Posts

Showing posts from April, 2010

Determinants For Attractive Civil Engineering Salary

Image
Factors Determining Civil Engineering Salary Usually the salaries received by a civil engineer will depend on the area of operation where the civil engineer is working and the size and budget of the project or organization. At the same time the experience levels of the engineer will count considerably in determining the salaries since construction works are as much dependent on experience of the implementer as on the qualification and certifications. Civil Engineering Characteristics One of the most important sectors of the engineering field related to infrastructure development, civil engineering personnel are responsible for accomplishment of a wide range of tasks. Problem for any engineer is that in most cases they are not predefined. Environment, transportation, construction of structures, infrastructure development, and many other tasks are performed by the civil engineers. Academic Qualification A person can either go for the traditional academic curriculum or for the online degr...

Sultan Abdul Hamid II..pemerintah yang di fitnah.

Image
Mengenang kembali rentetan sejarah kisah seorang pemimpin yang berjuang demi agama.Akhirnya hayatnya beliau tidak seindah mana,tetapi ganjaran di akhirat kelak yang lebih utama. Mungkin ramai yang masih tidak tahu atau buat-buat tidak tahu mengenai sejarah hitam yang tercalit di dalam lembaran perjuangan menegakkan agama Allah di bumi Turki. Sultan Abdul Hamid dibenci oleh orang ramai sejak di zaman hidupnya.Fitnah besar-besaran telah dilemparkan pada baginda mengatakan bahawa Sultan Abdul Hamid itu digelar Sultan Merah, Pemerintah Kuku Besi, pembazir wang negara untuk kelas piano anaknya dan bermacam fitnah lagi di lemparkan kepada baginda. SULTAN ABDUL HAMID II Sultan Abdul Hamid kedua lahir pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama lengkap beliau adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Beliau adalah putra Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal saat Abdul Hamid berusia 7 tahun. Abdul Hamid dapat berbicara bahasa Turki,Arab, dan Persia. Beliau menyukai membaca...

Kata tidak pada RASUAH!!

Image
Hal yang sering kita perdebatkan dewasa kini adalah mengenai KORUPSI.Tidak kira dalam apa bidang sekalipun,pasti tidak terlepas dari isu ini selagi mana ada tangan-tangan yang cuba menjadikan rasuah ini satu jalan penyelesaian atau sebaliknya. Kebiasaannya kita dapat lihat dengan jelas korupsi ini berlaku di dalam sektor perniagaan mahupun politik khususnya.Dikaburi mata kita bahawa rasuah itu digelar sebagai upah mahupun hadiah atau sebagainya,tetapi hakikatnya biar apa nama sekalipun,bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan hanya menggunakan daun pisang! PENGERTIAN RASUAH Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia (baik untuk memperolehi keuntungan mahupun menghindari kemudharatan) yang sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan. Di dalam sesetengah keadaan,rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa "ini bukan rasuah,tapi upah". Perkataan RASUAH berasal daripada perkataan Arab yang berbunyi AL-R...

Kejayaan melalui kegagalan..

Image
Alangkah manisnya nikmat kejayaan setelah melalui fasa kegagalan. "Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu. Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,..... anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa." Benar,ana dapat merasa kebahagiaan itu.Buat kali ke-2 ana gagal dalam ujian 1.Tetapi kali ini bagi subjek Rekabentuk Konkrit.Kecewa itu tidaklah sangat kerana soalan yang dijawab bukan main susahnya.Mujur ada soalan teori yang banyak membantu. Sukar benar hati untuk menerima, tapi apakan daya kerana ini adalah salah satu subjek wajib bagi kursus yang ana ambil.Sabarlah suhana kerana sabar itu indah! Untuk ujian 2, soalan yang dibuat tidak sesukar soalan ujian 1,tetapi kecewa tetap beraja di hati kerana ana fikir tidak dapat menjawab dengan baik soalan tersebut.Hanya pada Allah bertawakal. "Wah,kau dapat markah paling tinggi test ni," ujar kawan ana. "Kau biar benar,tipulah,"kata ana pula. Lalu kertas...

Ayuh berperang!!

Image
Musim Imtihan kembali bermula.. Ingatan untuk sahabat-sahabat sekalian : 1.Jaga kesihatan itu penting 2. Jaga pemakanan agar tidak ada terlebih atau terkurang. 3. Tingkatkan usaha untuk belajar dengan lebih bersemangat kerana ini adalah terminal terakhir sebelum keluarnya keputusan. 4.Jaga solat dan tingkatkan amalan qiamulail.Sungguh di dewan peperiksaan kelak tidak ada sesiapa yang boleh menolong kita melainkan pada Allah jua. 5. Jaga diri dan emosi dari terlibat perkara-perkara tidak berfedah. 6. Usai imtihan,panjatkan kesyukuran pada Allah kerana diberi kelapangan untuk mengambil menduduki imtihan. 7. Selepas itu berdoa dan bertawakallah pada Allah.Berlapang dadalah dala mmenerima keputusan. SELAMAT MENDUDUKI IMTIHAN UNTUK SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN!!

Usia yang semakin meningkat..

Image
Tepat jam 00.00 am..9 Jamadilawal 1431 Hijrah bersamaan 23hb April 2010 Masehi.. Bertambah setahun usia ana.Ya Allah,moga bertambah usia ini maka bertambah jugalah amalan hamba mu ini. Meniti usia yang semakin menginjak sepatutnya hadir kesedaran diri bahawa diri ini tidak lama lagi berada di dunia.Apakah amalan kita sudah cukup sempurna untuk dijadikan bekal di kehidupan kedua. Diriwayatkan oleh Ath-Thirmidzi dari Anas bahawa Rasulullah bersabda, “Sering-seringlah mengingat kematian, karena sesungguhnya hal itu bisa membersihkan dosa-dosa, dan dapat membuat bersikap zuhud terhadap dunia.” Justeru mengingat kematian itu perlu.Apakah kita tidak betah mendengar bahawa orang yang paling pintar sesungguhnya adalah orang yang paling banyak mengingat kematian. Diriwayatkan oleh Ath-Thabrani dan Ibnu Majah dari Umar bahwa ia berkata, “Ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba muncul seorang sahabat Anshar. Setelah mengucap salam kepada beliau, ia bertanya, “Rasulullah, siap...

Insan istimewa bernama IBU...

Image
Jari perlahan mengetuk papan kekunci.Cuba mencari ayat terbaik untuk disusun bagi kupersembahkan pada insan istimewa dalam hidupku. Biarlah ku hebahkan pada seisi dunia bahawa tika artikel ini ku tulis,air mataku deras mengalir laju mengingatkan insan istimewa yang cukup berjasa pada diriku ini.Tak terbalas dengan segala isi dunia jasamu itu.Hanya pada Allah ku panjat doa moga engkau sentiasa sejahtera dunia dan akhirat. Hari yang berlalu membuatkan aku alpa,bahawa hari ini adalah bermakna bagi insan istimewa. Nasib baik kakak menjadi reminder untuk kami beradik mengingatkan hari untuk insan istimewa.Lantas ku renung jam di dinding.Angka 2.30 pagi.Hendak menelefon mungkin insan istimewa sudah tidur,kepenatan akibat kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan seharian. Mungkin bukan tradisi keluarga ana untuk menyambut hari jadi setiap ahli keluarga.Tapi bila semakin meningkat dewasa,rasa ingin menyambut itu ada bagi menghargai diri insan itu.Bukan mengikut sesiapa tetapi ana bukanlah o...