Kemana turunnya hujan kalau tak ke tanah...


Hujan lebat turun lewat petang belakangan ini.Menjadikan sekitar panas bertukar sejuk dan nyaman.Pasti ada insan-insan yang tidak melepaskan peluang untuk beristirehat waktu begini.Ditambah pula alunan lagu Allahyarham Sudirman..

Hujan yang turun bagaikan mutiara,
Bersinar warna berkerdipan,
Subur menghijau bumi terbentang.
Dan bayu berpuput lembut..


Hujan yang turun ini mengingatkan ana pada sebuah hadis mengenai perumpamaan hujan,tanah, manusia dan ilmu.

Dalam sebuah hadis sahih ( Riwayat al-Bukhari n0.79 dan Muslim n0.6093), Rasulullah s.a.w telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan ilmu yang dibawa oleh Baginda untuk seluruh alam-ibarat "hujan".

Analoginya begini, hidayah dan ilmu di ibaratkan hujan yang lebat dan turun menimpa bumi manakala manusia pula di simbolikkan sebagai tanah di bumi.

Lalu Rasulullah s.a.w membahagikan pula tanah-tanah bumi yang menerima hujan ini kepada tiga jenis.

PERTAMA

Maksudnya " Di antara tanah itu ada yang suci dan baik boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak."

Golongan ini adalah manusia yang mendapat hidayah dan ilmu daripada Allah s.w.t yang bukan sahaja diguna untuk diri sendiri malahan orang lain juga turut mendapat manfaatnya.Ilmu yang diperolehi tidak lokek untuk dikongsi dan disebarkan.


KEDUA

Maksudnya " Di antara tanah itu pula ada yang tidak menumbuhkan tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang ramai, mereka minum, memberi minum dan juga bercucuk tanam."

Siapa pula golongan ini?Mereka adalah golongan yang tidak memanfaatkan ilmu itu untuk diri sendiri tetapi mereka tetap menyebarkan ilmu itu kepada orang sekeliling di mana orang-orang itu mendapat faedah dari ilmu yang disebarkan.Malahan hasil manfaat itu orang lain lebih baik dari diri sendiri.

Kendatipun tidak mengapa kerana golongan ini tetap dapat menambahkan sahamnya di akhirat akibat dari proses menyampaikan ilmu itu.

KETIGA

Maksudnya " Dan hujan itu menimpa pula satu jenis tanah lagi,ia hanyalah tanah gersang, tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan rumput."

Nah,golongan ini tidak ada manfaatnya kerana ilmu yang diterima bukan sahaja tidak dimanfaat pada diri sendiri tetapi tidak kepada orang lain juga.

Kata orang sekarang "tidak guna satu sen pun,menghabiskan boreh ajo".

Mahukah kita berada dalam golongan ketiga ini?

Justeru, di akhir bicara, Baginda s.a.w telah membuat konklusi jenis tanah-tanah tadi.

Maksudnya " Begitulah diibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku.Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada yang lain.Begitu jugalah di ibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang diberikan kepadaku dan tidak menerima petunjuk Allah yang diutuskan aku dengannya."

Apakah kita masih sedar atau tidak,di mana kedudukan kita sekarang, pertama,kedua atau ketiga kah? Renung-renungkan..tepuk dada tanyalah iman di hati...

Comments

hujan ibarat nyawa bagi setiap mat manusia..
sayda said…
Salam Suhana.

Hujan membawa rahmat.. dengannya Allah menyuburkan tanah yang gersang. Begitula ibarat hati jika tidak disuburkan hidayah akan mati juga ibarat tanah yang gersang.

Sama-samalah kita suburkan hati kita ya. InsyaAllah.

Datang ambil award ya
SuhaNa said…
to wiki wiki shafiq : benar itu..

to kacamata : manusia sering alpa.Perlu diperingatkan mengenai tujuan hidup di dunia.Syukran ukhti atas award tersebut :)

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2