Posts

Showing posts from December, 2010

Menghulur sebuah hadiah nan berhikmah...

Image
Ana mengambil sedikit masa,berlegar di ruang tapak niaga, mencari hadiah bermakna untuk kawan ana kerna hari itu adalah hari graduasinya, menyudahkan pengajian ijazahnya dengan kepujian kelas pertama.Sebagai kawan,ana tumpang gembira. Ditemani teman sekerja,ana mencari sejambak bunga untuk dihadiahkan.Ana bukanlah pakar dalam memilih bunga,jadi mengajak teman lebih bagus pendapatnya.Semua gerai kami singgahi,tak semena-mena gerai foto pun kami singgah,sebab dah pening nak cari bunga yang terbaik di kalangan yang baik.Sukarnya memilih.. “Banyaknya bunga,nak pilih yang mana ni?” tanya ana pada Hanis. “Aku suka yang katak tu,comel..yang tu ok gak,” kata Hanis sambil matanya melihat bunga yang ada. “Semua sama je,asyik jual bunga..jom gi sana,”ana mengajak Hanis ke suatu tempat. Akhirnya kami sampai di tempat yang dituju.Kedai Buku! “Aku nak bagi bukulah,bagi bunga nanti bukan boleh simpan lama.Buku ni,ada ilmu,boleh kongsi dengan ramai orang,” kata ana sambil membelek buku yan...

I Need An Answer Contest...

Image
“Punyalah panjang barisan ni,kalau macam ni,alamatnya tak makanlah kita.Kena beratur sampai keluar dewan,”keluh Saleha melihat pelajar yang beratur panjang untuk mengambil makanan di dewan makan itu. Sudah menjadi kebiasaan setiap hari jumaat pasti di hidang makanan sedap untuk makanan tengah hari.Oleh itu, tidak mustahillah jika semua warga asrama turun ke dewan untuk menikmati makanan yang sedap itu.Akibatnya,siapa lewat,baki sahaja yang tinggal. “Ye lah,nak buat macam mana,kita lewat balik dari sekolah tadi.Beratur je lah..Sabar itu kan lebih baik,”balas Amira kepada Saleha. “Aku taknak lah.Sebagai seorang senior,aku ada kuasa.Aku nak pergi insert barisan junior tu,” juih mulut Saleha pada barisan junior yang sedang beratur. “Jangan macam tu,tak baguslah.Sepatutnya jadi senior kau kena jadi contoh yang baik,ni tidak, kau nak gunakan kuasa yang ada pula,”nasihat Amira. “Eh,yang kau ni baik sangat kenapalah? Sejak bila jadi skema ni?Selalu kalau aku tak ajak kau yang bukan ...

Perlu ke Solat Istikharah??

Image
"Kau dah buat keputusan belum?” tanya sahabat pada ana. “Belum lagi,nanti aku solat istikharah dulu,”jawab ana pula. Gelak seketika sahabat mendengar jawapan ana.Solat istikharah?? Mahu membuat keputusan tinggal di rumah sewanya ketika cuti semester nanti pun kena buat solat istikharah? “Kenapa kau gelak?Betul apa aku kata,kena buat yang terbaik dalam memberi kata putus,jadi aku kena solat istikharah sama ada pilihan aku buat ni betul atau tidak.Melaksanakan solat istikharah bukan sekadar ketika membuat pilihan untuk mencari jodoh sahaja,tetapi setiap kali kita mahu membuat pilihan,” memberi penjelasan pada sahabat.Terdiam dia mendengar kata-kata ana.Gelaknya reda. Seringkali masyarakat membuat tanggapan bahawa berkata mengenai solat istikharah sahaja, dilakukan ketika mahu membuat pilihan mengenai jodoh sahaja.Fahaman sebegini perlu dileburkan segera,kerana natijahnya membuat pilihan tanpa keredhaan Allah maka itu adalah sesuatu yang buruk. Hidup kita sentiasa membuat p...

Kempen Aurat : Tahu atau Faham..

Image
Ana telah di ‘tag’ oleh sahabat.Mengenai kempen menutup aurat.Alhamdulillah,usaha murni blogger ini amat terpuji dan ana menyokong dengan sebuah entri ini. Apabila berbicara mengenai aurat,setiap orang boleh memberi jawapan seperti skema peperiksaan.Tepat dan persis,namun berapa ramai dalam jawapan itu yang memahami bahawa aurat itu wajib dan mesti dilakukan.Sudahnya ramai yang TAHU tetapi masih tidak FAHAM, berkenaan aurat ini.Bahkan,mutakhir kini,hakikatnya ramai yang tidak MENUTUP aurat tetapi MEMBUNGKUS aurat..Pening?InsyAllah ana akan jelaskan. Malahan bercerita mengenai aurat juga,bukan sekitar topik pada kaum wanita sahaja,tetapi turut pada kaum lelaki.Meskipun aurat kaum lelaki itu hanya sedikit sahaja,tapi tidak bermakna juga anda mengabaikan etika berpakaian yang lain. Islam adalah sebuah organisasi yang agung dan syumul,justeru pasti ada etika dalam setiap perkara dan berpakaian adalah salah satunya.Analoginya seperti sebuah syarikat yang besar,pasti meletakkan syarat ...

