Cinta islamik??


Saat melayari laman sesawang kegemaran ana,ana terbaca satu kisah ini.Menarik..

Ana ingin kongsikan bersama pembaca kalian.Moga ada pengajarannya untuk kita semua..
(teks sebenar sudah di ubah mengikut kesesuaian bahasa dan cerita)

Pada suatu petang yang damai,di sebuah stesen bas..

"Hai,boleh saya kenal.Saya tertarik dengan perwatakan sopan awak,dah lama saya perhati awak.Awak budak baik dan tertarik dengan tudung labuh awak.Saya harap kita boleh berkenalan.Ukhwah fillah eh orang kata.Saya tak pandai sangat arab.."

Setelah dicuba beberapa kali untuk berkenalan,akhirnya..

"Terima kasih menerima saya,saya akan cuba sedaya mungkin menjaga awak dan mengikut syariat.Saya tahu,saya bukan baik,tapi saya sentiasa cuba menjadi terbaik untuk awak.."

Setelah seminggu berkenalan..

"Ingat tau,keluar jaga aurat.Jangan bagi orang nampak.Keluar dengan kawan-kawan tau.Balik contact,saya doakan awak."

Dua minggu kemudian..

"Awak,kenapa tak contact saya.Saya rindu awak keluar lama-lama.Ya,saya tak ada hak,saya tau saya percaya awak,tapi saya tak tau nak kata macam mana,kita tak bertemu selalu.Cuma nampak dari jauh saja kan.Tapi saya rasa awak macam berada depan saya.Mungkin ini yang orang kata cinta agaknya.Awak..awak cinta saya?Tak hendak bagitau..Tapi saya tahu awak cinta saya.Awak dah malu nak jalan tempat saya lepak sebab malukan?...hehehe..thank you..saya cinta awak"

Menjangkau tiga minggu..

"Awak,selain family.Awak sayang siapa?Siapa saya dalam hati awak?

Sudah 4 minggu usia perkenalan..

"Awak,dari kawan kita just panggil saya awak saja.Macam tak istimewa untuk awak saja.Saya teringin juga nak macam kawan sebilik saya ini.Panggil sayang..boleh lah..bukan salah pun,cuma panggilan saja..thank you sayang."

Seterusnya..

"Yang,kadang-kadang saya tengok yang ayang ni macam tak percaya saya saja.Ye lah,saya cuma tanya awak pakai apa saja kan..( hehehe..ye thank you bagitahu,makin sayang saya kat awak...)

Seterusnya lagi...

"Yang,saya nak ayang tahu,ayang lah segalanya untuk saya.Sayang la pemberi semangat untuk saya..Yang,saya harap ayang dan saya tak ada rahsia lagi.Jangan risau ,ini kan membuktikan saya take care ayangkan..Jadi,jangan risau ok..ye,saya akan jaga rahsia kita..Cuma mesej saja kan.."

Dan seterusnya..

"Ayang dah lama kita mesej,boleh tak kita jumpa?ye..Ayang bawalah kawan-kawan ok..thank you sayang."

Dan seterusnya lagi...

"Thank you panggil saya dengan panggilan abang.Abang tunggu lama dah.Abang tahu kita tak boleh paksa dalam perhubungan."

Berterusan lagi..

"Ayang,buat apa tu.Nak cakap sikit,kenapa ayang bawa satu batalion nak jumpa abang?Ayang tak percaya abang eh."

Seterusnya pula..

"Ayang,kita jumpa ok.Abang suka ayang pakai tudung yang saya beli tu,yang macam Wardina tu.Bukan ayang tak cantik,cuma makin cantik,nipis sikit saja.Kita jumpa nanti ayang bawa la seorang saja ok."

Kemudian,bermula lah..

"Ayang,abang nak minta maaf dengan apa yang terjadi.Abang tersentuh jari ayang.Thank you ayang.Betul cakap ayang,tersentuh takpa,makin tebal cinta abang kat ayang.Ayang suka jumpa abang?Thank you yang,tadi kasihan tengok kawan ayang dudk saja diam ye.Nanti abang bawa kawan abang,boleh dia borakkan?Yang,abang suka tengok mata ayang,malu-malu pula dia.Ayang tadi cantik."

Dan lagi...

"Thank you jumpa tadi,ayang cantik.Abang romatik pun salah ke?Suka abang romantik eh,tadi jumpa dah berani tenung abang.Thank you,tengok kawan ayang dan kawan abang macam melekat saja.Senang la kita jumpa.Tengok,Allah memberkati kita.Ayang dah solat?Doakan abang sekali ok."

Seterusnya..

"Ayang,cuma nak tanya.Ayang cintakan abang berapa peratus?Apa tandanya?50% saja..Yang nak tanya,rambut ayang panjang tak?Cuma terpikir."

Hari berikutnya..

"Tadi terbeli tudung pendek.Yang bagi kat ayang tu.Ayang bagilah gambar ayang special untuk abang pakai tudung tu.Cantiknya ayang,gambar ayang ini abang buat wallpaper handphone."

Hari seterusnya..

"Yang,cintakan abang berapa peratus?Sepenuh hati?Thank you!!!!I love you sayang."

Semakin hampir....

"Yang,dah lama kita couple.Tak kan abang pegang tangan nak marah.Ayang kan milik abang.Thank you faham abang."

Akhirnya.....

"Kata ayang cintakan abang sepenuh hati.Kalau ayang cintakan abang,apa buktinya yang."

Opppsss...

Semakin lama semakin jauh dihanyut dunia.Bermula perkenalan dan akhirnya....Moga kita terjaga dari segala hal sebegini...



















Comments

Mesintaip: said…
Hmm, menarik juga cerita ni. Peringatan bagi yang cuba-cuba nak bercinta tapi berlandaskan hawa nafsu. Percayalah, nikmat cinta sebenar akan dikecapi apabila sudah berumah tangga.
SuhaNa said…
benar tu akhi..ana lebih percaya cinta selepas berkahwin..pasti ada indahnya
tamlegend said…
hmmm...kalau lama lagi hubungan tu, tak tau la jadik apa. tu yang jadik buang bayi tu...kembalilah fitrah sebenar. aku juga pernah tersesat juga dulu. alhamdulillah, Tuhan masih sayangkan aku. Tuhan bg petunjuk. Moga istiqamah dalam amalan...

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2