Inilah yang setimpal dengan usaha....
Alhamdulillah..bersyukur pada Allah s.w.t kerna dengan limpah kasihNya,kita masih diberi kesempatan untuk terus menikmati kehidupan dan terus melakukan amalan.
Dari semalam tidur tidak lena,menanti detik menunggu hari perkahwinan lagaknya.Namun bukan itu kisahnya, menunggu detik keputusan peperiksaan keluar.Penantian itu satu penyeksaan bak kata pujangga.
Pagi ini ku mulai dengan tenang,tetapi menginjak ke angka 12 hati makin berdebar.
"Mesyuarat Senat sudah selesai,maknanya keputusan sudah boleh dilayari sekarang."
Hati melonjak mahu melakukan,tetapi tidak sampai tafsiran maklumat itu ke otak untuk digerak. Resah, gelisah, berdebar-debar,seram-sejuk semuanya bersatu dalam nafas yang padu. Bukan tidak pernah menunggu detik keputusan peperiksaan keluar tetapi semester ini istimewa sedikit,kerana buat pertama kali tidak ada peratus keyakinan langsung setiap coret jawapan yang dilakar itu betul. Mungkin negatif tahap peratusan untuk betul. Kerna itu,wajar untuk ana berasa resah sebegini.
Akhirnya tangan bergerak mencapai laptop dan cuba melayari gerbang maklumat pelajar. Tekan,tekan,tekan dan tekan...refresh,refresh lagi...Namun keputusannya hampa.Tetap server busy.
Sabar wahai diri..Cuba lagi..dan alhamdulillah..akhirnya setelah cubaan ke-seribu (anggaran je) berjaya melihat untuk keputusan.
Wahhhh....hati melonjak girang,berbunga-bunga ibarat ada taman di dalamnya.Sujud syukur ku padaMu Ya Ilahi,memuaskan keputusan yang diterima.Keputusan bersih tanpa ada unsur-unsur penipuan selama belajar. Alhamdulillah, siang malam ku berdoa padaMu akhirnya Kau makbulkan doaku..
Berpuas hati???Mungkin itu sepatutnya.tetapi sudut kecil hati mula berkata tidak cukup sekadar berpuas hati dengan keputusan sebegitu.Ahhh...ku pekakkan telinga,cuba bermuhasabah kembali.
Tatkala teman-teman riang dengan keputusan yang cemerlang tetapi diriku sekadar berpuas hati dengan keputusan yang biasa-biasa sahaja.Aduh..manusia apa kau ni Suhana,seakan tiada motivasi untuk terus maju!
Tidak..bukan tidak bermotivasi.Diri cuba membantah.Ini lah yang setimpal dengan usaha.Akan kuperbaiki lagi semester depan.InsyaAllah.....Diri bukan lemah,tetapi ku pasrah menerima segalanya kerana setiap kejadian itu ada hikmahnya....
p/s : Pada kawan-kawan sekalian,tahniah atas keputusan yang cemerlang.Terus kekalkan momentum anda dan insyAllah ana akan mengejarnya juga semester depan untuk mencapai kejayaan seperti kalian.
Comments
http://cintahatikamu-novelonline.blogspot.com
Wahhh gaya penulisan saudari didalam entri ini sangat baik..
berbunga-bunga?Haaa patutlah dia punya blog pun berbunga-bunga.Hhuhuhuh
wslm
Mesintaip : syukran akhi.InsyAllah itu yang ana cuba terapkan,belajar bukan hanya untuk lulus peperiksaan sahaja.