Wednesday, January 19, 2011

Buntu ditambah keliru..


Panjangnya tajuk…

Finite Element Method, Axially Loaded Discontinuous Load Bearing Wall Made of 30% Recycled Coarse Aggregate with 13.3 Slenderness Ratio

Tajuk untuk apa ini?

Tentulah untuk tajuk projek tahun akhir ana.Bukan panjangnya tajuk menjadi isu,tetapi apa yang mahu dikaji itu yang keliru dan buntu.

Sebetulnya tajuk ini supervisor ana yang beri, jadi masih dalam samar-samar lagi apa yang perlu dibuat.Menggunakan LUSAS programme untuk mengkaji LWB (Load Bearing Wall) berdasarkan slenderness ratio tersebut,itu yang ana fikirkan.

Malahan tajuk ini adalah untuk bidang struktur, sepertimana yang kalian tahu ana bukanlah dari bidang ini,tetapi bidang alam sekitar.Terpaksa menadah telinga mendengar butir ceramah yang disampaikan secara ikhlas oleh Timbalan Akademik Fakulti,menjadikan ana seorang yang redha.Pada mulanya membantah juga,kerana diberi supervisor dari bidang struktur,namun akhirnya ana mengalah.Mungkin ini adalah peluang dan kelebihan yang Allah beri untuk ana.

Tambahan pula,ana sudah mencari tajuk untuk projek tahun akhir ini yakni “The effective way how to dispose cooking oil”..Tapi ditolak mentah-mentah oleh supervisor.Tiada kompromi baginya. Dengan penuh hiba,ana mencadangkan tajuk ini pada rakan pula untuk dibuat kajian bagi thesisnya.Alhamdulillah,dia menerima setelah mendapat persetujuan supervisornya.

Sungguh,sebenarnya tajuk yang ana pilih itu adalah untuk bahan kajian yang tidak pernah dibuat lagi di Malaysia.Negara maju seperti Jepun sudah ada cara mereka yakni dengan menjadikan minyak masak itu bertukar menjadi gel,dan kemudian senang untuk dibuang ke dalam tong sampah.Jika kajian ini berjaya,mungkin boleh dijual produk ini kepada umum insyAllah, dan masalah pembuangan minyak masak di negara ini sudah tidak menjadi isu lagi..InsyAllah.. (panjangnya angan-angan kau Suhana!)

Berbalik kepada tajuk thesis ana,sebenarnya ana masih keliru mahu mulakan dari mana. Menjadi masalah kepada seorang pelajar bernama manusia yang tidak jelas matlamat yang mahu dicapai. Pening,buntu,serabut semuanya ada..Perasaan sebegini sangat menggelisahkan ana.

Sudah masuk minggu ke-3, kerja masih di takuk lama.Tidak bergerak-gerak.Sedangkan dateline untuk projek ini semakin hampir.

Rabbi zidnii ‘ilman warzuqni fahman

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu dan berilah aku kefahaman (pengertian yang baik dan fahaman).

Moga ada sesuatu yang berhasil untuk minggu seterusnya.Lelah menjadi penunggu setia,menghadap laptop begitu lamanya dengan fikiran yang kosong tanpa arah tujuan.Oh Allah, janganlah jadikan hari-hari yang ku lalui berlalu dengan sia-sia..

Nota kaki : Keluhan hati seorang manusia yang keliru mencari deskripsi dan matlamat thesis.Kalian,doakan ana berjaya dalam misi ini..InsyAllah..Moga Allah kasih dan redha

3 comments:

zam al-kulimi on January 20, 2011 at 4:22 PM said...

Ini juga salah satu ujian dari Allah swt. Yang penting sentiasa berhajat dengan pertolongan Allah swt. Kalau ikutkan kita memang tak boleh buat apa-apa kerja pun tanpa pertolongan Allah swt. semoga semuanya dipermudahkan untuk menyiapkan thesis anti..

MS Rizal on January 23, 2011 at 12:27 AM said...

Teguran penulisan.


Selepas noktah, elok di 'space'-kan sebelum menulis ayat baru. Barulah ianya nampak sempurna.

Contoh di sini:

a. ...tahun akhir ana.Bukan panjangnya...

b. ...tahun akhir ana. Bukan panjangnya...


pilihan b lebih baik dan sempurna.

Cuba tukarkan ganti nama 'ana' kepada 'saya' supaya lebih mesra pembaca.

SuhaNa on January 26, 2011 at 8:40 AM said...

to zam al-kulimi:

Ameen..insyAllah, syukran akh atas nasihat dan doa.


to MS RIZAL :

InsyAllah..akan perbaiki lagi penulisan.syukran akh atas teguran bermanfaat =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers