Perhiasan terindah...


Suatu hari yang indah,dengarkan perbualan antara si adik dan kakaknya...

Adik : "Wahai kakakku,kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu?Asyik berteman tangis dan sendu sahaja."

Kakak : "Wahai adikku,bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya,tetapi di situlah adikku,kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki,menjadi izzah yang paling gah,bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki.Kerana sendu rayunya,Musa a.s terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku,lembut wanita itu bukan kerana lemah,tetapi senjata."

Adik: "Namun wahai kakakku,wanita itu fitnah dunia."

Kakak : "Pernahkah adikku dengar?Pesanan Ilahi pada hambaNya?Wahai lelaki-lelaki yang beriman,tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu.Cuba adik nilai,pada siapa terlebih dahulu Allah dahulukan pesanannya?Pada hamba yang bergelar ar-Rijal,kerana andai si lelaki menjaga pandangannya,maka tidak mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya.Dan tidaklah Allah lupakan pesanan buat wanita,agar memelihara auratnya,kerana disitulah kehormatannya.Bukan fitnah semata-mata jika Ar-Rijal dan An-Nisa sama-sama mematuhi pesanan Ilahi itu.Sesungguhnya wanita yang beriman solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."

Adik:" Tapi kakakku,kenapakah wanita itu menjadi peragaan?Tidakkah mereka merasa malu?"

Kakak:" Wahai adikku sayang,Al-Haya'(sifat malu) ada dalam diri setiap insan.Wujudnya seiring nafas insani dan al-Haya' itulah pakaian iman.Pada diri wanita itu indah al-Haya' sebagai pembenteng diri,NAMUN,bila mana al-Haya' itu lebur,imannya runtuh.Kenapakah mereka merelakan diri menjadi peragaan?Kerana mereka sebenarnya paranoid.Merasakan diri belum cukup menraik,mereka sebenarnya kalah dari segi psikologi.Namun adikku,wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu."

"Wahai adikku,1001 keindahan penciptaan wanita,pandai-pandailah dikau menilai antara permata dan debu-debu kilauan pasir."

"Wahai adikku,janganlah adik gusar,tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu,dan janganlah engkau sekali-kali merendahkan dirimu,menggugurkan dirimu,menyembah tanah.Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatnya.."

MOGA KITA BERADA DALAM LINDUNGAN-NYA..JADILAH SUCI DALAM DEBU..SALAM MUJAHADAH SAHABAT-SAHABATKU....



Comments

blipbluppy said…
sangat menarik...selalu datang ke blog ni utk tgk posting yg baru...trime kaseh empunyer blog....
SuhaNa said…
alhamdulillah..syukran jazilan blipbluppy sudi menjenguk ke blog yang tak seberapa ini..moga kita dapat ambil pengajaran dari setiap posting ana..

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2