GrEP MARA: PART 3
Baiklah,
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita next step
apa korang kena buat setelah dah hantar semua dokumen yang diperlukan seperti
dalam senarai semak dalam entri aku sebelum ini.
Korang kena tunggu sahaja sehingga mendapat emel
dari pegawai MARA bahawa anda benar-benar berjaya dan diberikan kontrak
dokumen, surat tawaran, financial affidavit dan sebagainya.
Berapa lama nak tunggu?
Semasa kes aku tahun lepas, aku mohon untuk tukar
universiti yang tidak berada dalam ranking yang dikehendaki. Jadi tarikh tutup kena
hantar borang semakan MARA adalah akhir bulan Mei. Masa itu aku tak ada hantar
surat tawaran tidak bersyarat lagi pada MARA, aku dapat dalam akhir minggu Jun.
Kemudian awal Julai terus aku emel pada MARA minta kemaskini status aku sebab
aku kata kemasukan aku adalah hujung bulan Julai, mustahil untuk aku siapkan
segala dokumen, urusan visa dan sebagainya.
Pagi aku hantar emel, petang dalam jam 6 petang,
Puan Salwa menelefon aku berkenaan hal aku untuk tukar universiti berkenaan.
Katanya sudah dibawa berbincang dalam mesyuarat dan aku perlu mengemukakan juga
surat tawaran dari universiti yang berada dalam kelompok 10 terbaik. Puan Salwa
menyarankan aku untuk tukar universiti di United Kingdom memandangkan lebih
banyak pilihan berbanding di Australia.
Aku akur.
Jadi kalau tanya aku berapa lama nak tunggu? Dalam
sebulan macam tu kalau taka da masalah pada senarai semak, tapi kalau intake
korang awal, boleh sentiasa kemaskini dengan pihak MARA. Kalau tak cukup apa
yang diperlukan, nanti pihak MARA akan telefon semula. Tapi lebih baik lah
korang mudahkan kerja orang kan? Hewhew…
Apa nak buat lepas dapat dokumen perjanjian?
Oh ye, dokumen perjanjian tu korang kena siapkan
semua dalam masa 14 hari sahaja tau!!
Pastikan korang baca satu persatu. Aku tahu korang
mesti sibuk tapi percayalah, ambil masa untuk fahamkan kontrak dokumen tersebut
supaya korang tahu kesan dan akibat sebagainya lah.
Lepas itu, pastikan korang baca buku panduan untuk
mengisi dokumen perjanjian yang korang kena matikan setem di LHDN atau pejabat
pos. Ingat matikan setem di muka surat mana! Jangan tersalah gam pula ye. Kalau
luar negara, korang kena sediakan 5 dokumen kontrak yang bukan fotostet ye.
Jadi sediakan RM50 lah.
Oh ye, pada borang penjamin, korang kena minta
tandatangan pesuruhjaya sumpah kan?
Kebiasaannya, penjamin kena hadir sekali untuk pesuruhjaya
sumpah borang tersebut, tapi katakan korang tinggal di Shah Alam dan penjamin
korang di Kedah kan? Jauh kann!
Korang boleh cari pesuruhjaya sumpah yang boleh
tandatangan tanpa penjamin perlu hadir.
Kalau di Shah Alam, aku pergi di bangunan UTC
Selangor di tingkat 1. Korang boleh tanya pada pengawal kat mana. Jadi aku
pergi situ sahaja, mudah dan pantas dan bayaran yang dikenakan adalah RM 8 per
borang tak silap aku.
Ada tempat lain lagi, so korang boleh tanya lagi
pada kawan-kawan, kat Twitter ke mana ke kan yang berhampiran dengan tempat
korang.
Baiklah, aku rasa part untuk dokumen perjanjian
itu paling renyah adalah sebab ada 5 salinan dan kau kena tulis tangan satu
satu. Lenguh bai! Hahaha.tapi nak buat macam mana, memang kena buatlah kan
kekdahnya.
Financial Affidavit/ Financial Statement
Oh ye! Dua perkara atau adalah surat yang berbeza.
Boleh jadi kau dapat dua-dua atau dapat salah satu. Kebiasannya universiti yang
mohon penyata kewangan sebegini sebab kalau permohonan visa, kau cuma perlukan
financia affidavit dah cukup.
Kalau tak ada macam mana?
Boleh mohon pada MARA. Jangan risau keh!
Dan jangan lupa semak surat tawaran MARA tu sebab
nanti IC lain, nama sama, program lain etc..haha..benda ni biasa berlaku, so
kalau berlaku kat korang, just emel dan minta pembetulan punya.
Lampiran A
Ok, dalam lampiran A ini adalah apa yang MARA akan
bagi pada korang! Ianya termasuk elaun sara hidup, penempatan, tiket kapal terbang
etc.
Jadi korang tengoklah.
GrEP ni makin sikit elaun dipotong..haha…dah taka
da elaun tesis, elaun akhir tahun atau tamat pengajian, elaun alat tulis, elaun
baju sejuk, elaun perkakas…hahah..banyak kan hilang dah!!
Masa mula-mula aku memang cari lampiran A ni dulu
sebab aku nak buat bajet aku.
Sama ada PhD atau Master, elaun korang sama ye.
Cuma beza adalah korang di ikut Kadar A atau B.
Untuk Australia, kadar A dapat AUD1380 sebulan. Kadar B aku tak pasti.
Untuk United Kingdom, kadar A dapat £1200 tak silap aku. Itu yang berada di
London sahaja. Kadar B adalah mereka yang tinggal di luar London walaupun kos
hidup mahey macam London! Edinburgh ni lah..hahahha.. so dapat £1012
sebulan.
Tengoklah lampiran
aku tu.
Kos Hidup
Ini soalan yang
korang je boleh jawab sebab aku nak katakan ia bergantung pada individu. Aku
pergi dalam keadaan aku masih ada komitmen pada bank yang aku perlu bayar
setiap bulan. Kereta, kad kredit, pinjaman peribadi.
Jadi cukup ke?
Alhamdulillah semasa
aku belajar di Australia, aku hanya tetap bayar hutang pada bank sahaja
sementara yang lain aku hold dulu sementara. Dan pula, rumah aku dapat sangat
murah ketika itu.
Ketika aku sambung
di UK ini, hutang kereta aku dah habis. Tinggal hutang kad kredit jelah
tapi..haha..tapi Alhamdulillah aku dapat sewa bilik yang sangat murah juga
tambahan rumah ni pula semua Malaysia yang duduk juga. Aku sewa dengan budak
undergraduate.
Ini aku ceritakan
nanti bagaimana korang nak dapatkan penempatan nanti.
Tapi next aku cerita
bagaimana selepas itu korang kena uruskan visa dan kena tunggu duit pendahuluan
dari MARA sama ada sempat ke tidak dapat sebelum korang fly!
Jumpa next keh..
p/s: Doakan aku lagi
dua bulan aku nak first year review wehhhh..takuttt…hewheww..
Comments
Sy bercadang utk sambung master research di aussie. Boleh share tips untuk approach sv especially utk aussie uni ? ^^
Kalau nak sambung master research di Australia, approachnya sama sahaja,saya ada ceritakan di entry sebelum ini part 2.
Terima kasih.
Perlu minta pengurangan dengan MARA, kemudian mereka akan keluarkan jadual bayar balik. Pengurangan sebanyak 20%.
Apakah permohonan MARA akan dibatalkan sekiranya gagal hantar document kpd pihak MARA dalam tempoh 14 hari tersebut? Patut kah saya menyatakan yang document tu lambat dihantar. Saya risau cik
Terima kasih! Setakat ni setahu saya untuk postgraduate level, pengurangan hanya pada gagal atau lulus tamatkan pengajian sahaja. Tidak ada lagi bergantung pada CGPA.
