Saturday, June 26, 2010

Rezeki ku rupanya...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah serta Maha Mengasihani..

Keadaan ana yang kurang sihat membuatkan ana membantutkan hasrat untuk menziarahi blog rakan-rakan.Jadi,peluang yang ada ana gunakan untuk beristirehat.Merehatkan badan bagi memberi secukup tenaga untuk terus beribadat pada Allah s.w.t dan bekerja untuk umat..

Waktu hening itu,sementara menunggu Subuh ana menziarahi blog rakan-rakan yang berkunjung.Sempat juga ana membalas kunjungan mereka.Tetapi ada satu jejak yang ana baru teringat tiba-tiba..

qamarguyz : salam ziarah..jom lihat siapa yanG kena

Oh,apa yang kena ni.Ada kena-mengena?Pastilah ada..jadi ana pun meninjau blog rakan ini. Melihat entri beliau,ana baru teringat.Beberapa minggu lepas,ana ada menyertai satu contest bertajuk aksara pencorak hidupku.Syarat-syaratanya berdasarkan ulasan buku dan ana telah menyiapkan entrinya di sini..

Apa yang ana lihat?? Jeng...jeng...jeng...

Ana mendapat tempat pertama untuk contest tersebut..di sini keputusannya.Hadiah yang paling ana gemari,bahan bacaan bernilai RM40..SubhanAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!!

Ini kali pertama ana menyertai pertandingan di blog.Sebelum ini berminat juga untuk menyertai tetapi melihat contest yang dianjurkan kurang menarik hati ana.Contest yang dianjurkan oleh akhi Azrai ini pada pendapat ana memang sangat bagus kerana cukup berilmiah.Mengajak para pembaca mengenal buku yang dibaca serta ditambah dengan ibrah para pengulasnya.

Malahan penyertaan ana ini juga adalah untuk menilai sejauh mana penulisan ana.Terukkah atau apa-apa..Mungkin perlu diperbaiki lagi supaya dapat seiring dengan penulisan abang ana dan juga penulis-penulis tanah air yang lain.

Ana orang pertama menghantar penyertaan (kerana idea mencurah-curah ketika itu,takut hilang kalau ditangguh)..Dan menang juga tempat pertama (tak sangka betul)..Adakah ini kebetulan atau suratan??ohh~

Tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang lain.Tidak lupa juga kepada para peserta yang lain.Anda memang hebat kerana berjaya menyertai contest sebegini!!

p/s : Moga ada lagi para blogger yang menganjurkan contest manfaat untuk umat ini.InsyAllah ana juga ingin melakukan contest yang bermanfaat untuk kalian...Apa yang penting,menggapai mardhatillah di sebalik segala usaha dan pekerjaan kita.

7 comments:

kacamata on June 26, 2010 at 11:55 AM said...

Salam Suhana..

Tahniah atas kemenangan.. semoga bertambah motivasi diri..

Didoakan agar cepat sihat.. insyaAllah

SuhaNa on June 26, 2010 at 12:02 PM said...

Wa'alaikumsalam kacamata..

Alhamdulillah..terima kasih ya..kesihatan beransur pulih~

Sya Syazana on June 26, 2010 at 12:13 PM said...

tahniah! mabruk!

yours sincerely, Syazana

Azrai Ahmad Zamri on June 26, 2010 at 12:58 PM said...

salam ziarah..
Tahniah atas kemenangan..dr awal sy da tertarik, satu persatu penyertaan masuk tiada yG dapat menandingi.. inilah suratan & kebetulan =)
m0ga dipermudahkan segala urusan..TQ

SuhaNa on June 26, 2010 at 1:58 PM said...

to Azrai Ahmad Zamri..

Terima kasih akh..Mungkin ya suratan dan kebetulan..InsyAllah..tahniah juga untuk penganjuran contest yang hebat ini..

fitri on June 27, 2010 at 12:04 AM said...

tahniah!
teruskan menulis!

SuhaNa on June 27, 2010 at 1:35 AM said...

to fitri..

terima kasih akhi =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers