Menguap itu dosa atau pahala?


"Kau menguap,tutuplah mulut tu!" marah seorang rakan.

"Arghh..ikut sukalah,mulut aku bukan mulut kau,"balas kawannya pula.

Sedikit perkongsian ilmu, bukan ilmu cara-cara menguap tetapi mari kita renungkan bersama, Islam itu hadir untuk mendisiplinkan manusia dengan adabnya yang cukup indah. Sekecil-kecil perkara seperti menguap juga ada adabnya, bahkan ada hukumnya yang perlu kita ambil tahu.

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi )

Hukumnya kita bahagikan kepada lima yakni wajib, haram, harus, sunat dan makruh. Apakah kondisi yang jatuhnya hukum tersebut.Mari kita telusuri bersama.

1. WAJIB
Sekiranya kita tidak menguap,boleh mengakibatkan kita jatuh sakit seperti sakit kepala atau sebagainya, justeru wajib kita menguap.Sebagai contoh jika kita terlalu mengantuk dan rasa ingin menguap,tetapi kita tahan rasa menguap akibat malu (dalam kes keramaian yang ramai orang) sehingga boleh memudaratkan kesihatan (sakit kepala,pengsan dan sebagainya), maka wajib untuk kita menguap. Ertinya jika kita melakukannya kita mendapat pahala, meninggalkannya akan mendapat dosa!

2. HARAM
Sekiranya kita menguap adalah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Contohnya kita dengan sengaja menguap ketika menghadiri ceramah atau kelas untuk memberi tanda bahawa kita benci dan bosan dengan keadaan tersebut. Seakan-akan menyuruh penceramah segera berhenti dan beredar dari situ. Justeru haram hukumnya bermakna melakukan kita mendapat dosa, meninggalkannya kita mendapat pahala.

3. HARUS
Menguap harus hukumnya dengan mana-mana posisi tubuh. Harus menguap dengan gaya apa sekalipun waima baring,duduk mahupun berdiri.

4. SUNAT
Apabila kita melakukan denga cara Rasulullah s.a.w yakni dengan cara membaca taawuz dan menutup mulut. Sunat hukumnya dan sangat digalakkan yakni dengan cara ini keindahan ajaran Islam itu sendiri terserlah.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan.[Riwayat Muslim]

5.MAKRUH
Makruh ertinya meskipun tidak jatuh haram hukumnya tetapi tidak disukai Allah. Walaupun tidak berdosa tetapi eloklah dielakkan kerana meninggalkannya mendapat pahala.Contohnya kita menguap dengan mulut terbuka lebar tanpa menutupnya. Sangatlah tidak sopan, tidak melambangkan keindahan, bukankah Allah itu sukakan keindahan!Bukan sahaja tidak disukai Allah,malahan dicela pula oleh orang.Nah, elakkannya kawan-kawanku..

Jadi,berhati-hatilah ketika kita ingin menguap kerana mungkin rasa menguap kita itu akan mengakibatkan kita mendapat dosa atau pahala.

Comments

Artzlizan said…
terima kasih...ilmu..ilmu
.:cEmmAh:. said…
jom hati-hati bersama..
SuhaNa said…
princeduyong & hafis ismi: sama-sama :)

cemmah : jom bersama berhati..

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2