Kalau universiti tu masih dalam ranking, untuk tukar universiti tiada masalah. Emel permohonan untuk tukar universiti bersama surat tawaran. Kalau nak tukar universiti bukan dalam ranking, kena buat permohonan rayuan. Dapat atau tidak bergantung pada permohonan surat rayuan.
Masih boleh nak mohon kalau nak cuba, kawan saya baru tamat belajar, second upper class, takda pengalaman kerja, buat permohonan rayuan dan Alhamdulillah dia dapat.
Hmm..untuk Sydney depends on which univ you are going for..area UNSW ke, UTS ke..so memang depends on where you are going..tapi boleh kata range untuk satu rumah kat sana biasanya boleh up to $500/month if share 5 orang mcm tu rasanya..tu akak rasa pun paling murah kot.
MARA tidak menanggung pasangan. Jika nak bawa pasangan, kena guna kewangan sendiri semuanya. Saya sendiri tidak mampu bawa suami saya sekali disebabkan kekangan kewangan. Mereka yang bawa pasangan, semuanya mengunakan duit simpanan dan bila datang ke sini, akan mencari kerja part time untuk menampung keperluan. Tapi kos awal untuk sampai ke sini, kebanyakan meminjam dan bergolok gadai juga lah.
Prolly sama je kot elaun, cth kalau undergrad overseas UK outside London-£880.
Maksud you berapa lama? I'm not sure tapi from ebaki dahulu, bayaran balik tu depends increment annually. Macam contoh setahun bayar RM100, kemudian dua tahun RM200 and increased lagi by year. Sampai tahun ke 10 terus jadi RM1000++ something like that. So what I'm planning actually just make your own schedule untuk habiskan how much the 20% tu within berapa tahun you nak. Mind the cap with MARA is RM150,000.. not sure ni implement lagi for GrEP or not..
I think as long as stated in your certificate first class honour, then it should be fine..
Kalau kita nak mintak untuk tuition fee sahaja boleh ke?
Atau pihak mara akan bayar terus ke Uni ?
Terima kasih
Boleh je nego dengan MARA untuk bayar yuran sahaja. Selalu yuran akan direct di antara pihak MARA dengan universiti. Segala invois etc akan diberi terus kepada pihak penaja.
Boleh je buat rayuan untuk tukar, lebih mudah jika universiti memang dalam list MARA.
Asalkan graduate dengan ijazah kelas pertama it's enough. Sebab perkataan atau..either way around..
program master luar negara tak dicapai, mcm mana cara untuk provide bukti pengalaman kerja 3 tahun ke atas tu ye?
Terim kasih.
Saya hanya bagi surat tawaran. Dalam surat tawaran tu dah diletakkan yuran sekali and just said £22000 for each year.. Macam tu je tulis.. That's enough. MARA kira sendiri.. Huhuu
Saya berminat untuk memohon GREP MARA Masters, tetapi berbeza dengan list course tahun lepas, course yang saya mohon tiada dalam senarai tahun ni. Dan memang jelas ada dinyatakan MARA hanya akan consider permohonon utk courses dalam list. Tapi, saya bercadang nak try je mohon dulu dan proceed dengan rayuan. Soalan saya, kalau nak buat rayuan (hantar emel/surat), sebaiknya bila ya? Sebaik sahaja tarikh tutup permohonan online ke? Dan kawan puan hantar emel atau terus serahkan by hand ke pejabat MARA? Terima kasih :)
What course you want to pursue? Somehow, boleh je duduk dalam fakulti yang ditawarkan oleh MARA. It just play around sebab program dekat abroad dah terlalu specific but it can be under the same name. Anyway, hantar rayuan lepas dah keluar result permohonan. Hantar both can also, or salah satu yang mana memudahkan.
Memang akan ditolak,tapi mungkin boleh cuba buat rayuan lepas tu.
Betul, termasuk dengan Viva. Habis maksud dah dapat surat senat, after viva and correction. Tapi dekat UK, ada bagi tempoh setahun visa untuk settlekan semua tu
Boleh saya tahu bagaimana nak hantar surat rayuan untuk permohonan GREP? adakah via email or surat fizikal?