Anda bijak?Jauhi zina...


Moga hari yang kita lalui masa ini adalah lebih baik dari semalam.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW

Ayuh kita bermuhasabah sehari-hari.Apakah amal baik yang kita mahu lakukan pada hari ini?Adakah kita bisa membiarkan hari yang kita lalui tanpa sedikit amal yang boleh memberatkan neraca kebaikan kita di padang mahsyar kelak?

Ana mempunyai rasa tanggungjawab di sini,yakni untuk berkongsi sedikit ilmu bersama para sahabat yang kucintai kerana Allah sekalian.

Seringkali apabila membicarakan berkenaan zina,apakah yang terus menerpa pemikiran anda? Adakah terus kepada zina melalui persetubuhan?Nah, inilah silap kita. Perlu kita ketahui bahawa sesuatu perkara yang besar bermula dari yang kecil. Api yang marak membakar adakah terus menjadi api besar?Tidak..pasti bermula dari api yang kecil kemudian menjadi api besar yang bisa memusnahkan apa sahaja yang dikehendaki Ilahi.

Begitu juga zina.Sebelum tiba kepada zina yang paling besar yakni persetubuhan yang berlaku,perlu melalui yang kecil-kecil dulu.Bagaimana itu?Sudah ana ceritakan melalui kisah yang ana postkan pada entri lalu yakni bertajuk CINTA ISLAMIK..

Malahan,perlu kita renungi hadis ini...

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,Nabi S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina.Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj(kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."

Hadis kedua;Daripada Abu Hurairah r.a.,dari Nabi S.A.W sabdanya :

"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan.Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Dua mata,zinanya memandang.Dua telinga,zinanya mendegar.Lidah,zinanya berkata.Tangan,zinanya memukul.Kaki,zinanya melangkah.Hati,zinanya ingin dan rindu,sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."

Begitu terperinci apa yang Nabi S.A.W terangkan.Ya Allah,hindari diri kita dari zina.Kerana Allah s.w.t telah berfirman..

"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Al-Israa':32)

Apa yang ana ingin mengingatkan bahawa gaya hidup kita pada hari ini.Renungi bersama,adakah gaya hidup kita pada hari ini semakin menghampiri zina?

Bercinta tanpa syariat,bercouple dan sekumpulan dengannya adalah trend remaja kini.Beruntung pada siapa yang terpelihara,merugi pada yang tidak menjaga.Gaya hidup sebeginilah yang menghampiri kepada zina,malahan sudah berlaku zina seperti mana hadis Nabi S.A.W tersebut.

Cinta itu fitrah manusia.Islam tidak menghalang umatnya untuk bercinta.Tetapi letaklah cinta kalian di tempat paling agung yang mampu membawa kalian hingga ke syurga.Fikirkan bukan cinta hingga mati,tetai bercintalah sehingga anda dibangkitkan kembali,kemudia diberi pembalasan nanti,waima pembalasan baik atau buruk.

Jika hari ini kalian sudah membelakangi Allah dengan cinta kalian,bagaimana mahu bercinta hingga ke syurga?

CABARAN HARI INI

"Aku tengok budak-budak sekolah semakin teruk.Hari tu,aku berborak dengan guru disiplin berkenaan pelajar sekolah di situ,astaghfirullah..Cikgu tu kata,susah jadi cikgu sekarang.Budak-budak semakin teruk sekarang.Tingkatan 1 pun sudah pandai berzina,macam mana lah tu," ujar abang lewat petang itu.

Ya,memang diakui dan ana amat takutkan itu.Manakan tidak,bahana cinta ini cukup hebat.Sanggup menggadaikan segala-galanya hatta agama hanya kerana mengejar cinta. Moga terpelihara diri kita dari bahana cinta tanpa restu Ilahi ini.

Wahai sahabat dan adik-adikku sekalian.Banyak hikmah yang kita perolehi jika kita memelihara diri.Sehingga sekarang ana masih berpegang pada janji Allah di dalam firmanNya

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)." (An-Nuur:26)

Jadilah wanita dan laki yang baik yang berpegang pada syariat Ilahi.Bersabarlah sementara,tidak lama.Jodoh itu pasti tiba bila jiwa sudah bersedia.

MENONGKAH ARUS



"Eh,kau tak ada pakwe?Tipulah kau takde,"tanya kenalan lama.

"Tak adalah,tak perlu pun.Untuk apa ada pakwe?Satu kewajiban ke?"ana menyoal kembali.

"Tidaklah,kalau takde,nanti orang kata tak laku pula,kena lah cari jodoh dulu,lepas tu tak payah nak fikir cari jodoh dah bekerja nanti.Masa tu pening kepala.Lagipun kena lah kenal pasangan dulu untuk tahu serasi atau tidak,"jawab kawan.

"Hurm...biarlah orang kata aku tak laku,asal Allah sentiasa memandang aku yang tak laku dek pandangan orang.Mengenai jodoh,memang kita perlu berusaha,tetapi berusahalah dengan cara keredhaan Allah.Adakah bercouple itu diredhai Allah?Kau boleh jawab sendiri kan.Segala-galanya Allah sudah tetapkan,jadi aku kira,aku punya wali yang mampu mencarikan,di samping aku berusaha dan berdoa.Serasi atau tidak,apalah gunanya adat bertunang?Bukankah bertunang itu adalah sesi taaruf antara kita dan pasangan?Kalau sesuai,teruskan,kalau tidak putuskan.Sebab itu Islam menganjurkan bertunang jangan terlalu dihebohkan,cukup sekadar yang perlu mengetahui.Malahan bertunang bukan tiket untuk kita bebas keluar berdua.Ada caranya.Jangan terlalu mengikut orang,tidak semestinya apa yang orang buat itu betul,mereka mungkin tidak mengetahui saja,"panjang lebar ana jawab soalan kenalan itu.

Terdiam kenalan,berfikir barangkali.

Bukan diri ini tidak pernah dirisik untuk dijadikan kekasih,tetapi iman memelihara diri.Sedari sekolah rendah sehingga zaman universiti kini,ujian sebegini tidak pernah lari.Kerna ana memelihara cinta hanya untuk yang selayaknya kelak.

Dipuja oleh lelaki atau wanita?Wah..anda kelihatan hebat barangkali.Tetapi jangan kita lemas dalam pujaan itu,kerna bisa menjadi fitnah pada diri.

Biarlah kita menongkah arus,menjadi suci dalam debu..kerana apa yang dicari adalah redha Ilahi di sebalik kelemahan diri..

Anda bijak?jauhi zina....


Comments

Unknown said…
ya..sy bijak sbb jauhi zina..heheh
amin....
Kekunci Merah said…
salam su.

ana punya pacar.tapi pacar ana bukan berhampiran ana.ana menyayanginya selayak mana kita menyayangi sesama islam.ana tidak mengagungkan cinta kami.tidak pula memikirkan cinta kami hingga ke mati.tetapi tidak pula ana bercinta sekadar mengikut laku-laku remaja sekarang tanpa memikirkan tujuan. ana masih menilai dan mencari.seronok bila disayangi dan diberi perhatian. mungkin lebih dikira sebagai teman rapat. apa ana merepek ana pun tak pasti.yang ana pasti,antara ana dan dia mungkin ada sayang tapi bukan cinta. dan ana berusaha bercinta tanpa zina.doakan ana yea.
SuhaNa said…
to echah..

alhamdulillah...amin..moga dikurnia jodoh yang baik-baik yok =)

to ruzz...

kepada sahabatku yang kucintai kerana Allah s.w.t..

Aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang semuanya mempunyai pacar,tetapi kenapa aku tidak terpengaruh?Kerna kita harus berfikiran jauh bukan. Memang aku akui,dijaga,dikasih itu sangat seronok.Tetapi apalah kiranya seronok itu jika redha Allah jauh dari kehidupan ini.

Ingatlah apa yang Nabi S.A.W sabda, dosa itu adalah apabila hati merasa gundah dan tidak tenang.Tetapi apabila kau merasa melakukan sesuatu perkara yang tidak diredhai Allah itu hatimu tidak merasa apa-apa,ketahuilah bahawa tika itu banyaknya titik hitam dalam hati kita yang perlu dibasuh dengan tangisan taubat.

Aku doakan moga dirimu terpelihara dari sebarang bahana =)
Kekunci Merah said…
terima kasih sahabat..doakan aku ye..
SuhaNa said…
afwan...tiada daya melainkan pertolongan Allah jua
Noor Fatin said…
salam suhana~

dlu saya penah couple dgn sorg lelaki.
agak lama slpas tu, dia ajak melakukan zina. katanya, itu sbg bkti cintaa..
tapi sy xnak. sy tggalkan dia trusss~

cinta tak perlu dibuktikan dgn zina kan??

:) nice post
SuhaNa said…
to NOOR FATIN..

Astaghfirullah..Hindarilah apa-apa sahaja yang menghampiri zina ya!
cinta x perlukan pengorbanan tapi pada ana perlukan keserasian,kesefahaman, n kejujuran dalam sesebuah ikatan.

su,wlpn kamu tiade pacar or boyfriend or pakwe ana lihat kamu sgt2 bahagia bersame kami.kn ruzz kn.

kami sentiasa bersama kamu.
SuhaNa said…
to ella...

sahabatku yang kucintai kerana Allah

Aku lebih berbahagia menjadi sebegini kerna aku percaya jika aku memelihara cinta ini,insyAllah Allah akan memelihara aku jua..

Kamu berdua memang kawan aku yang kucintai kerana Allah
Noor Fatin said…
ya suhana
mama saya selalu ingatkan.
alhamdulillah, setakat ni saya masih ada iman..xpenah terfikir pun nak buat.. xnak memalukan keluarga. xnk berdosa besar..

amin:)
SuhaNa said…
to NOOR FATIN...

Setiap insan punya iman,tetapi mantapkan iman itu lebih jitu ya!

Popular posts from this blog

Lulus untuk temuduga Professional Technologist, MBOT

GrEP MARA: PART 3

GrEP MARA : PART 2