Menyuburi tanaman ikhlas..

Image
Entah kenapa,ada suatu perasaan asing dan aneh dalam diri. Deruan ombak menghempas ke pantai, laut yang kebiruan jernihnya, angin yang menolak dedaun lembut dan damai tidak mampu menghapuskan perasaan asing dan aneh ini. Puas untuk mencari jawapan,tidak ketemu.Akhirnya diri berteleku, diam membisu. Membawa diri larut dalam muhasabah sendiri,merintih sayu kerana tidak ketahuan apa yang menyerang perasaan ketika ini.Rasa aneh itu tidak hilang lagi.Ya Allah,ya Allah..ya Allah.. Teringat perbualan ketika sesi usrah beberapa bulan dahulu,sahabat bertanya pendapat. “Bagaimana kita nak tahu apa yang kita buat tu ikhlas atau tidak?” “Setelah setiap pekerjaan yang kita lakukan kita seronok lakukan tanpa ada rasa untuk dibalas ganjaran itu atau tidak,” bersuara ana menyahut persoalan sahabat. “Dan juga apabila setiap yang kita lakukan hanya kerana Allah.Suka atau tidak kena buat, buat biarlah kerana Allah,bukan sebab lain atau apa-apa sahaja,” sambung Naqibah pula. Alhamdulillah,k...

Pena menari di jalan dakwah..

Image
“Su,aku nak tukar blog lah.Blog yang sedia ada ni dah macam apa je aku rasa.Kau ada idea tak?” tanya seorang sahabat ketika kami bersua di ruangan yahoo messenger. “Hurm..ni sekadar pendapatlah.Aku tengok kau pandai menulis syair,sajak kan,yang macam puitis-puitis sikit ni,betul tak?” tanya ana pula. “Betul,memang aku minat bab-bab ni,”sahabat mengiakan andaian ana. “Kalau macam tu,apa kata kau tulis mengenai puisi ke,sajak ke yang berunsurkan ketuhanan atau keagamaan.Sekurang-kurangnya kau boleh menarik diri kau dan orang yang membaca untuk lebih terarah kembali kepada Allah.” “Aku tak pandailah Su.” “Manalah kau tak pandai,selagi tak cuba,tak bermakna kau tak pandai.Cuba dahulu ya,nanti tengok hasilnya macam mana.” Menjadi seorang blogger,bukanlah niat suka-suka.Tapi di ruangan ini,boleh menjadi medium untuk kita terus menyampai sesuatu yang berguna pastinya.Menjadi seorang dai’e dalam ruangan ini.Blog yang hebat bukanlah diukur dari banyaknya pengikut,bukanlah dari banya...

Hati di wilayah bumi..

Image
Kala senja itu tiba Ku termenung sendirian Terasa diriku ini Jauh dari rahmat Tuhan Dosa yang aku lakukan Menerjah ruang fikiran Masihkah adakah untukku keampunan Bait-bait lagu ini mengingatkan ana tatkala remang senja itu.Melihat indahnya langit yang berwarna keperangan,begitu indah ciptaan Tuhan.Bahkan menginsafkan diri ini.Menelusuri sejarah hidup,terasa bahawa Allah cukup sayang akan diri ini.Mehnah yang melanda bukanlah sekadar ujian tetapi itulah juga wadah untuk peningkatan iman. Permulaan tahun hijrah memberi satu makna yang besar pada ana.Diri ini lahir ke dunia,dengan seputih kain,dicorak dan diwarna oleh alam sekeliling.Satu demi satu sejarah menerpa ke ruangan minda.Ana begitu bersyukur akhirnya dilorongkan Allah ke jalan yang lurus,jalan untuk menyambung risalah suci Rasulullah.Jasad dan jiwa ana tidak berada di jalan ini secara tiba-tiba. Tetapi pengaturan Allah s.w.t begitu cantik dan berhikmah sekali. Diri ini bukanlah siapa dan ada apa-apa.Cuma insan...

Politik bangsa atau agama??

Image
"Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya. [Surah Al-Zukhruf : 36.] Manusia sentiasa berubah,dan perubahan itu perlulah dibuat dalam lingkungan yang positif, menuju hijrah. Ana bukanlah seorang yang mahir berpolitik,namun atas dasar bahawa ini adalah salah satu keperluan dalam kehidupan,makanya perlu ana mengambil peduli tentang hal ini.Rata-rata jika ditanya mengenai hal politik,ramai anak muda yang menggeleng kepala,tanda tidak mahu terlibat sama.melihat dari perspektif bahawa politik itu celaru,keliru,kotor,busuk,sampah dan sebagainya kerana dihuni oleh manusia-manusia yang kosong nilai amanahnya,itu bukan tanda alasan utama untuk kita menidakkan sikap kepedulian dalam ehwal politik. Media massa dewasa kini sudah semakin lari dengan peranan dan tanggungjawab mereka yang se...