Ana bukan ustazah...


"Nah,ambil balik kertas ni ustazah,"ujar pensyarah ana.

Gara-gara ana membentangkan tajuk mengenai Poligami,ana digelar ustazah oleh pensyarah ana. Bukan ana menghina gelaran tersebut,jauh sekali tidak terlintas di sudut hati ini.Namun, bagi ana,gelaran ini terlalu berat dan sangatlah tidak layak untuk diri ana ini.

Mana mungkin ana digelar ustazah jika ilmu yang ada cuma secebis sahaja.Apa yang ana tahu dan faham,itu ana cuba sampaikan.

Ustazah!

Tercatat pula di status facebook ana.Harus bagaimana ana mahu terangkan pada kalian bahawa diri ana ini bukan seorang ustazah.

Diri ini masih bermusafir mencari ilmu.Ana hanya insan biasa yang setiap hari pasti akan melakukan kesalahan.

Sungguh ana tidak mahu merosakkan sendiri nilai suci dalam erti ustazah itu.Tanggungjawab,amanah dan kewajiban kita sebagai seorang muslim adalah menyampaikan ilmu yang kita perolehi.Jika kerana ana sering berbicara tentang agama,itu bukan titik nilai untuk kalian mengatakan ana seorang ustazah kerana sememangnya itu sudah menjadi kewajiban kita umat manusia.

"Ya Allah,jauhkan aku dari fitnah ini.."

Ya,ana takut sekiranya digelar ustazah,ana memikir bahawa ana seorang sahaja yang betul.Segala pendapat ana harus diterima kerana ana seorang ustazah.Itu yang ana cuba elakkan.Jika mahu bergelar ustazah,sudah lama ana mengambil jurusan agama,bukan jurusan sains kejuruteraan ini.Bagi ana,itu titik tolaknya!

Diri ini takut andai tersungkur kerana ujian,
Tatkala ana digelar ustazah oleh kalian,
Masa itu,berapa ramai yang akan mencemuh hina,
Rosaknya erti suci ustazah itu kerana diri ana,
Justeru sebelum kalian memanggilnya lagi,
Lebih baik ana pulangkan gelaran ini kembali,
Kerana ana hanya insan biasa,
yang mencari mardhatillah di tengah kesesatan bermaharajalela..

Ana menasihati untuk diri sendiri dan pedoman untuk kalian jua...




Comments

Artzlizan said…
gelaran yang baik tu ustazah...
SuhaNa said…
memang gelaran yang baik dan mulia..tapi ana masih tidak layak untuk digelar ustazah..ilmu yang ada tidak sebanyak mana...
Artzlizan said…
kadang-kadang kita tidak begitu mengenali diri kita...orang yang rapat dengan kita kadang-kadang lebih mengenali diri kita...terima seadanya...
SuhaNa said…
diri ini cuma insan biasa yang tak lari dari dosa-dosa

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2