Dari Beirut ke Jerusalem...


"The slaughter of unarmed children, women, the aged and the infirm was shocking. For me, I was doubly outraged that I had to discover the truth about a brave and generous people only through their deaths. Until then, I never knew Palestinian refugees existed. As a fundamentalist Christian, I had been a supporter of Israel, hated Arabs and saw the Palestinian Liberation Organisation as terrorists to be loathed and feared."

Extract from the back cover of her book "From Beirut To Jerusalem"


Salam a'laikum sahabat sekalian..

Sebelum kalian meneruskan pembacaan ini,marilah kita menadah tangan memohon doa untuk kesejahteraan saudara kita di Palestin.

Mungkin lewat sedikit cerita ini ingin ana kisahkan,tetapi rasa tidak lengkap kalau ana tidak ceritakan pada kalian tentang buku yang ana paling suka ini.

From Beirut To Jurusalem,sebuah buku karya Dr. Ang Swee Chai. Hampir setahun ana melakukan penjelajahan untuk mencari buku ini, tetapi sayangnya tidak berjumpa.Hinggalah akhirnya pencarian ana berakhir apabila melihat buku ini sudah terjual di MPH Bookstore di Kinta City, Ipoh pada petang Jun 2009.

Terdapat dua versi bahasa buku ini tetapi yang dijual pada waktu itu hanya versi bahasa Inggeris.Jadi ana beli juga kerana sudah lama ana mencari.Mendengar tajuk buku ini sahaja sudah tentu kalian boleh mengira kisahnya pasti mengenai dunia Palestin serta Israel. Sudah banyak sebenarnya buku yang ana baca mengenai Palestin ini tetapi membaca buku ini seakan-akan ana turut berada di lokasi tragedi. Buku ini adalah mengenai kisah benar,seorang sukarelawan yang sanggup bersabung nyawa demi masyarakat Palestin.

TRAGEDI KEM SABRA DAN SHATILA

Air mata senang sahaja mengalir apabila membaca mengenai tragedi yang berlaku di Kem Sabra dan Shatila 1982, seperti yang diceritakan oleh Dr. Ang Swee Chai sangat meruntun hati. Bagaimana sedari awal mereka dikepung,kaum lelakinya dibunuh, kaum wanitanya pula dirogol sebelum dibunuh,meski wanita itu walau seorang nenek tua tetap tidak terkecuali!

Kemudian senang sahaja alasan rejim Yahudi laknat itu mengatakan menyerang kem Sabra dan Shatila kerana ingin menghapuskan pengganas.Kalau kalian membaca buku ini pasti kalian tahu apa yang sebenarnya berlaku,dari awal serangan hingga ke saat masyarakat di kem tersebut di sembelih dengan kejam sekali!

Buku ini memuntahkan segala fakta yang pastinya kita tidak akan dapat di mana-mana media sekalipun.Fakta dari seorang sukarelawan yang sanggup mengorbankan nyawa meskipun beliau tiada pertalian agama waima saudara pun.


Dr Ang Swee Chai talking at a London Mosque.
(Out of respect for Islam she wore a head scarf in the Mosque)

Sukarelawan juruunding ortopedik yang dilahirkan di Ayer Hitam Pulau Pinang ini bertugas di Hospital Gaza menyaksikan sendiri kejadian penyembelihan manusia itu melalui ungkapan ini ;


"Saya masih ingat bagaimana saya mula-mula tiba di Sabra dan Shatila sebagai seorang penganut kristian fundamentalis yang berprasangka dan megah.Saya mempercayai kebaikan negara-negara Kristian Barat dan kebenaran negara Israel.Saya menyangka saya arif tentang kitab Injil dan Tuhan berada di pihak kami."

"Namun pada pagi 15 September,Tuhan mencabut rasa megah dan menebal di hati saya.Saya disuakan dengan timbunan jasad yang bergelimpangan di Sabra dan Shatila...Mereka dipukul dengan kejam,diikat dengan wayar,mata mereka dikorek,wanita dirogol secara bergilir-gilir, dan kanak-kanak dibom hidup-hidup..Sebagai manusia,seluruh dunia saya runtuh, di manakah hati nurani manusia? Saya terselamat, tetapi berasa seperti telah mati."

Atas kesedaran itulah,Dr. Ang nekad untuk terus menghulur bantuan menjadi sukarelawan di bumi Palestin itu. Medical Aid for Palestinian (MAP) sebuah badan pertubuhan bantuan perubatan yang ditubuhkan oleh Dr. Ang dan suaminya Francis Khoo serta beberapa orang teman-temannya. Badan pertubuhan ini sehingga kini sangat di hormati berikutan keberanian para sukarelawannya dari serata dunia bersabung nyawa demi memberi bantuan di setiap kem pelarian.

Pada 1987,Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) Yasser Arafat menganugerahi Dr. Ang pingat tertinggi Palestin iaitu Bintang Palestin, bagi kerja-kerja dan sumbangan beliau kepada rakyat Palestin.

Tabik kepada Dr. Ang kerana insan ini sanggup mengenepikan sentimen politik,kaum,agama dan bangsa dapat membantu rakyat Palestin yang teruk menderita.

Kisah ini patut diambil pengajaran buat rakyat Malaysia khususnya....

BINGKISAN DARI SEBUAH BUKU...



[13:15] Gaza Hospital in Beirut, inside the Sabra-Shatila refugee camp


[28:10] There were orphans every where and as you walk around you see children standing in front of walls with bullet holes, where their families were lined up and killed.


[41:00] In 1987 we were still working in Shatila, but Shatila camp has become like that [photo]. 1987 was also the United Nations international year of shelter, so 100s of resolutions were passed about how everyone has a right to a home but it by-passed the Palestinian people. The refugee camps were destroyed - not rebuilt, people lived in this and when the rains fall the whole lot collapsed and all of them had to be evacuated in to...


[28:35] Children without homes - there is no where to go for the coming winter


SUMBER RUJUKAN :

1. From Beirut to Juresalem
2. Dewan Masyarakat

Comments

sayda said…
Salam Suhana.

Belum pernah membaca buku ini, betapa penindasan kejam zionis Israel kepada penduduk Palestin. Apa yang dapat kita lakukan berdoa, dan jika ada kesempatan kita beri sumbangan,

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
SuhaNa said…
wa'alaikumsalam kacamata..

itu yang termampu,tapi teringin menjadi sukarelawan mambantu saudara di Palestin seperti Dr. Ang
Mesintaip: said…
Pernah jumpa buku ini. Insya Allah lepas ni kalau masih jumpa akan beli sebagai simpanan.

"Ya Allah, selamatkanlah al-Aqsa kami"
SuhaNa said…
semoga berjumpa lagi buku ni akhi.Rasanya sudah diulang cetak beberapa kali,cover buku pun dah baru.
Dakjaat said…
seperti yg saya katakan di blog.. hal2 sebegini tidak akan mendapat perhatian daripada bloggers.. hmm.. palestine2... kalau boleh, mengalah sajalah.. masuk ke mesir.. kumpulkan kembali kekuatan.. bila tentera sudah ramai.. gempur kembali tanah air mereka...
shuhaida said…
hanya doa yang mampu ku titipkan padamu wahai Palestin bumi para anbia...
baru baca muka surat ketiga kot buku ni....huhu~lemah english.nak baca sampai habis.bawa balik buku ni nanti ye kakakku..
SuhaNa said…
to Dakjaat : salam a'laik... sekurang-kurangnya sebagai seorang blogger ana punya masih tanggungjawab untuk menyebarkan kepada umum daripada tiada sebarang sumbangan langsung.Penulisan ana ini bukan sekadar untuk mempopularkan blog atau menaikkan rating tetapi atas dasar tanggungjawab kemanusiaan itu ada,maka laman blog ana ini perlu ada mesej sebegini..
SuhaNa said…
to shuhaida : insyAllah kalau rajin nanti bawak balik,tapi seeloknya pergi lah cari yang versi melayu kalau kurnag faham versi English
fitri said…
saya pernah jumpa buku ni kat library...insyaAllah akan di cari...kisah di palestin amat meruntun hati..walaupun xde pe yg mampu sy buat melainkan doa yg dipanjatkan, sy tetap akan amik tahu pasal mereka supaya dpt sy ceritakan pd yg len...
SuhaNa said…
to fitri..

Doa itu adalah sesuatu yang amat bererti untuk saudara seagama kita di palestin.Perlu kita yagn mengetahui menyebarkan pada yang kurang peduli tentang isu ini

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2