Sunday, June 13, 2010

Sayangkan adik tangan-tangankan??


Kisah ini ana ingin dendangkan pada kalian agar dapat memberi pendapat yang paling bernas.Mohon sangat-sangat pendapat kalian semua..

"Siapa ambil duit aku ni,"soal aku dalam hati.

"Acu,siapa ambil duit dalam beg duit acik ni?"tanya aku pada Acu.

"Entah,tak tahu.Tapi kalau duit hilang dalam rumah ni mesti Iwan punya kerja," teka adikku pula.

Hati mula panas,bukan kerana duit hilang yang tidak seberapa,tetapi mula panas dengan sikap adikku yang sudah pandai mengambil duit tanpa kebenaran.

Lalu aku menyuruh Acu mencari Iwan di sekeliling taman perumahan.Nasib berjumpa dan di suruh pulang dengan segera.Aku menanti kehadiran Iwan di muka pintu.

Gerak langkah yang perlahan dan muka yang kelihatan sangat bersalah,Iwan menghampiri aku.

"Iwan,masuk cepat.Acik nak cakap."

Kondisi aku tika itu tidaklah berapa nak marah,jadi aku cuba bercakap secara psikologi dengan adikku.Pada mulanya tidak menjadi strategi aku ini kerana dia tidak mengaku,akhirnya dengan satu sergahan sahaja akhirnya dia mengaku juga.

"Kalau Iwan ambil duit Acik tu,pulangkan balik pada.Mana Iwan letak,"kata aku.

"Iwan,sorok dalam longkang," jawabnya takut-takut.

"Kenapa sorok dalam longkang?Nak buat harta karun ke?Pergi ambil duit tu balik,"aku cuba berlembut.

Setelah duit dipulangkan kembali,(walau duit itu berkurang), aku ingin memberi pengajaran kepada adikku ini.Ini bukan kali pertama dia lakukan perkara sebegini.

Jadi,dendanya.Aku menyuruh Iwan mengangkat raga kain yang kosong selama satu jam tanpa menurunkan raga tersebut.

"Angkat raga kain tu.Sekarang jam pukul 11,dah pukul 12 baru turunkan raga kain tu,"arah aku pada Iwan yang sudah mula mengalirkan air mata kasihannya.

Mohon pendapat kalian,apakah cara paling berkesan untuk menghadapi adik yang sebegini. Dah banyak kali di nasihati tetapi tetap tidak diendahi.Seperti mencurah ke daun keladi.Kisah ini bukan dongengan tetapi kisah yang benar terjadi pada suatu pagi hari.

Kadang-kadang terfikir betapa susahnya mahu mendidik manusia.Begitu banyak cabaran dan kesabaran.HUrm...

2 comments:

Afnie Roslan on June 13, 2010 at 2:38 PM said...

umo adik tu berapa thn...kira mu ni sbr lgkan...klu ku la..mau tgn ni dah melayang jugak....

ku dulu kecik2 rajin jugak kutip duit yg ats meja makan tu...hehehhe

once ayah ku libas sampai berbirat mmg xde la nk amik dah...tp budak dulu x mcm budak skang...

cuba tnya dia...dia amik sbb apa....bgtau dia klu nk apa2 bgtau...slagi kakak blh bg kakak bg....

klise kan...

SHAKIRA & WAKA WAKA

SuhaNa on June 13, 2010 at 4:48 PM said...

salam Afnie Roslan..

umur adik barru 11 tahun.Itulah,budak zaman sekarang tak macam dahulu,berbeza caranya.Dah tanya kenapa ambil pun tak dijawab.Lebih kepada diam seribu bahasa.

Anak lelaki memang susah betul nak dijaga..betul ke?hurm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers