Permohonan GrEP MARA 2021





Hi, Assalammu’alaikum korang..

So ramai mungkin dah tahu atau masih tak tahu, MARA baru sahaja buka permohonan untuk tajaan bagi tahun ini.

Dan ada pembaharuan dimana, dimaklumkan, pihak MARA akan membuat dua kali pengambilan GrEP MARA 2021 ini.

Macam mana tu?

Dia macam ni…

Siapa yang dah ada Unconditional Offer Letter untuk mula pengajian sampai May 2021 ni, maka anda layaklah untuk memohon. Kebiasaannya, negara down under seperti Australia, New Zealand mulakan pengambilan sewaktu Autumn mereka ni, ada sesetengah universiti di UK juga ambil pengambilan Januari, so korang kena semak lah.

Nak kena semak dekat mana?

Hah baca tips aku bagi before ni cara nak buat permohonan universiti dengan cara sendiri atau guna ejen.

IELTS macam mana?

Takpa, jika tak sempat ambil IELTS it’s ok. Korang boleh hantar sebelum korang fly dekat MARA. Asalkan lepas syarat yang IELTS Overall 6.5 tuh! Component tak achieve pun ok, asalkan lepas overall mark tu.

PhD?

Ok macam yang aku beritahu sebelum ni, ada universiti yang ambil pengambilan all over the year. Bergantung kita nak mula bila. Korang boleh semak dengan potential supervisor korang nanti.

Kalau korang nak fly after May, maka korang kena tunggu permohonan GrEP MARA kali kedua nanti. Mungkin sekitar bulan Ogos.

Risau tak dapat?

No worries geng, inshaAllah jika ada rezeki tak kemana kan?? Kan??

Aku cuma nak pesan, siapa nak sambung Master atau PhD dekat University of Edinburgh tu, jangan lupa rojer aku kat sini..kah! Ada dua bilik bakal dikosongkan selepas Julai nanti neh dan sewa sangatlah murah noks, only £328 permonth..tak dapat tau harga ni dekat Edinburgh yang super mahal neh..gituh aku promote boek punya…hahaha..

Buat permohonan dekat sini : https://www.mara.gov.my/en/grep-count-down-bi/

p/s: Jangan lupa baca syarat permohonan, nak tanya apa-apa hal, komen sahaja nanti aku cuba reply inshaAllah.

Comments

Unknown said…
Salam, td i call Mara pun dia cakap benda sama. Cuma i nak risau, macam last year, 2nd batch 2020 dia buka bulan 10 and universiti local shj. Risau pulak kalau tunggu tiba2 takde. I dah dapat unconditional offer letter and start Sept 2021. Apa beza dgn Pro-P ya?
Suhana said…
Wassalam wbt.

Tahun lepas masih lagi bukan sistem seperti tahun ini. Saya rasa mungkin tahun lepas banyak lagi bajet yang ada, maka MARA keluarkan kali kedua tapi untuk lokal sahaja kerana mudah untuk diuruskan. Tapi tahun ini, disebabkan ramai kena work from home, jadi diagihkan kepada dua kali pengambilan adalah lebih sistematik. Jangan risau inshaAllah..percaya sahaja. Pro-P adalah program khusus untuk professional cert macam untuk dentist, doctor dan ACCA.
Anonymous said…
Salam. Saya nak tanya macam mana kalau jurusan yang kita pilih tu tiada dalam senarai? Contohnya Phd dalam bidang Matematik. Bidang saya ni ada kaitan dengan Engineering. Sebab master saya buat engineering mathematic.. Terima Kasih atas balasan.
Anonymous said…
Hi Suhana. Saya nak bertanya adakah grep mara ni ada contract perlu bekerja dengan mara untuk beberapa tahun? Atau dia sekadar convertible loan dimana kita perlu bayar 20% tu tanpa bond perlu bekerja?
Suhana said…
Wassalam wbt...jadi nak pilih buat PhD in Mathematic or engineering mathematic? Saya tak pasti jurusan pior Matematik tak ada dalam sponsor tapi kalau ada disiplin yang cross dengan matematik pada salah satu jurusan yang ditaja, mungkin pilih subjek tu. Contoh kajian matematik analisis more on transport? fintech? etc...
Suhana said…
Hi!

Tidak ada contract dah sekarang, Ia hanya pinjaman boleh ubah. Tapi kalau dapat kerja dengan MARA, mungkin boleh minta untuk convert supaya tidak dibayar pinjaman. Rasanya lah.
Anonymous said…
Salam. Terima kasih atas perkongsian saudari buat tentang grep mara. Sangat membantu. Saya nak tanya pendapat cik suhana, saya dah dapat unconditional offer letter tapi program akan commence bulan Sept. Kalau saya tunggu grep intake kedua tahun ni yang akan dibuka pd bulan ogos... Sempat ke nak settle semua before fly? Terima kasih.
Suhana said…
Wassalam wbt. Hmmm.. Saya boleh kata, sediakan segala yang boleh melepasi syarat MARA. Nak kata sempat I won't sure sebab proses visa mungkin lama. Tapi ia tak menjadi masalah sekarang kot sebab kuliah berjalan secara hybrid kebanyakan universiti.
Unknown said…
Salam, terima kasih atas perkongsian yang sangat useful. Saya nak tanya adakah ada interview untuk MARA pilih calon yang sesuai utk terima GrEP?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Setakat ni saya rasa tak ada temuduga lagi, apatah lagi musim pandemik ni, jadi rasanya hanya perlu lepas Personaliy Test dan syarat kelayakan sahaja.
Unknown said…
Wah menarik, ingatkan ada interview. Terima kasih atas info ya!
Suhana said…
No worries and good luck!
Syafiqah Sobri said…
Salam, saya dah call MARA minggu lepas, MARA mengalukan sesiapa yang akan masuk Sept 2021, boleh juga apply sekarang kalau document dah lengkap. Tak menjadi masalah. MARA sentiasa ada timbang tara dan rasa mereka. Jika gagal sekali ini, boleh apply lagi untuk bukaan kali ke dua nanti. Wallahualam. Saya sampaikan saja daripada urusan call MARA haritu.
Suhana said…
Wassalam wbt,

Wah, kalau dah boleh hantar that's good news.
Mirae93 said…
Hi Suhana, terima kasih atas perkongsian. Saya nak bertanya, MARA terima atau tidak Conditional Offer from UK universities?
Suhana said…
Untuk penajaan kali ini, MARA memang nak Unconditional Offer sebab permohonan dibuka 2 kali tahun ini.
Anonymous said…
Salam, kalau nak sambung master overseas tapi cgpa 3.4 ada chance ke nak dapat? Haha
Lagi satu kalau degree amik 7tahun lepas dan kerja takde kaitan dgn course pulak, MARA masih pertimbang ke? Thanks!
Suhana said…
Wassalam wbt.. MARA akan consider pada pengalaman kerja jika CGPA tak lepas.
Anonymous said…
Confirm ke august buka? Ada kawan ckp 21hb ni buka?
Suhana said…
Yup, 21hb ni akan buka juga, kemudian akan buka lagi sekali.
Anonymous said…
untuk personality test, susah tak? ada tips?
Suhana said…
Actually tak susah sebab jawapan subjektif, agree to disagree dan ada soalan English, more on to grammarly tak silap saya.
Anonymous said…
Saya apply MARA for University of Edinburgh tapi saya tak tahu sempat ke tak nak ambik IELTS and apply for VISA sblm tarikh resgistration for class di uni nanti ikut tarikh result keluar. Takut result keluar lambat. kalau boleh saya nak ambik exam IELTS lepas dpt result. Macam mana ya?
Anonymous said…
salam nak tanya. berapa elaun sara hidup MARA provide utk universiti local ?
Suhana said…
Apply di Edinburgh untuk Master or PhD? Class akan mula September, jadi MARA dalam hujung Julai or Mid ogos lah kot, give range between one month, sebab sekarang tak tahu fasa speed macam mana.
Suhana said…
Wassalam wbt, kalau tak silap RM800 untuk elaun sara hidup pada universiti lokal.
Anonymous said…
salam nak tanya, ada discount tak utk bayaran balik ikut cgpa nanti? kalau 3.5 ke atas berapa % ya?
Suhana said…
Wassalam wbt.

Kalau postgraduate, hanya lulus atau gagal je. Tak ikut CGPA. Pengurangan 20% kalau berjaya tamat on time.
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Nak tanya.. setiap tahun grep ni mmg buka 2 kali ya?
Dan lagi satu tahun depan umur Januari pada 35, rasanya lepas tak? Lol.
Suhana said…
Wassalam wbt,

Tak juga,sebelum ni sekali je,mungkin sebab pandemik, maka format untuk mengurangkan congestion permohonan tu dibuka banyak kali. Bergantung bajet yang ada juga. Kalau umur 35 tu untuk buat master ke? Mungkin boleh cuba, never know kalau lepas.
Nisa said…
Salam, saya nak tanya kalau untuk sambung master ke luar negara kena dapatkan unconditional offer letter dahulu ke? Sebab requirement yang lain saya dah lulus cuma tak clear dari segi offer letter untuk sambung luar negara. Boleh mohon pencerahan?
Suhana said…
Wassalam wbt Nisa,

Sepatutnya kena ada unconditional offer dah, tapi for certain situation, nak dapatkan UO tu kena bayar deposit, so somehow conditional offer dulu pun ok dah.
Anonymous said…
Assalamualaikum. Tumpang tanya, saya apply GrEP dari bulan Mac 21. Banyak kali juga call MARA, tapi tak dapat bercakap dengan pegawai yang in charge GrEP dalam negara. Saya check status pinjaman dari website mara. Status saya “Pengesahan” . Apa maksud status tu ya? Adakah lulus atau permohonan baru disemak? Sebab semester nak start minggu depan dah 😩
Suhana said…
Wassalam wbt.

Pengesahan bermaksud sedang disemak permohonan. Apa-apa pun, cuba email, call etc setiap hari untuk tahu kemaskini sebab jika gagal, tidak diberitahu. Jadi lebih baik keep contact them sampai berjaya..
aisyah said…
hai Assalamualaikum

mcm mana ye nak smbung phd di Edinburgh? sy kena cari supervisor dulu mcm di Malaysia ye? kalau blh nk minta tlg guide sikit 😊 terima kasih
Suhana said…
Wassalam wbt Aisyah,

Ye betul, kalau boleh cuba cari potential SV dulu dan get the offer letter, kemudian buat permohonan tajaan pada mana-mana penaja.
ITE401 nur izni said…
Aslkm, nk tnya kalau tgk cgpa untk kategori luar negara 3.75... kalau x sampai cgpa tu still boleh apply or abaikan?
Suhana said…
Wassalam wbt Nur Izni,

Kalau CGPA tak capai 3.75, anda perlukan pengalaman kerja sekurangnya 2 tahun.
Anonymous said…
salam nak tanya. berapa elaun sara hidup MARA provide utk universiti luar negara? kalau sudah berkahwin akan dapat elaun untuk pasangan tak?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Depends on country dan area mana. Kalau Australia, kawasan A dapat 1380AUD permonth, kalau UK area London £1200, out of London £1012. MARA tak taja pasangan, hanya pelajar sahaja.
Anonymous said…
Salam. Nak tanya, kalau pointer bawah 3.75 dan hanya ada pengalaman internship beberapa bulan, Mara akan consider tak? Atau memang akan reject terus?
Suhana said…
Wassalam wbt,

Honestly, MARA memang akan reject. Tapi apply je, then buat rayuan after that. Kalau ada rezeki inshaAllah lah ada.
Anonymous said…
Hi Assalamualaikum, tumpang tanya.
Saya ada apply GREP MARA second batch untuk local universiti. Saya masuk Oct 2021. Sekarang permohonan sedang diproses.
Saya kena follow up juga ke dengan MARA? Awak ada ke any nombor yang senang dihubungi sebab MARA susah nak angkat call.

Terima Kasih
Suhana said…
Waalaikummussalam WBT,

Boleh tengok dekat IG Mara juga rasanya, ada provide nombor telefon untuk dihubungi since ada yang kerja dari rumah juga kot.
Anonymous said…
Salam, saya dlm semester 2 pengajian local dan lantikan GRA, bole ke saya memohon grep? Yuran saya byr sendiri sblm ni.
Suhana said…
Wassalam wbt, Boleh je, cuba mohon GREP.
Nabihah Johan said…
Salam, sekarang saya degree student (currently in my final year) and planning to further studies in Edinburgh for Masters or PhD. nak tanya when is the right time for me to find potential SVs in Edinburgh? boleh start cari sekarang or tunggu bila dah dapat final transcript? thank you.
Suhana said…
Wassalam wbt Nabihah,

Boleh je cari sekarang dan bagitahu potential SV yang biasiswa sedang dalam proses permohonan.Nanti dapat ke Edinburgh jangan lupa roger!
Anonymous said…
Salam.Nak tanya jika CO dah dapat untuk kemasukan Septembet 2022 dari Edin Uni.IELTS 7.0 tap berada dlm final sem dengan cgpa sebelumnya 3.69, agak-agak MARA boleh considet tak jika buat rayuan.
Suhana said…
Wassalam wbt.

Syarat MARA nak first class with minimum CGPA 3.75..kalau fresh graduate apply direct to further postgrad dan tak achieve requirement CGPA, maka mereka considered pengalaman kerja. Boleh je buat rayuan kalau tak dapat, bergantung budi bicara. Kalau untuk sambung master, mungkin susah sikit tapi tak tahu lah kalau memang rezeki, apa pun boleh jadi. Kalau direct terus buat PhD mungkin ada peluang tinggi. Apa-apa pun, all the best!
Anonymous said…
Assalam wbt,
Sy nak tnya berkenaan dengan syarat akademik. CGPA sy sewaktu degree hanya 2.81 saje x capai syarat minimum 3.0. Jadi sy ni masih layak ke nak buat permohonan grep utk sambung blaja master didalam negara?
Suhana said…
Wassalam wbt. I'm not sure for Third Class result, but if you have working experience, why not just try your luck?
Anonymous said…
Salam
Ada maklumat berkaitan rumah/bilik utk disewa(perempuan)
Suhana said…
Wassalam wbt,

Kalau di Edinburgh, rumah saya ada satu bilik bakal kosong start this August.
Anonymous said…
salam nak tanya, bila dah dapat conditional offer, kita kena dahulukan duit kita dulu ke untuk deposit? sebab mara masih belum buka.
Suhana said…
Wassalam wbt.

Kalau boleh, usulkan dulu conditional offer kalau nak apply MARA..quite risk untuk bayar deposit without knowing akan dapat sponsor or not.
Unknown said…
Assalammualaikum saya nak tanya.
Saya ada dapat unconditional offer untuk sambung master ke Uk, cuma pihak universiti ada minta deposit utk secure placement sblm akhir march. Waktu ni, grepp rasanya tak akan kluar keputusan lagi. Kalau kes macam ni bagaimana ye? Saya kena dahulukan duit saya dahulu ke utk byr deposit?
Suhana said…
Wassalam wbt.

Selalunya bagi uni financial statement from MARA je. Itulah, sebab GrEP pun tak buka lagi tahun ni since bajet pun tak bentang lagi, kalau nak placement dahulukan deposit. Tapi banyak, kalau saya just bagi conditional offer to MARA je dulu nanti. Don't want to put too much money before confirm everything.
Zul said…
Assalamualaikum w.b.t Puan Suhana,

Saya graduan Ijazah Sarjana Muda dari UM Kelas Kedua dan mempunyai pengalaman kerja selama 6 tahun di GLC. Berminat untuk menyambung Masters di Universiti of Edinburgh berkaitan dengan pekerjaan saya sekarang. Adakah permohonan saya untuk loan MARA boleh dipertimbangkan? Saya juga merupakan bekas pelajar MRSM.

Lagi satu, perlu ke saya buat IELTS sekarang kalau nak mohon?

Terima kasih Puan
Suhana said…
Wassalam wbt En.Zul,

InshaAllah, kalau semua syarat dari MARA dipenuhi, tiada masalah untuk mendapatkan tajaan MARA, kalau tak dapat pun boleh buat rayuan sekali lagi. You already fulfilled the criteria needed.

Saya sarankan, buat IELTS lepas dah dapat tawaran bersyarat dari MARA. But, if you won't mind to spend RM800 for IELTS exam, than it's okay je nak ambil awal-awal. Kena dapatkan 6.5 overall, or bergantung pada your course.
Shafiq said…
Salam, saya graduate master 3.25, pengalaman kerja 7 tahun, lepas ke untuk sy apply grep for phd. Terima kasih
Suhana said…
Wassalam wbt.

Lepas inshaAllah, just follow rules untuk pemilihan universiti.
Anonymous said…
Salam, saya berminat untuk apply nak sambung postgrad untuk intake September tetapi boleh ke nak confirmkan, Mara memang hanya approve untuk sesiapa yang dah settle degree? Macam saya, ada praktikum semester akhir yang habis bulan Ogos ni, masih diterima ke?
Suhana said…
Wassalam wbt.

Saya tak sure yang tu, rasanya kalau nak sambung terus kena tahu final result CGPA must be first class. Kalau boleh dapat tahu final result pun ok je untuk apply terus rasanya.. worth je untuk try.
Nurul Iva said…
Hai assalamualaikum Ts.Suhana. I've just reas your blog. Sangat la memberikan sumber inspirasi. Saya sedang dalam penantian (gitcheww) untuk tunggu MARA open for GreP 2023/2024. Sedang sabar menanti untuk mohon PhD dalam negara sahaja. Doakan segala urusan saya dipermudahkan yea!
Suhana said…
Wassalam wbt Nurul Iva,

Alhamdulillah, GreP nak buka soon, inshaAllah..good luck for your PhD!

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2