Thursday, June 10, 2010

Inilah yang setimpal dengan usaha....


Alhamdulillah..bersyukur pada Allah s.w.t kerna dengan limpah kasihNya,kita masih diberi kesempatan untuk terus menikmati kehidupan dan terus melakukan amalan.

Dari semalam tidur tidak lena,menanti detik menunggu hari perkahwinan lagaknya.Namun bukan itu kisahnya, menunggu detik keputusan peperiksaan keluar.Penantian itu satu penyeksaan bak kata pujangga.

Pagi ini ku mulai dengan tenang,tetapi menginjak ke angka 12 hati makin berdebar.

"Mesyuarat Senat sudah selesai,maknanya keputusan sudah boleh dilayari sekarang."

Hati melonjak mahu melakukan,tetapi tidak sampai tafsiran maklumat itu ke otak untuk digerak. Resah, gelisah, berdebar-debar,seram-sejuk semuanya bersatu dalam nafas yang padu. Bukan tidak pernah menunggu detik keputusan peperiksaan keluar tetapi semester ini istimewa sedikit,kerana buat pertama kali tidak ada peratus keyakinan langsung setiap coret jawapan yang dilakar itu betul. Mungkin negatif tahap peratusan untuk betul. Kerna itu,wajar untuk ana berasa resah sebegini.

Akhirnya tangan bergerak mencapai laptop dan cuba melayari gerbang maklumat pelajar. Tekan,tekan,tekan dan tekan...refresh,refresh lagi...Namun keputusannya hampa.Tetap server busy.

Sabar wahai diri..Cuba lagi..dan alhamdulillah..akhirnya setelah cubaan ke-seribu (anggaran je) berjaya melihat untuk keputusan.

Wahhhh....hati melonjak girang,berbunga-bunga ibarat ada taman di dalamnya.Sujud syukur ku padaMu Ya Ilahi,memuaskan keputusan yang diterima.Keputusan bersih tanpa ada unsur-unsur penipuan selama belajar. Alhamdulillah, siang malam ku berdoa padaMu akhirnya Kau makbulkan doaku..

Berpuas hati???Mungkin itu sepatutnya.tetapi sudut kecil hati mula berkata tidak cukup sekadar berpuas hati dengan keputusan sebegitu.Ahhh...ku pekakkan telinga,cuba bermuhasabah kembali.

Tatkala teman-teman riang dengan keputusan yang cemerlang tetapi diriku sekadar berpuas hati dengan keputusan yang biasa-biasa sahaja.Aduh..manusia apa kau ni Suhana,seakan tiada motivasi untuk terus maju!

Tidak..bukan tidak bermotivasi.Diri cuba membantah.Ini lah yang setimpal dengan usaha.Akan kuperbaiki lagi semester depan.InsyaAllah.....Diri bukan lemah,tetapi ku pasrah menerima segalanya kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya....

p/s : Pada kawan-kawan sekalian,tahniah atas keputusan yang cemerlang.Terus kekalkan momentum anda dan insyAllah ana akan mengejarnya juga semester depan untuk mencapai kejayaan seperti kalian.

11 comments:

SD on June 10, 2010 at 8:47 PM said...

klu cek online dah lama boleh kat utm skang tunggu surat smpai umah plak.Dah anta pun...huhuhuhu

SuhaNa on June 10, 2010 at 8:51 PM said...

tapi cek online tu cabarannya kena menunggu..trafic busy betul..sampai malam ni pun masih ada yang tidak berjaya lagi

Hapiz Rahman on June 10, 2010 at 9:10 PM said...

alhamdulillah,, usaha lagi yer..

http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com

SuhaNa on June 10, 2010 at 9:18 PM said...

syukran jazillan akhi hapiz rahman~

A-Y-I-E on June 10, 2010 at 9:27 PM said...

Assalamualaikum saudari suhana..
Wahhh gaya penulisan saudari didalam entri ini sangat baik..

berbunga-bunga?Haaa patutlah dia punya blog pun berbunga-bunga.Hhuhuhuh

wslm

Mesintaip: on June 10, 2010 at 9:47 PM said...

Tahniah. Teruskan dalam perjuangan ilmu awak pada masa akan datang. Perbaiki mana-mana yang lemah. Apa yang lebih penting lagi ialah dalami dan fahami ilmu yang dipelajari bukan semata-mata kerana hendak mencapai sasaran gred A atau B atau seumpamanya. Wallahualam.

SuhaNa on June 10, 2010 at 10:37 PM said...

A-Y-I-E : wa'alaikumsalam akhi..gaya penulisan ana ni gaya bebas..heee...oh..blog ana perlu di segari dengan bunga sesegar ilmunya..wallahua'alam..

Mesintaip : syukran akhi.InsyAllah itu yang ana cuba terapkan,belajar bukan hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.

kucin'_brutal on June 10, 2010 at 11:44 PM said...

dh penat bukak student portal..sek jem jerk..huhu~~

SuhaNa on June 10, 2010 at 11:52 PM said...

kucin'_brutal : itulah..traffic jam betul,tapi berjaya petang tadi cek..hehe...mari kita buat cadangan pada naib canselor supaya result juga di cek pada blog..hihi,the another alternative~

blurryhanis on June 11, 2010 at 10:30 AM said...

bayam kte usaha lagik!!!...we can do it..ingt jgn bwk blk brdband...btw congrat dpt result yg kte usaha sndiri!

SuhaNa on June 11, 2010 at 1:06 PM said...

blur...betul tu..congrats untuk kau jugak.. insyAllah aku nak all out betul-betul sem depan =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers