Mengubah sempadan minda..
Rancangan sudah diatur dengan kemas dan teliti.Sekarang cuma masa sahaja yang perlu ditunggu,tak sabar rasanya menunggu detik itu.Menanti dan menanti dengan penuh kesabaran. Namun,takdir tetap mengatasi tadbir.Walau sehebat mana pun perancangan,Allah lebih baik perancangannya.Akur pada ketentuan,ana membatalkan misi rancangan ke Masjid Negara untuk Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati,menukar haluan ke Kem Herba,Sungai Congkak.Ada tanggungjawab yang perlu ana lunasi di kem tersebut. Matlamat di semat bahawa pergi bukan dengan tangan yang kosong,balik juga bukan dengan jiwa yang kosong.Alhamdulillah,kesudahannya,ana merasakan suatu pencerahan yang sangat baik,ke mana hala tuju selepas ini,apa yang perlu dilakukan,apakah strategi yang perlu dilaksanakan…Segalanya ana dapat untuk tamrin selama 1 hari setengah ini.Maha Suci Allah, benar-benar mengetuk kesedaran pada diri. Bermula dengan slot konklusi Ini Sejarah Kita serta Ghulam Dakwah,memberi semangat pada jiwa anak muda.Bahawa,besarnya peran...