GrEP MARA : PART 2
Aku bukan orang yang terbaik untuk korang rujuk.
Tapi kisah ni korang boleh jadikan panduan untuk dapat idea bagaimana untuk korang dapat sambung pengajian di peringkat PhD dan cara untuk mencari penyelia (SV).
Disebabkan syarat penaja adalah untuk mendapatkan tawaran dalam kelompok 30 universiti terbaik di peringkat dunia untuk subjek pilihan atau kelompok 10 terbaik di dalam negara tersebut, maka pencarian universiti bergantung kepada senarai universiti tersebut.
Dari bulan April hingga Disember 2019, aku memulakan pencarian sehinggalah takdir Tuhan untuk aku berada di universiti 20 terbaik dunia. Korang tanyalah kawan-kawan terdekat aku, macam mana saban hari aku mengeluh nak give-up, tapi putus asa tak dibenarkan ketika itu.
Patutlah ada kawan yang memanggil, “Perghhh budak Edin sekarang!”, walhal aku sedikitpun tak kisah tentang ranking terbaik ni, yang peduli adalah penaja aku, jadi aku kena akur. Dan juga dalam pengajian PhD, SV adalah faktor utama untuk kau cemerlang ataupun tidak selain kerajinan kau. Kepandaian jatuh di bawah di tangga ke-3.
Baiklah.
Aku senaraikan dulu universiti yang aku pernah mohon untuk pengajian PhD dengan keputusan Master degree, Weight Average Marks (WAM) aku adalah 69%.
1.
University of Melbourne, Australia – Ada SV, tapi tak layak akademik. Keputusan
Master tak mencapai 70%-80% WAM
2.
Monash University, Australia – Ada SV, tapi tak layak akademik. Keputusan
Master tak mencapai 70% WAM.
3.
University of British Columbia, Canada – Ada SV, tapi permohonan dah ditutup
masa tu. Kena mohon pengambilan tahun 2020.
4.
University of Wollongong, Australia – Ada SV, terima tawaran tidak bersyarat.
5.
Imperial College London, UK – buat permohonan tapi tak berjaya sebab tiada SV.
6.
University of Cardiff, UK – Ada SV, tapi universiti bukan dalam senarai penaja.
7.
University of Sheffield, UK – buat permohonan tapi tak berjaya sebab tiada SV.
8.
University of Bristol, UK – Ada SV, buat permohonan tapi long respond.
9.
University of Warwick, UK – Ada SV, dapat tawaran bersyarat.
10.
University of Birmingham, UK – Ada SV, dapat tawaran bersyarat.
11. University of Edinburgh, UK – Ada SV, dapat tawaran tidak bersyarat.
Ini je lah aku mohon. Aku ada juga nak mohon universiti di China, Jepun, Korea dan negara Eropah tetapi kena bayar yuran proses permohonan, aku tak mahu lah. Aku tak minta di New Zealand sebab tak ada langsung dalam senarai kelompok 30 terbaik dunia masa tu, jadi aku abaikan terus.
Masa ni aku kesuntukan masa untuk hantar surat tawaran kepada pihak penaja. Jadi sebolehnya mana yang dapat respond dengan cepat, itu yang aku hantar dahulu.
SV?
Betul, ini penting untuk kau tahu dia bagaimana sebab kita yang kena menghadap dia sepanjang pengajian. Memang macam cari jodoh, benda susah pun tapi kalau SV baik, itu memudahkan kau. Tapi kalau benda susah, SV pun tak membantu, lagi bertambah susah.
Ingat, korang nak buat PhD yang orang gila je nak buat.
Aku perkara pertama ditanya oleh SV apabila ditemuduga, kenapa aku nak buat PhD? Sebab itu yang mendorong motivasi kau. Aku dah berada dalam sektor pendidikan. Maka PhD adalah syarat untuk kau terus berada dalam sektor ni kalau kau nak ada nilai tambah dan perkembangan karier kau.
Tetapi dalam kes aku, aku memang tak kenal SV aku tu macam mana. Cuma aku meneliti dia di Linkedn, dan profil di website universiti.
Baiklah, aku ceritakan proses biasa kebanyakan universiti terkemuka ni bila kau nak buat permohonan belajar di situ.
1.
Permohonan rasmi melalui atas talian universiti.
2.
Perlu kemukakan segala dokumen yang korang ada. Paling penting dalam proses ini
adalah kena ada sijil dan transkrip dalam Bahasa Inggeris.
3.
Kena tahu siapa nominated SV kau. Kalau tak tahu siapa, kau boleh pilih dekat
senarai staff fakulti.
4.
Research Proposal perlu dihantar juga. Ada sesetengah memerlukan Proposal
Statement. Jadi bergantung kepada universiti korang nak apa. Tapi RP is
important!
5.
Kemukan sekurang-kurangnya dua orang referee, ada universiti yang minta tiga.
Bergantung. Tapi minimum dua orang. Kena ada yang akademik, ini boleh minta
surat rujukan dari pensyarah yang baik dengan korang. Kalau dah bekerja, boleh
minta surat rujukan dari pegawai atasan korang.
6.
Bila semua dah lengkap, pihak universiti akan semak kelayakan akademik kau.
Kalau lepas, maka baru dia proses permohonan kepada pihak fakulti/sekolah, dan
masa ni kalau kau ada tulis nama calon SV, pihak fakulti akan terus hantar
permohonan kau ke SV tersebut. Kalau kau dah approach SV ni sebelum buat
permohonan, it’s good. Tapi kalau kau tak pernah approach dan main letak je,
ini risiko sama ada kau kena tolak atau tak. Kalau ditolak, maka pihak fakulti
akan tanya SV lain yang boleh terima kau. Kalau tak ada, maka permohonan kau
gagal di sini. Kes ni jadi bila aku mohon di ICL dan Sheffield.
7.
Lepas SV approve, pihak fakulti akan terus keluarkan surat tawaran sama ada
bersyarat atau tidak bergantung kepada dokumen yang korang bagi masa awal
permohonan. Bersyarat sama ada kau kena sediakan sijil ATAS, sijil IELTS, Financial
or Statement, Original Certificate etc..bergantung apa yang universiti nak.
8. Penting untuk kau kemaskini dengan pihak fakulti untuk keluarkan surat tawaran kau secepat mungkin. Kalau lambat, korang boleh deal dengan SV yang memang akan banyak membantu korang untuk proses keluarkan surat tawaran ni. Ada SV aku di UoW siap bertekak lah dengan pihak fakulti sebab bagi aku surat tawaran bersyarat walhal aku graduan kat situ dan mereka masih perlukan IELTS aku. Itu contoh. SV yang baik, akan berjuang untuk kau..wahh gituu! Aku bersyukur semua SV yang aku approach adalah mereka yang benar-benar baik dan ambil peduli tentang aku masa tu. Rezeki beb! Banyakkan berdoa pada Tuhan Yang Maha Esa.
Itulah proses yang biasa selalunya. Jadi bila kau dah faham proses ni, kau kena ada strategi sama ada nak buat permohonan rasmi dulu atau cari SV dulu?
Dalam kes ni, aku buat dua-dua.
Tapi kalau tak ada SV yang respon pada e-mail kau, baru aku main redah je buat permohonan tanpa ada SV lagi. Rujuk kes ICL dengan Sheffield aku.
Sebab kalau tak ada SV, permohonan kau boleh jadi lapan minggu. Itu normal ye. Boleh jadi lagi lama. Tapiiii…kalau kau ada SV, dalam empat minggu je korang boleh dapat surat tawaran. University of Edinburgh paling efisien setakat ni, kau skype interview dengan SV, bila SV approve kau jadi pelajar dia, tak sampai sejam atau dua jam lepas tu kau boleh dapat surat tawaran. Bergantung pada kelajuan staff tu buat kerja..hahahah
Ok, nak dapatkan SV mana mana?
1.
Pensyarah kau dah kenal. Ini kebiasaannya korang dah pernah belajar di situ dan
memang nak terus sambung di situ.
2.
Recommended dari pensyarah kau kenal. Macam kes ni, SV aku di UoW recommended
aku pada kawan dia di University of Cardiff, maka aku diterima.
3.
Melalui direct approach. Kau randomly email pada semua senior lecturer di,
email tu kau boleh dapat dalam senarai staff. Ini yang memang aku buat. Mereka
akan respon email kau. PM aku untuk contoh ayat formal dan sopan aku guna. Tapi
ia bergantung kepada cara kau approach. Kalau kau dapat email dari iklan yang
memang nak cari student PhD, lain ayat dia. Random approach lain ayat dia.
4. Melalui website findaphd. Dekat sini selalunya ramai pensyarah akan iklankan tajuk kajian mereka berserta biasiswa yang ada untuk cari pelajar PhD. Aku dapat SV di Edinburgh dan Birmingham melalui cara ini.
Ini empat cara untuk dapatkan SV.
Cara ketiga dan keempat tu, bila SV respon, mereka akan minta resume, sijil dan transkrip, research proposal, skype interview etc. Ada yang tak minta langsung pun contoh SV aku di Warwick. Aku kata aku dapat sponsor, terus dia terima aku untuk jadi pelajar PhD dan research proposal aku hanya hantar dissertation aku masa Master dahulu sahaja. Ia bergantung kepada apa yang diminta oleh SV kau masa tu. Kawan aku, Dila, bila aku ajar dia untuk direct approach macam ni, terus dia dapat SV di Monash University dan hanya hantar dissertation dia masa Master dahulu je walaupun tajuk berlainan.
Research Proposal?
Ikut format universiti sediakan. Ada yang nak 2500 patah perkataan. Tapi aku kan Aussians, maka aku dah biasa dengan RP yang hanya dua pages sahaja termasuk appendix..hahaha.. Izzah lagi best, SV dia buatkan RP..haha.. jadi bila SV aku di Edinburgh minta RP, aku bagi dua pages je sedangkan format 2500 words. Well, sebab tu aku kata aku mengarut je banyak dalam RP tu tapi pelajar Engineering memang macam tu kot an..haha.. kalau kau ambil PhD in Law, RP ni penting gila!!
Skype Interview?
Dia bukan temuduga macam kau nak dapatkan kerja. Temuduga lebih santai, ada yang tanya teknikal dan motivasi PhD kau. Untuk Birmingham tu aku kena skype interview dan ada dua orang SV aku. Tanya teknikal tu berpeluh juga nak jawab. Untuk Edinburgh, skype interview aku tak banyak sangat teknikal, itu pun sebab RP aku hantar mengarut, jadi dia nak tanya more on fundamental aku masa tu..hahah.. lebih kurang sejam setengah interview ni, jangan takut. Aku tak pandai English ni belasah je cakap. They won’t judge your English, kalau kau tak faham. Tips tak faham apa diorang cakap, kau minta diorang ulang balik soalan tu. Dan lagi penting, bila tanya ada soalan tak? Kau bagi soalan juga macam contoh macam mana program PhD dekat universiti tu? Kalau kau nak apply for professional engineer, possible tak? Kena publish paper berapa kalau ada? Kalau ada grant, boleh mohon juga ke? Tanyalah apa-apa je, society ke, makanan ke, living cost ke etc… asalkan kau BERTANYA!! Interview untuk ambil PhD ni mudah sikit berbanding kau kena interview untuk dapatkan sekali biasiswa bagi research tersebut. Ia lebih strict barangkali.
Hmmm..itu jelah kot panduan mudah untuk korang dapatkan surat tawaran bagi PhD di luar negara.
Yang lebih penting, berdoalah agar apa yang kau cari dan nak dapatkan diredhai oleh Allah SWT.
Berdoa.
Berdoa.
Berdoa.
Minta pandangan mereka yang dah lama dalam PhD dan mereka yang arif dan berpengalaman.
Aku hampir putus asa taknak pergi, tapi orang keliling aku kata aku bukan jenis mudah putus asa. Ye betul, mungkin aku dah malas dengan kehidupan masa tu..hew hew..
Oh
ya! Pengajian PhD di UK boleh guna kelayakan akademik Bachelor Degree korang.
Sebab Master in Engineering di UK equivalent dengan Bachelor Degree di Malaysia
for certain university.
Kenapa jadi macam tu?
Sebab
Badan Professional Jurutera menetapkan program Ijazah Sarjana Muda Kepujian
perlu dilaksanakan untuk 4 tahun. Tetapi ada sesetengah universiti di UK,
degree engineering hanya 3 tahun dan kena buat 1 tahun lagi master untuk
melayakkan korang diiktiraf sebagai Jurutera.
Inilah beza Bachelor of Engineering (Hons) (BEng.) dan Bachelor of Science in Engineering (BSC.)
Agen Pendidikan
Oh lagi satu, guna agen ok tak?
Bagi aku untuk pengajian PhD ni, memang baik kau buat sendiri sebab bukan agen kau yang kena approach untuk dapatkan SV. Tapi kau boleh guna agent bila nak buat permohonan rasmi atau proses permohonan visa. Ianya percuma jangan risau!
Masa pengajian Master aku di Australia, aku gunakan khidmat ejen untuk uruskan.
Tapi kali ni, pergi ke UK, aku uruskan semua dari universiti hingga ke urusan permohonan visa dan semuanya. Pening kepala wehh, hahaha..tapi Alhamdulillah ianya pengalaman paling berharga untuk aku kala begini.
Terima kasih pada mereka yang sabar dengan kerenah dan bebelan aku, dan juga kepada kawan-kawan yang banyak menasihati aku dalam meneruskan pengajian PhD ini.
Perjalanan PhD aku masih berbaki 2 tahun 9 bulan.
Doakan aku gais!
Next part aku ceritakan bagaimana korang kena selesaikan kontrak dokumen MARA!
Ini part paling crucial dan merenyahkan ye.
Stay
tuned.
Comments
1) saya nak tanya yang cari potential sv dari website findaphd tu, maksudnya kita tak perlu plan the topik untuk research kita ke ?
tapi kita masih perlu buat research proposal ?
2) kalau lah kata kita dapat satu research project tu, kita tak perlu dapatkan scholarship/pinjaman ke kalau research tu dah ada funding yang cover tuition fees and monthly stipend ?
1) Iyup, perlu research proposal based on the topic. Selalu dekat website findphd tu memang dah ada topik, cuma kena explore apa yang kita nak buat around that topic.
2) Kalau research tu ada funding, no need pun untuk dapatkan scholarship. Terpulang untuk secure macam mana.
Thank you!
Hai Anis..kalau apply GreP perlu cari top20 university di UK, rasa macma Warwick dalam list..yang top 30 tu for another program called WTU.
Mohon jasa baik awak untuk emailkan contoh email yang sopan untuk approach SV di Universiti. Ini email saya,
shah509377@gmail.com
Terima kasih ya.
Thanks
Boleh saya dapatkan contoh ayat untuk approach sv secara random dengan nak approach dari iklan yang diaorg keluarkan? Ni emel saya, izyankhatim95@gmail.com. Terima kasih.
Saya dah email.
Saya dah email.
Nak tanya, contoh kalau GREP buka bulan Oktober, yg tu untuk intake uni bulan Januari ke? Boleh saya dapatkan contoh ayat untuk approach sv? Ini emel saya, asdahz87@gmail.com . Terima kasih.
Betul, intake sehingga Januari 2022. Ok check email!
Nak tanya, contoh saya buat permohonan GREP dengan offer letter daripada universiti A dan setelah permohonan ditutup, saya dapat pula offer letter daripada universiti B. Boleh ke kalau permohonan GREP yang saya dah buat sebelum tu untuk ditukar universiti dari universiti A ke univerisiti B selepas permohonan GREP dah tutup ?
Kalau ikut pengalaman, MARA masih terima asalkan universiti tersebut mengikut syarat yang mereka tetapkan.
batrisyia.92@gmail.com
Terima kasih.
Terima kasih.
Saya dah emel.
Thank you
Wahhh kalau dapat Edinburgh kena roger tau! InshaAllah lepas je, no worries..
Untuk di Australia, saya banyak berkongsi di ruang facebook saya.
Saya dah email @Sunflower, @Nabihah
sizuka_anne@yahoo.com
Terima kasih.
Boleh saya dapatkan template untuk approach Sv?
Email saya:
sofiahatirah@gmail.com
Terima kasih
Saya dah email.
Email: abrazaksyazwaniamalin@gmail.com
saya dah email.
Terima kasih berkongsi pengalaman yg sangat bermanfaat untuk kami yang nak apply belajar Master/PHD. Sis, boleh email contoh atau template untuk approach SV kepada saya? Semoga Allah balas kebaikan sis. Tq
zahrairdinagerunsin@gmail.com
Terima kasih sebab share pengalaman yang membantu untuk yang nak apply PhD. Sy nak contoh email yang sopan untuk approach potential SV boleh? Ini email sy hannahmail93@gmail.com. Semoga Allah balas kebaikan akak.
Terima kasih akak.
Saya dah emel pada semmua.
Terima kasih atas sharing the experience.
Boleh sy ajar sy contoh email yang sesuai untuk approach SV
Ini email sy. nasiruddinwahab@gmail.com
Terima kasih. Moga murah rezeki. Amin..
Saya dah emel.
Boleh saya dapatkan template untuk approach potential supervisor?
nourelenna@gmail.com
Terima kasih.