Tuesday, June 15, 2010

Ubi oh ubi...



"Mak,ubi kayu mana nak cabut ni?" soal ana pada mak sambil mencari parang di ceruk dapur.

"Cabut ubi kayu kat tepi pagar,sebelah pandan mak tanam tu,"balas mak pula.

Ingatkan pokok ubi yang mahu dicabut ini tidaklah besar mana,rupanya menjalar hingga keluar pagar.Lalu parang yang dipegang ana hayun sekuat tenaga.Setelah dahan di cantas,masa untuk mencabut ubi pula.Susah betul mahu mencabut ubi kayu yang sudah semakin tua ni.

Tarik..tarik..tarik..berusaha sedaya upaya ana dan mak menariknya.Akhirnya berjaya juga. Mengalir peluh di muka. Melihat ubi kayu ini mengingatkan ana pada pepatah melayu DIAM-DIAM UBI BERISI. Memang benar,diam-diam ubi ini,lihat hasil di dalamnya,begitu banyak isi yang tersimpan. Bahkan memberi kesedaran pada ana,kalau berbudi pada tanah,memang berbaloi hasilnya. Bukankah Allah juga ada berfirman di dalam kalam sucinya :

"Dan Dialah (Allah) yang menghantar angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (daerah yang kering kontang) lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu. Kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai jenis buah-buahan. Demikianlah juga Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati supaya kamu mengambil pengajaran daripadanya." (Surah al-A`raf, ayat 57)

Rumah ana ini hanya rumah teres di kawasan lot.Jadi abah dan mak memang suka bercucuk tanam.Betik,pandan,ciku,jambu,pisang, ada sahaja tanaman yang mereka usahakan.Beruntung juga ana kerana mempunyai ayah dan mak yang rajin bercucuk tanam ni,nak harapkan ana,memang tak tumbuh-tumbuh agaknya tanaman tu semua.


Malam itu kami sekeluarga menikmati ubi kayu rebus cecah sambal ikan bilis.Tapi ana lebih gemar cecah dengan kelapa parut dicampur gula. Tambahan pula tika itu hujan turun renyai,memang terasa kesedapan menikmatinya.Syukur pada Allah atas rezeki ini.


Lebihan ubi kayu itu pula ana dan mak membuat kuih lepat ubi.Bermula dengan proses memarut ubi tersebut (memang lenguh tangan), kemudian melayur daun pisang (Daun pisang tu banyak yang tercarik dan kelihatan tidak menarik,sudah dicuba banyak kali baru hasilnya memuaskan), setelah itu ubi yang diparut diperah untuk membuang airnya (sebab air ubi itu pahit), kemudian barulah dicampur dengan air gula melaka. Dilipat bersama dengan daun pisang yang sudah di layur tadi,dan akhir sekali di kukus.Siap dan boleh dimakan. Tak dilupa pada jiran tetangga merasa hasil kuih lepat ini.Alhamdulillah...

Moralnya dari kisah kuih lepat ini,ana terfikirkan tentang makcik-makcik yang sering menjual kuih waktu pagi.Bagaimana mereka menghasilkan kuih yang bermacam-macam untuk dijual. Sedangkan ana untuk membuat kuih yang satu ini pun cukup remeh walhal kuantiti yang dibuat tidak sebanyak mana. Memang lah ALAH BISA TEGAL BIASA, tetapi ketabahan makcik-makcik yang menjual kuih ni memang ana kagumi. Mungkin kita tidak sedar jasa-jasa mereka tetapi buat pekerja yang ingin mengisi perut mereka pada waktu sarapan,tentulah golongan penjual ini yang di cari. Terima kasih makcik-makcik yang menjual kuih sekalian.

Jasamu dikenang :)

SUMBER GAMBAR : PAKCIK GOOGLE


8 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ on June 15, 2010 at 1:14 PM said...

ubi rebus cicah ngan sambal tumis ikan bilis memang best,,lau masak campur kari pon sedap..wuu..paberet ni

nabilah_2908 on June 15, 2010 at 1:38 PM said...

oh...sedapnya ubi rebus panas2 mkn pula dgn kelapa+gula+garam... :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
RENUNG-RENUNGKAN

SuhaNa on June 15, 2010 at 2:01 PM said...

cik aidacomei : memang sedap,tapi tak pernah pula ana rasa campur kari tu..

nabilah_2908 : betul..sedap betul, tanya mak kena campur garam tak kelapa tu,mak kata tak perlu..iskh2

Hapiz Rahman on June 15, 2010 at 9:00 PM said...

suke juge ubi kayu rebus.. cecah gula ngn kepala parut.. :)

Mesintaip: on June 15, 2010 at 9:55 PM said...

teringat zaman kanak-kanak dulu, menjaja ubi kayu dan pucuk ubi seliling kampung. Dapat upah, kumpul untuk beli majalah komik (Gila-Gila, Gelihati dan Batu Api) hehhehh...

SuhaNa on June 15, 2010 at 10:15 PM said...

to Hapiz Rahman : sedap tu.memang favourite :)

to Mesintaip : wah..bagusnya akhi,kecil-kecil dah ada business :)

kacamata on June 16, 2010 at 2:54 PM said...

Salam Suhana.

Sedapnya lepat ubi.. ya berbudi pada tanah memang berbaloi.

SuhaNa on June 16, 2010 at 4:20 PM said...

Salam kembali kacamata..

Memang sedap tapi pahit sedikit sebab ubi kayu yang dicabut tu pun dah tua..betul tu..berbudi dengan tanah memang berbaloi-baloi :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers