Terima kasih pakcik...


Ibarat seperti membuang duri di jalanan..

Tika ana terbaca kisah sahabat ana ini,meresap dalam diri ana suatu perasaan bagaimana hanya sekecil-kecil perkara itu boleh membawa kepada natijah yang besar. Pengajarannya ana ambil hingga sekarang ana cuba menjadi seperti pakcik dalam kisah itu.

"Cool," rakan ana berkata bila ana mengutip tin di tepi laluan lalu membuangnya ke dalam tong sampah.

"Bukan apa,aku takut nanti ada yang tersepak ke,terpijak ke,kan susah,"ujar ana.

Kisahnya yang ana baca dari sahabat ana begini...

Satu pagi macam biasa aku aku keluar ke tempat kerja...dah lewat dah 7.05 pagi..apa lagi pecut lah aku...
Sampai saja di satu simpang utama di sebuah pekan kecil, dikenali pekan Penanti...masyaAllah kereta punya la banyak.
Arrggh...merah lagi la aku jawabnya...Namun Alhamdullillah aku berada didepan sekali simpang jalan.

Di depan keretaku penuh dengan pembonceng-pembonceng motorsikal yang sama kalut untuk menuju ke destinasi masing-masing..

Tiba-tiba sebuah motorsikal betul-betul berada didepan kereta ku...aku lihat pembonceng itu...seorang Pakcik...
Tersenyum dia...dengan wajah yang tenang, walaupun traffic jam..

Tiba-tiba tidak semena-mena..pakcik itu tiba-tiba menongkatkan motornya dan turun didalam kesibukan itu sambil membongkok- bongkok dirinya mencapai sesuatu...semua penunggang motorsikal dan aku juga hairan...

Aper la yang Pakcik ni buat...bahaya ni...silap-silap kena gilis...
Dia bangun dari bongkoknya..lalu memandangku di dalam kereta dan pembonceng- pembonceng motorsikal...
dan berkata dengan lembutnya..."ni haa...Paku..panjang nie, kalu langgar pancit, bahaya..."

Ya, Allah terkedu aku dan penungang-penunggang lain...
Mulianya hatimu, pakcik, Demi keselamatan Orang lain engkau sanggup membahayakan dirimu"
Sesungguhnya...Hanya Allah yang mampu membalas segala jasamu...walaupun ia nampak kecil tetapi disisi Allah...Allah hu akbar!
Terima kasih Pak cik!, Semoga Allah Merahmatimu Pakcik!

Menangis aku sepanjang perjalanan, kerana tidak ku sangka di pagi yang sibuk itu, Allah tunjukkan aku,
masih ada insan yang mulia di dunia yang penuh dengan org yang bersikap mementingkan diri sendirii...

Adakah mampu aku menjadi sebahagian orang sebegini....Astghfirullahhal'azim....."bertapa kerdilnya aku Ya Allah".

Kisah ini begitu menggetarkan jiwaku..

Apa yang Pakcik tu buat ibarat memberikan sedekah, seperti membuang duri dijalanan...

"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda antara cabang iman ialah membuang duri di jalanan. " Pakcik tu mengibaratkan paku itu ibarat duri...

Hadist riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: Setiap ruas tulang manusia wajib bersedekah setiap hari, di mana matahari terbit. Selanjutnya beliau bersabda: Berlaku adil antara dua orang adalah sedekah, membantu seseorang (yang kesulitan menaikkan barang) pada haiwan tunggangannya, lalu ia membantu menaikkannya ke atas belakang haiwan tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya adalah sedekah. Rasulullah saw. juga bersabda:
"Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang dikerahkan menuju salat adalah sedekah dan menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah."

Comments

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2