Mencari pelangi hidup...
Anak kecil itu...
Resah kelihatan melalui riak wajahnya.Menghitung detik di jam dinding kelas.Memerhati kawan-kawan lain khusyuk menghadap kertas masing-masing.Anak kecil itu masih gelisah,menoleh sekejap ke kiri,kemudian ke kanan.Kertas yang hampir siap dijawab itu diramas-ramas hujungnya.
Tidak perasan kawannya di sebelah asyik memerhati tingkahnya.Tersedar dia akan sesuatu,keganjilan pada anak kecil itu.
Pensil warna!
Ya,anak kecil itu tiada pensil warna di mejanya.Bagaimana mahu menjawab soalan di kertas tersebut?Tiada pensil warna bermakna tidak habis menjawab soalan tersebut.
"Psst..pssttt..Suhana.."
Anak kecil itu menoleh,melihat siapa yang berbisik memanggilnya.Oh..rakan di sebelahnya..Anggukan kepalanya menandakan dia menjawab bisikan itu.Takut tersedar oleh guru,mungkin akibatnya di tuduh meniru pula.
"Kau tak ada pensil warna ke?Nah guna aku punya dulu,aku tak siap jawab soalan lagi.Nanti kau bagi aku kalau dah siap," kata kawannya menghulur sebekas pensil warna sambil memerhati guru di hadapan yang khusyuk mencoret sesuatu pada buku tebalnya.Buku pengajaran barangkali.
"Err..terima kasih,"jawab anak kecil itu.Segera dia menyudahkan menjawab soalan itu agar kawannya sempat menggunakan pensil warnanya kembali.
Terima kasih kawanku,kerana pensil warna itu.Meski berbelas tahun perkara itu berlaku tetapi tetap tidak akan dilupa oleh diri ini.Seorang anak kecil yang kekurangan peralatan sekolahnya cuma mampu menagih belas pada kawan-kawan.
Hari ini,ana berjumpa kembali dengan rakan-rakan ketika sekolah rendah dahulu.Kenangan lama dikorek kembali,mencungkil memori berbelas tahun dahulu.Tidak kering gusi asyik ketawa dengan keletah rakan.
"Kalau keluar dengan aku,pasti awet muda punya.Asyik nak gelak je.Lepas tu balik rumah terus tidur,penat,"kata Ruzz.
Petang itu,pusat bowling menjadi destinasi kami.Berlawan antara kami,kecoh bukan main. Oh,nasib menyebelahi ana,kerana memenangi semua game.Tidaklah handal,kerana mata penyudah pun agaknya kalau orang lain lihat boleh gelak barangkali.
"Eh,mana perginya Ella?Tadi dia ada kat sini,"tanya ana pada rakan lain.Slip peperiksaan UPSR masih di tangan.Mencari rakan-rakan untuk berkongsi kegembiraan.
"Ye lah,mana pergi dia ya?Jom kita cari,"balas seorang rakan pula.
Setiap pelusuk sekolah kami cari.Di pohon ketapang itu juga kami jumpa.Melihat kesedihan wajah di muka sudah dapat menjawab persoalan di benak kami.Lantas kami menyabarkan hati kawan.Cuba menghidupkan suasana yang lebih mesra waktu kawan kedukaan.
Bila terkenang kembali memori lama,pasti senyum terpamer di wajah.Merindui zaman kecil itu,ketika sama-sama masih mencari pelangi kehidupan.
Lewat petang itu,kami beriadah ke padang polo pula.Sambil menikmati cendol,keropok lekor dan rojak, melihat gelagat orang ramai.Ada yang bermain badminton bersama keluarga,bermain bola sepak,berjongging,bermain layang-layang dan sebagainya.Sungguh indah suasana itu disulami gelak tawa kami kerana berbual kehidupan kami kini.
SAHABAT ITU...
Pepatah pernah berkata..berkawan biar seribu,berkasih biar satu.
Tetapi bagi ana,berkawan biarlah seribu tetapi kualitinya ada.Jangan memandang kawan pada kuantitinya sahaja,kualiti itu perlu.Berkasih lah sebanyak-banyaknya terutama kepada Maha Pencipta,ibu bapa,kaum keluarga juga saudara seagama.
Ungkapan sahabat itu amat bermakna.Sahabat itu adalah mereka yang mengajak kita kepada Allah s.w.t..Siapa sahabat kita mencerminkan siapa diri kita.
“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
Berhatilah-hatilah dalam memilih kawan.
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
Mencari seorang sahabat yang baik sukar atau mudah?Mari kita lihat pesan al-Qamah kepada anaknya..
1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Terima kasih Ruzz kerana pensil warna itu..
Senang bersama kalian..
Bersahabat kita kerana Allah s.w.t..
Comments
mana mungkin dilupa..kalau kau tak menolong aku tak dapat jawab soalan periksa dengan jaya dan pasti markah aku teruk.Namun itu semua atas kehendak Allah jua kan =)
to Cheqna..
Pengalaman mematangkan diri.Tapi kemiskinan tidak menghalang untuk kita terus berjaya dan cemerlang kan =)