Terima kasih cikgu atas hukuman itu...


Pangggg....

Terasa pedih dan merah pipi ditampar oleh cikgu Sejarah.tidak cukup sekadar itu,telinga ana dipulas-pulas pula.

Malu bukan kepalang tika itu.Nasib baik ada juga kawan yang senasib dengan ana.Rasa malu itu kurang lah juga.

Pagi itu,hari kedua sesi persekolahan bermula.Selepas perjumpaan pengawas sekolah,ana pulang ke kelas.Sudah menjadi kebiasaan bagi kami bila,minggu pertama sesi persekolahan,pasti guru-guru tidak mengajar sangat,lebih kepada sesi pengenalan diri.Tapi tidak pada cikgu Sejarah ini,baru pertama kali mengajar di kelas kami,tidak ada sesi pengenalan diri,terus mengajar pula. Kami terpinga-pinga pula,nasib ana memang tidak baik pula tika itu.

"Siapa yang tak bawa buku teks sila berdiri."

"Hah,kamu yang baru masuk kelas,bawa buku teks ke tidak?"aju cikgu pada ana yang baru masuk ke kelas.

"Errr..tak bawa cikgu."

Lalu ana menerima habuannya.Ditampar dan telinga dipulas.

Sudah 8 tahun peristiwa itu berlaku,namun takkan ana lupa sampai bila-bila.Hanya kerana tidak membawa buku teks,habuan yang ana terima cukup perit.Ibarat ana ini pelajar paling jahat di sekolah itu.Rasa tidak berpuas hati bergelojak di minda.

Kalau pelajar sekarang diperlakukan sebegitu,ana rasa pasti cikgu ana itu sudah masuk surat khabar agaknya.Menjadi tajuk besar di muka akhbar barangkali.Walaupun rasa tidak puas hati pada cikgu,tetapi sifat menghormati guru itu masih ada.Hanya pada diari ana ungkapkan rasa tidak puas hati.Terima kasih diariku menjadi peneman duka dan suka!

Ana kurang meminati subjek Sejarah.Subjek yang banyak menghafal bukanlah sesuatu yang ana gemari.Ana lebih gemar kepada subjek bahasa dan mengira.Tapi minat ana bercambah sejak cikgu ana mengajar.Beliau mengajar subjek itu dengan penuh kefahaman.Nota yang diberi jelas,ringkas tetapi padat.

Melangkah ke tingkatan 3,masih cikgu yang sama mengajar ana subjek Sejarah.Bakal menghadapi peperiksaan PMR tahun itu,timbul keinsafan pada diri.Sejak itu subjek Sejarah menjadi subjek paling ana gemari.Alhamdulillah,subjek itu jugalah ana sentiasa skor A,tidak kira ujian atau peperiksaan sebenar.

Tidak ana nafikan bahawa dengan takdir Allah s.w.t jua yang membuatkan peristiwa ana ditampar itu seakan menjadi satu hikmah bagi ana.Menjadi akrab pula ana dengan cikgu tersebut.Rasa tidak puas hati dulu hilang begitu sahaja ibarat air yang mengalir laju.

"Suhana,dapat berapa keputusan PMR?"cikgu ana bertanya.

"Alhamdulillah cikgu,dapat A,cuma bahasa Inggeris sahaja dapat B."

"Tahniah cikgu ucapkan," ucap cikgu sambil memelukku erat.

Terima kasih cikgu.Tidak akan ana lupa jasa cikgu.Biarlah peristiwa itu menjadi sejarah buat ana,buat didendang pada anak-cucu kelak.Menghormati guru itu perlu,kerana tanpa mereka,kita tidak akan berjaya hingga kini.Selamat Hari Guru cikgu!Terima kasih atas hukuman itu....


Comments

Ampuan Awang said…
salam...

ternyata ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. apa pun, teruskan menulis dan mengajar dan terus-terusan memandaikan anak bangsa...

sekiranya sudi, tataplah apa yang ada dalam link ini:

http://puisikabur.blogspot.com/2010/05/tulisan-yang-memandaikan-bangsa.html
SuhaNa said…
himahnya sangat besar Ampuan Awang..owhh..ana bukan seorang guru tapi insyAllah ana akan terus menulis yang bermanfaat untuk umat..
Unknown said…
Salam, you shouldn't deserve it! It was an act of abusive. Don't put it as a standard way to respect our teachers! It worked for you but it may not work to the others!
SuhaNa said…
Salam saudara Amir Azmi..

Benar jika dilihat dari segi hak kemanusiaan,memang tidak patut diperlakukan sebegitu.Tapi setiap orang ada pandangan tersendiri.Adakah dia melihat itu adalah salah atau benar.Maaf,ana menulis hal ini bukan kerana ingin memburukkan guru ana,tetapi pandanglah dari hal yang positif.

Lain orang lain pandangannya...:)

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2