Thursday, June 3, 2010

Kerana mulut,anak binasa!


Hati rasa menggelodak..panas betul telinga ni..hari-hari dengar..arghhh..aku tak tahan, perlu lakukan sesuatu...

"B***I betul kau ni,tak nampak orang ke?" marah salah seorang pekerja di situ apabila dilanggar.

Aduh,makin parah ni..

"Ok,semua berkumpul.Hari ni kau Suhana masuk line dengan Farah, buat wayar yang halus warna kelabu tu," arah seorang leader kepada kami berdua.

Wah,ni memang yang aku nantikan, baik aku bertindak sekarang sementara ada peluang.

"Kak Farah,tahu tak kenapa wanita disaran untuk menjaga tutur katanya," aku memulakan bicara sambil melakukan kerja.

"Hurm..entahlah,kenapa ya?" soal kak Farah pula.

"Kak Farah pernah dengar tak doa seorang ibu itu adalah mustajab,tiada hijab.Apa yang keluar dari mulut seorang ibu itu adalah satu doa."

Kak Farah mengangguk-anggukkan kepalanya,tanda faham dan berminat mendengar.Aku menyambung bicara.

"Ibu itu kan seorang wanita.Sebab itu wanita perlu menjaga tutur bicaranya supaya apabila dikurnia anak nanti,tidaklah kita mengeluarkan kata-kata yang tidak elok kepada anak-anak."

"Oh..ok,akak faham.Terima kasih ya ustazah."

Erk..aku bukan ustazah lah...

Itu pengalaman ana sewaktu bekerja di salah sebuah kilang suatu masa dulu. Ana kurang selesa bekerja di situ apabila terpaksa menahan telinga mendengar perkataan yang kurang elok sering keluar dari tutur kata mereka.Tidak berlapik.Bukan ana bersikap prejudis pada pekerja kilang (mohon maaf kalau ada yang terasa) tetapi tidakkah elok jika berbudi bahasa dalam berbicara?

Ingat! apa yang keluar dari mulut kita itu adalah datangnya dari pemikiran kita. Berkesinambungan dengan perilaku kita juga. Jagalah tutur bahasa anda.

"Bahasa jiwa bangsalah!", itu yang dipesan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam salah sebuah filemnya.

Dalam Islam,segala kata-kata kotor,cacian,makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang.Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.

Kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa "Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain."

Hiasilah dirimu dengan peribadi dan akhlak yang mulia wahai wanita!

2 comments:

Cheqna on June 3, 2010 at 3:49 PM said...

Betul tu...a timely reminder...

kita kadang2 terlupa untuk menjaga tutur kata..kata2 yang berlebihan yg mengakibatkan ada hati yg terluka tanpa kita sedari...

Alangkah elok sekiranya kita menghormati orang lain sepertimana kita ingin dihormati..

SuhaNa on June 3, 2010 at 4:59 PM said...

salam cheqna..

peringatan untuk diri ana dan kita juga.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers