Aksara pencorak hidupku...


"Nah ambil buku ni,"kata abang ana sambil menyerahkan beberapa buah buku kepada ana.

Banyak buku yang dibawa pulang.Tetapi buku yang bercampur warna hijau tua dan muda itu menarik perhatian ana.Aksara pada buku ini cukup menarik minat untuk terus menyelak helaian demi helaian di dalam buku ini.

AJAIBNYA SEDEKAH : SEMAKIN SEDEKAH SEMAKIN KAYA...begitu judul buku ini.Penulisnya MUHAMMAD MUHYIDIN,mempunyai 171 helaian muka.Diterbitkan oleh PTS MILLENIA SDN BHD dan berharga RM 11.90 untuk jualan di semenanjung.

Menarik bunyinya bukan?Bagaimana dengan bersedekah mampu membuatkan kita semakin kaya sedangkan jika dilihat pada mata kasar ia tidak selari dengan hukum ekonomi moden.Membacanya cukup memberi kita perspektif yang berbeza mengenai ibadah bersedekah ini.

Semakin banyak yang dikeluarkan tanpa kepentingan,semakin bertambah pendapatan dan semakin kaya.Buku ini membicarakan mengenai keajaiban dan mukjizat sedekah khususnya dalam meningkatkan kekayaan dan kebahagiaan.Ia juga memberikan penjelasan mengenai hubung kait antara sedekah dan rezeki dalam satu rumus matematik sedekah.Ia juga menjelaskan mengenai mukjizat sedekah dalam menghindar penyakit dan memanjangkan usia.

REHLAH JIWA

Percaya atau tidak,ana sendiri mengalaminya.Bagaimana dengan bersedekah,mampu menjadikan ana tidak miskin.Bahkan setelah membaca buku ini,semakin berkobar jiwa untuk terus beramal dengan ibadah ini.

Kisahnya apabila ana sudah kehabisan wang perbelanjaan semasa pengajian.Duit untuk makan lagi,duit minyak motor,duit untuk membayar fotocopy nota lagi.Buntu ana untuk mencari sumber kewangan.Tika sedang berfikir itu tiba-tiba ana mendapat mesej dari abang ana.Katanya dia sudah memasukkan duit ke dalam akaun bank ana.Pause seketika cerita ini.....

Tentu kalian terfikir,sama ada ana meminta bantuan ahli keluarga atau tidak untuk menyelesaikan masalah ini.Jawapannya TIDAK sama sekali.Bukan niat mahu meminggirkan keluarga tetapi kondisi keluarga ana yang kurang mampu membuatkan ana rasa tidak mahu menyusahkan mereka.Saat abang ana menghantar mesej itu,sujud syukur ana pada Allahurabbi, mengalir air mata tatkala itu kerana Allah menunjukkan jalan pada hamba-Nya.

Bukan itu sahaja,kawan ana pula sangat bermurah hati untuk belanja ana makan.Saat itu rasa syukur diri ini pada Allah sangat melangit tinggi.

Apa kaitan cerita ana ini dengan ibadah bersedekah?Bukan niat mahu menunjuk tetapi marilah kita ambil ibrahnya bersama.Setiap kali ana mendapat duit pinjaman pengajian,perkara pertama ana akan buat adalah bersedekah,tidak kira pada sesiapa.Malahan,wajib bagi ana untuk belanja makan bagi kawan-kawan dan juga keluarga.

Atas keyakinan rezeki itu milik Allah,maka ana tidak ada rasa risau jika duit di poket hanya ada RM2 sahaja.Yakin,pasti rezekimu akan tiba dengan berusaha dan bersedekah pastinya.

Banyak lagi sebenarnya kisah yang ingin dikongsi,tetapi biarlah menjadi kisah peribadi. Sungguh dengan bersedekah itu mampu membuatkan hati rasa bahagia dan semakin tenang.

Jangan disempitkan ruang pemikiran kita dengan mengaitkan bersedekah itu dengan hanya menghulur duit sahaja.TIDAK!...Ada seribu satu cara untuk bersedekah asalkan niat itu hanya pada Allah s.w.t

Dengan menghulurkan senyuman yang manis itu sedekah, membantu orang yang dalam kemalangan itu sedekah, mengajar kawan-kawan tentang masalah pembelajaran itu sedekah,bertahmid,bertasbih dan bertakbir itu juga sedekah.Kalian lihatlah skop ibadah sedekah itu dengan ruang yang lebih lebar.Jika dilihat,maka tidak ada alasan untuk seorang mukmin itu tidak bersedekah!

RENUNGAN BERHIKMAH

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata,ada tujuh orang yang mendapat naungan Allah pada hari yang tidak terdapat naungan kecuali naungannya iaitu hari kiamat.Tujuh orang itu adalah :

1. Raja yang adil

2. Pemuda yang rajin beribadah pada Allah

3. Orang yang hatinya selalu berpaut pada masjid

4. Dua orang yang saling menyayangi semata-mata kerana Allah,bukan kerana dunia.Mereka bersama dan berpisah kerana Allah.

5. Orang yang digoda oleh wanita cantik dan berkata "Aku takut pada Allah"

6. Orang yang bersedekah dengan bersembunyi hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.

7. Orang yang mengingati Allah dalam kesunyian hingga menitiskan air mata.

Ayuh renungi kalam Allah ini yang berfirman :

"Bersegera kamu memohon keampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang -orang yang bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya baik pada waktu lapang mahupun sempit,dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain.Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan" (surah Ali Imran :133-134)

Bersedekahlah..kerana dengan bersedekah anda semakin kaya jiwa,kaya sahabat,waima kaya harta insyAllah.....

Comments

qamarguyz said…
salam ziarah..
Alhamdulillah, satu buku yG cukup menarik, disulami dengan ibrah yG baik..bagus penulisan enti..syukran atas penyertaan..
sem0ga berjaya =)
SuhaNa said…
wa'alaikumsalam akhi..
Syukran,moga dapat diambil pengajarannya bersama =)
Cheqna said…
Assalamualaikum Ana..

Alhamdulillah..a good reminder.
SuhaNa said…
wa'alaikumsalam cheqna..ingatan untuk kita bersama juga..syukran lawat blog ana :)
Bintu Sazali said…
Subhanallah...mmg byk ibrahnya kat sini..Mabruk alaik ya ukhti!..:)
SuhaNa said…
to Bintun Sazali..

Kadang-kadang pengalaman merupakan guru terbaik untuk diri kita. Tiada daya melainkan pertolongan dan kehendak Allah juga. Syukran ya ukhti.. =)

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2