Fikirkan bicaraku ini...
"Argh,tolong aku.Macam mana aku nak buat ni,nak putus atau teruskan.Tapi kesian pula aku kalau nak putuskan," keluh seorang rakan.
"Bengang betul aku dengan dia tu.Kata dah tak ada apa-apa dengan ex-girlfriend dia,tapi di layan je aku tengok."
"Sob..sob..sedihnya aku.Sanggup dia tinggalkan aku sebab perempuan lain.Oh.."
Ungkapan sebegini sering ana dengar.Keluhan demi keluhan,rintihan dan segalanya.Sebagai seorang rakan,sedaya upaya ana cuba menolong.Tapi di akhir nasihat pasti ana katakan, cinta Allah itulah yang lebih utama.
Ana bukanlah seorang prejudis terhadap makhluk Allah bernama lelaki.Mana mungkin ana bersikap sebegitu sedangkan ana memiliki seorang ayah dan abang yang berjantina lelaki.Tetapi ana agak kesal, betapa senangnya air mata kalian tumpah demi kekasih hati,betapa senangnya hati kalian gundah kerana seorang kekasih hati yang ajnabi?
Sahabatku,aku menyayangimu kerana Allah.Justeru,inilah nasihatku kepadamu.Hitunglah dengan jujur,selama kamu hidup ini,berapa kali air mata mu menitis kerana mengenang dosa-dosa berbanding berapa kali air mata mu menitis kerana kekasih hati ajnabi?
Sahabatku, berapa lama dalam sehari kau mengingati Allah berbanding berapa lama kau mengingati kekasih hati ajnabi? Berapa kali kau ketemu Ilahi berbanding kau ketemu kekasih hati ajnabi?
Sahabatku,tangan,kaki,mulut,hati dan seluruh anggota badan kita dicipta agar dipermudah segala urusan ibadat kita.Apakah kita tegar membiarkan seluruh anggota kita bekerja dan bersyubahat untuk melakukan maksiat juga? Sungguh jika anggota badanmu ada mulut untuk berbicara,dengarlah sendiri apakah mereka akan kata pada diri kita.Tatkala tangan mu bersentuh dengan kekasih hati ajnabi,pasti tangan itu sebenarnya tidak rela dan berasa berdosa kerna ia tidak berdaya.Tatkala kaki mu melangkah ke tempat pertemuan dengan kekasih hati ajnabi,pasti kaki mengeluh kesal kerna tidak pernah di bawa kaki itu memijak majlis ilmu.Fikirkan sahabatku,bagaimana anggota badan yang lain pula?
Ana lelah dengan semua ini.Sudah dibicara,dibahas dan ditulis segala macam akibat mengenai perhubungan sebelum nikah ini tapi zahirnya sikap manusia memang begini.Sudah terjatuh baru nak terngadah.
Ingatlah sahabatku,nasihatku ini bukan kerana ana mahu melihat kalian derita.Tapi bahagia yang lebih lama.Bukan pula ana seorang yang berprasangka,tapi eloklah mencegah sebelum terjadi apa-apa.
Sahabatku,diam ana bukan tanda ana setuju tindakan kalian.Kadang-kala ana cuba coretkan sesuatu agar kalian faham mengapa ana berkata sebegitu.Janganlah memeningkan kepala dengan perkara yang sebenarnya tidak penting pun.
Ingat,jodoh adalah ketentuan Tuhan.Sehebat mana pun kalian memperjuangkan cinta kalian,tapi kalau tidak ada jodoh,tak berguna juga.Justeru,berlapang dadalah wahai sahabatku..
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia"( an-Nur :26)
Alangkah indah hidup ini jika bercinta mengikut syariatnya...
Comments