pasar english itu,ana tak dapat nak simpulkan lagi.Ana juga bukanlah fasih berbahasa english..InsyAllah mungkin ana akan cuba mencari maklumat untuk itu juga.Menarik kalau dapat dikongsi bersama..:)
betina agak kasar bunyinya jika dibandingkan dgn wanita n prempuan?? tidakkah sesuai pnggila betina itu pada spesisi haiwan....wajar juga diberi pada mnusia yg ada sifat2 seperti binatang malah ada yg sifat mereka itu lebih teruk daripada binatang....

nak ty pendapat,klu seorg wanita itu dtg dri keluarga yg porak peranda,keluarga yg mmg kurg agama...mak ade laki lain,adek beradik ramai...dan rempuan itu tnpa ada ikatan sah telah bersekedudukan ngn seorg laki2..dan telh mnyebbkan wanita itu ketagihkan hbungan kesedudukna itu...soklannya:bgaimnan ingi dinasihati wanita sperti ini???ada lagi ke sinar khidupan utk mreka???
Hanis Amanina said…
tak suka bila ada yang menggelarkan perempuan lain sebagai betina. rasa sangat kurang ajar. :(
SuhaNa said…
amnina :
salam saudari amanina..ya,agak kasar bunyinya.

wiki wiki shafiq:
salam saudara shafiq..berkenaan hal itu,ana berpendapat nasihatilah wanita itu dengan cara paling berhikmah.Wanita adalah makhluk paling yang sensitif dan beremosi.Jadi,bicaralah dan nasihatilah dia dengan sesuatu yang mampu mebuatkan hatinya kembali insaf dan sedar.

Ingatkan pada dia,bahawa sebesar mana pun dosa yang dilakukan,pintu taubat masih terbuka.Allah itu maha pengampun dosa-dosa.Jika sudah ada rasa keinsafan dan rasa ingin bertaubat,lakukan dengan segera dan jangan bertangguh dalam bertaubat kerana sungguh itu hidayah yang datang dari Allah jua.

llah SWT dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya membuka seluas-luasnya pintu ampunan bagi hambanya dengan berbagai jalan,
seperti dalam firman-Nya: Katakanlah, "Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. QS. Az zumar (39):53.

masalah adalah cabarna dalam kehidupn.Ujian yang mentarbiyah iman kita.Bersyukurlah dengan adanya ujian hidup.Itu tanda Allah masih sayang akan kita.

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
hmm...tp prmpuan itu akn katakn yg persekitran dia mnghlang dia utk brtaubt...dgn ketagihan dia pada sek yg melmpau2...ade laki2 yg skrang rpat ngn dia..laki ini baek dan tidak thu akan kisah hitam dia..dan pda waktu same wanita ni wat hbungn laen dgn laki laen yg dpt bg dia seks...dia xmtk ngn laki lagi sorg nie sebb laki nie baik...so cmne tu?
SuhaNa said…
salam saudara shafiq..rasanya ruang perbincangan di bahagian komen ini adalah terhad.Molek kiranya kita berdiskusi di ruangan lain.Mungkin boleh di hantar pada status ana.Syukran kasir...

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2