Misi kemanusiaan yang menjadi tawanan...


Kejam!

Serangan Israel terhadap misi kemanusiaan yang cuba dihantar terhadap penduduk di Gaza adalah sangat tidak berperikemanusiaan. Atas alasan apa manusia yang tidak punya senjata diserang sebegitu rupa. Tika kisah ini ana catat, menyirap rasa hati, bergelodak jiwa. Andai ku dapat memegang senjata....

Musibah yang melanda memberi peringatan kita. Tidak akan ada sesuatu yang berlaku hadir tanpa ada hikmahnya yang tersendiri. Kekejaman yang dilakukan memang tidak boleh disangkal lagi kerana sememangnya kaum Yahudi adalah kaum paling bongkak sekali. Dikutuk di dalam al-Quran bahkan dalam kitab-kitab lain.

Sedarlah kita, jangan sekadar berita ini menjadi seperti hangat-hangat tahi ayam sahaja. Panas seketika kemudian hilang begitu sahaja. Sedangkan kekejaman Israel terhadapa penduduk Palestin itu sentiasa berterusan. Ambillah pengajarannya. Inilah masa untuk kita sedar dan bangkit dari lena yang panjang.

Isu ini tidak akan selesai sehinggalah kita sendiri sebenarnya menyedari bahawa kita sebenarnya seharusnya menggalas tanggungjawab untuk turut membebaskan bumi al-Quds. saat kita meratapi umat Palestin di sana, ratapilah juga nasib umat kita di bumi Malaysia ini yang kian teruk dilanda badai hedonisme.

Andaikan Palestin itu adalah Malaysia,adakah kita sanggup bertahan seperti mana mereka mempertahankan al-Quds?

Fikir-fikirkan sejenak,apa sumbangan kita untuk negara khususnya dalam membantu umat Islam. Iringkan doamu untuk kesejahteraan umat dalam setiap untaian doamu. Sungguh doa itu adalah senjata ampuh umat Islam.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
(Al Anfal 8:45)

DOA QUNUT NAZILAH

Maksudnya “ Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan
Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari
Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami
memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak
mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka
kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana
azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah
segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara
kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka
kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah
Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami
dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya
melainkan Engkau, ya Allah.”

Comments

samalah kite berdoa akan keganasan ini tidak berterusan.. semoga Allah melindungi kita smua... amin
SuhaNa said…
miss izah & ahmad tajudin : insyAllah.. :)
sayda said…
Salam Suhana.

Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan di sana dan di negara kita juga. InsyaAllah.
SuhaNa said…
wa'alaikumsalam kacamata..

benar tu,jgn dilupa yang didalam negara juga..
Cheqna said…
Assalamualaikum, semoga misi berjaya walau bagaimanapun caranya..dan semoga sukarelawan semua selamat..

amin to d doa..
Pacifist said…
memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup
Pacifist said…
Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.
SuhaNa said…
salam pacifist..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka hingga setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, ke marilah dan bunuhlah dia.’ Kecuali(pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
SuhaNa said…
to Cheqna :

Wa'alaikumusalam.. Allahumma amin untuk doa

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2