Misteri di sebalik URL Blogspot!

Salam a'laikum sahabat-sahabatku sekalian..

Atas dasar kesedaran,mungkin kalian ada yang sudah tahu atau tidak tahu mengenai berita ini.Ana tidak mahu mengulas mengenai isu crocs yang mempunyai kalimat Allah atau sebagainya kerana ramai yang sudah mengulas hal itu di dalam blog masing-masing tetapi adakah kalian sedar atau tidak bahawa url blog ini terdapat satu kemisteriannya...

Oh,apakah yang misteri itu??

Begini..jika kalian menaip alamat url blog ini http://ayam-jihad.blogspot.com, yang akan keluar adalah seperti ini..


Tetapi jika kalian menaip url blog ini http://ayam-jihad.logspot.com, yang akan keluar adalah seperti ini...



Hanya menghilangkan abjad 'b' pada url blog,kita sudah dibawa ke laman dakyah agama lain pula.Jadi,sedarilah bahawa kita sememangnya semakin diasak bertubi-tubi dalam setiap inci.

APA YANG PERLU DILAKUKAN

Maklumat ini ana perolehi hasil makluman rakan blogger ana akh kuntet. Beliau telah menghantar mesej melalui kotak sembang di facebook.Kemudian ana rujuk pula pada entri yang telah dipost oleh cikgu Idris mengenai hal ini.

"Abang,cuba lihat perbedaan ni.Hilangkan abjad b pada url blog,apa akan keluar," ana memberi mesej pada abang.

"Aiyoh,kenapa jadi macam ni?" balas abang ana.

"Itulah,tak tahulah."

"Hurm..sekurang-kurangnya blog aku dah counter balik benda ni,"jawab abang.

Ya! Membuatkan ana terfikir akan sesuatu.

Para pengkhianat ini akan rugi besar jika kita menggunakan sepenuhnya blog ini untuk dakwah Islam juga! Isilah blog kita dengan sesuatu yang pasti merugikan mereka.Tazkirah, motivasi Islam dan sebagainya sepatutnya menjadi keutamaan dalam setiap entri kita.

Mahu menceritakan kisah peribadi di dalam blog itu hak masing-masing tetapi ana cuba menasihatkan diri dan para sahabat sekalian agar setiap entri yang ktia buat,biarlah yang menguntungkan agama kita.Kita diserang,jangan berdiam diri!

Mungkin setelah ada yang membaca berita ini,ada yang mahu menutup akaun blog.Silakan jika di rasa itu yang terbaik.Tetapi jika mahu alternatif lain,mungkin kalian boleh menukar alamat url blog anda dengan dot.tk..tidak ada kaitan dengan link blogspot.

Justeru,jika mahu,berkongsilah hal ini dengan rakan-rakan lain.

Berfikirlah....

TERSEDAR

Ana baru tersedar,dahulu ana juga pernah menaip url blog abang ana.Terlupa pada masa itu apakah alamat urlnya, setelah ditaip yang keluar adalah laman mega bible tersebut.

Ini blog kalian.Apa yang perlu dibuat,fikirkan sebaiknya untuk agama kita.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud..

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu),dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihai orang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama(kamu),dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu,serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahanah 60:8-9)

Comments

ticher ina said…
kalau tukar blogspot tu jadi blogpsot pn pegi ke webpage laen...
Kekunci Merah said…
hrmm..adoi..kenapalah agama kita jd keutamaan pada mereka untuk menindas?kerana Islam itu indah kan?mereka cemburu!!!( betulkan aku kalau silap.)
SuhaNa said…
to ticher ina..

betul juga!

to ruzz..

Inilah ketetapan Allah..yang penting cara kita menghadapinya.. bukan apa yang dilihat tetapi bagaiman kita melihat
Anonymous said…
bende ni dah lama..stakat ni xda plak org yg bleh hack web site tu..kte kene alert tinggalkan link betul2 pastikan xsalah..nanti akan jadi mcm tu..smoaga Allah menghidari kte dari golongan2 tersebut..
SuhaNa said…
to ejum..

Memang dah lama,tapi bagi yang tidak tahu,perlu diberitahu..Moga terhindar dari fitnah
sayda said…
Salam Suhana.

Semoga kita berhati-hati dgn dakyah mereka.

Mudah2an ramai yang mengetahuinya.

Terima kasih atas N3 ini.
Ms. Qhayal said…
nauzubillah..bayam,nk share buleh tak? nk post kt blog aku? sebarkan~~
Noor Fatin said…
takotnyaa..
sbb satu abjad xde, dah masuk page len =,=
SuhaNa said…
to kacamata..

Moga ada tindakan para sahabat yang lain setelah membaca entri ini.Sama-sama..

to aren..

Silakan kongsi,ambillah untuk disebarkan.tiada istilah copy paste dalam berdakwah kan.berkongsi yang membawa keuntungan kepada agama..
SuhaNa said…
to NOOR FATIN..

Jadi,apa tindakan ukh??Mari lakukan sesuatu yang manfaat untuk umat ya!
Noor Fatin said…
sy pnya page pn sama~
dah try buat tadi
kuar mcm awk jugak..wuuu
SuhaNa said…
to NOOR FATIN..

Semua url blog yang menggunakan blogspot akan keluar web tu juga.Bukan blog ana seorang sahaja
Bintu Sazali said…
Salam alaik ya ukhti..MasyaALLAH..tak tau pun ttg menda ni,cz tak pernah godek-godek.
Syukran sangat2 sbb share info ni!

p/s: betullah,ke mana-mana pun,kita sdg dan pasti ditindas!..:'(
SuhaNa said…
to Bintun sazali..

Wa'alaikumsalam..Afwan ukh, hal sebegini perlu disebar kepada umum amnya dan orang-orang islam khususnya..
Pak Yono said…
blog saya bukan blog islami tapi saya akan memerangi logspot yang menindas islam,karna saya juga seorang muslim...!dengan segala cara saya akan menentang logspot.
SuhaNa said…
to mas kuntet...

Silakan mas..tentang habis-habisan yok!
Unknown said…
tq atas n3 ni...
lain kali kena hati2 bg link...
mcm2 mreka buat untuk mnindas islm..:(
SuhaNa said…
to echah mashuri..

sama-sama..be ware dengan setiap hal~
Anonymous said…
musuh2 Islam bekerja secara full time untuk menyebarkan dakyah agama mereka, sedangkan kita umat Islam tidak sebegitu. Jika mereka bekerja full time, mereka akan mendapat hasil yang setaraf kerja full time juga. saya juga mengulas di sini http://arraubi.blogspot.com/2010/04/jangan-salah-taip-url.html
SuhaNa said…
to Hisyam Muhibbah..

Benar tu,seharusnya kita juga bergerak pantas seperti mereka,gerak kerja islam terlalu banyak,mana mungkin kita lewa~

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2