Nasihatilah aku...
"Ah,kau pun sama.Lebih kurang je,nak bagi nasihat kat aku!" tempelak seorang rakan.
"Aku tak kata aku sempurna,tapi aku cuba memberi nasihat untuk peringatan aku dan kau, takkan nak tunggu aku jadi betul-betul sempurna baru boleh menasihati?"
Menerima nasihat seseorang itu bukan mudah.Barangkali mungkin kalian fikir itu menundukkan ego masing-masing.Tapi apa gunanya ada ego kalau apa yang dibuat itu salah?
Memberi nasihat adalah asas kepada Islam!
Tamim bin Aus melaporkan,beliau sendiri pernah mendengar Nabi Muhammad berkata,"Asas agama Islam itu adalah saudara memberi nasihat." Kami bertanya,"Nasihat berkenaaan apa dan bagi siapa?"Nabi Muhammad menjawab,"Nasihat berkenaan Allah,kitab Allah dan utusan Allah,bagi para pemimpin dan setiap orang Islam." (Hadith Riwayat Muslim)
Agama itu adalah nasihat.Nasihat yang berisi penerangan,dorongan , yang membuat seseorang jelas akan sesuatu masalah,membuat semangat, redho dan gembira.
Memberi nasihat sesama kita umat Islam.Justeru kenapa perlu ditolak nasihat itu jika ianya terkandung seribu hikmah bagi kita walaupun nasihat itu datang dari rakan yang mungkin nakalnya seperti kita.
Ego! Itu punca sebenarnya.Jika diri fikir "hanya aku sahaja yang betul",pemikiran sebegini tidak akan bawa anda kemana-mana.Berubahlah,dan terimalah nasihat itu.
Tidak guna menongkat langit andai diri tidak mampu memimpin sendiri.Setiap hari kita perlu diperingatkan agar kita tidak tersasar dari kembara hidup ini.Jangan berlagak sombong,nanti diri yang rugi,jangan di hina orang yang menasihati,sekurang-kurangnya dia punya kesedaran diri.
“ Hai orang2 yang beriman, sungguh telah datang padamu nasihat dari tuhanmu dan obat untuk apa yang di dalam dada (hati) dan sebagai petunjuk dan sebagai kasih sayang bagi orang yang beriman “ QS Yunus (10); 57.
Nasihatilah aku....
Comments
to princeduyong : benar tu..yang baik jadikan pedoman,buruk jadikan sempadan..