Wednesday, June 30, 2010

Anda bijak?Jauhi zina...


Moga hari yang kita lalui masa ini adalah lebih baik dari semalam.

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW

Ayuh kita bermuhasabah sehari-hari.Apakah amal baik yang kita mahu lakukan pada hari ini?Adakah kita bisa membiarkan hari yang kita lalui tanpa sedikit amal yang boleh memberatkan neraca kebaikan kita di padang mahsyar kelak?

Ana mempunyai rasa tanggungjawab di sini,yakni untuk berkongsi sedikit ilmu bersama para sahabat yang kucintai kerana Allah sekalian.

Seringkali apabila membicarakan berkenaan zina,apakah yang terus menerpa pemikiran anda? Adakah terus kepada zina melalui persetubuhan?Nah, inilah silap kita. Perlu kita ketahui bahawa sesuatu perkara yang besar bermula dari yang kecil. Api yang marak membakar adakah terus menjadi api besar?Tidak..pasti bermula dari api yang kecil kemudian menjadi api besar yang bisa memusnahkan apa sahaja yang dikehendaki Ilahi.

Begitu juga zina.Sebelum tiba kepada zina yang paling besar yakni persetubuhan yang berlaku,perlu melalui yang kecil-kecil dulu.Bagaimana itu?Sudah ana ceritakan melalui kisah yang ana postkan pada entri lalu yakni bertajuk CINTA ISLAMIK..

Malahan,perlu kita renungi hadis ini...

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,Nabi S.A.W bersabda :

"Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina.Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Zina mata ialah memandang.Zina lidah ialah berkata.Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj(kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti."

Hadis kedua;Daripada Abu Hurairah r.a.,dari Nabi S.A.W sabdanya :

"Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan.Tidak mustahil dia pernah melakukannya.Dua mata,zinanya memandang.Dua telinga,zinanya mendegar.Lidah,zinanya berkata.Tangan,zinanya memukul.Kaki,zinanya melangkah.Hati,zinanya ingin dan rindu,sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti."

Begitu terperinci apa yang Nabi S.A.W terangkan.Ya Allah,hindari diri kita dari zina.Kerana Allah s.w.t telah berfirman..

"Dan janganlah kamu mendekati zina;sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk" (Al-Israa':32)

Apa yang ana ingin mengingatkan bahawa gaya hidup kita pada hari ini.Renungi bersama,adakah gaya hidup kita pada hari ini semakin menghampiri zina?

Bercinta tanpa syariat,bercouple dan sekumpulan dengannya adalah trend remaja kini.Beruntung pada siapa yang terpelihara,merugi pada yang tidak menjaga.Gaya hidup sebeginilah yang menghampiri kepada zina,malahan sudah berlaku zina seperti mana hadis Nabi S.A.W tersebut.

Cinta itu fitrah manusia.Islam tidak menghalang umatnya untuk bercinta.Tetapi letaklah cinta kalian di tempat paling agung yang mampu membawa kalian hingga ke syurga.Fikirkan bukan cinta hingga mati,tetai bercintalah sehingga anda dibangkitkan kembali,kemudia diberi pembalasan nanti,waima pembalasan baik atau buruk.

Jika hari ini kalian sudah membelakangi Allah dengan cinta kalian,bagaimana mahu bercinta hingga ke syurga?

CABARAN HARI INI

"Aku tengok budak-budak sekolah semakin teruk.Hari tu,aku berborak dengan guru disiplin berkenaan pelajar sekolah di situ,astaghfirullah..Cikgu tu kata,susah jadi cikgu sekarang.Budak-budak semakin teruk sekarang.Tingkatan 1 pun sudah pandai berzina,macam mana lah tu," ujar abang lewat petang itu.

Ya,memang diakui dan ana amat takutkan itu.Manakan tidak,bahana cinta ini cukup hebat.Sanggup menggadaikan segala-galanya hatta agama hanya kerana mengejar cinta. Moga terpelihara diri kita dari bahana cinta tanpa restu Ilahi ini.

Wahai sahabat dan adik-adikku sekalian.Banyak hikmah yang kita perolehi jika kita memelihara diri.Sehingga sekarang ana masih berpegang pada janji Allah di dalam firmanNya

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula)." (An-Nuur:26)

Jadilah wanita dan laki yang baik yang berpegang pada syariat Ilahi.Bersabarlah sementara,tidak lama.Jodoh itu pasti tiba bila jiwa sudah bersedia.

MENONGKAH ARUS



"Eh,kau tak ada pakwe?Tipulah kau takde,"tanya kenalan lama.

"Tak adalah,tak perlu pun.Untuk apa ada pakwe?Satu kewajiban ke?"ana menyoal kembali.

"Tidaklah,kalau takde,nanti orang kata tak laku pula,kena lah cari jodoh dulu,lepas tu tak payah nak fikir cari jodoh dah bekerja nanti.Masa tu pening kepala.Lagipun kena lah kenal pasangan dulu untuk tahu serasi atau tidak,"jawab kawan.

"Hurm...biarlah orang kata aku tak laku,asal Allah sentiasa memandang aku yang tak laku dek pandangan orang.Mengenai jodoh,memang kita perlu berusaha,tetapi berusahalah dengan cara keredhaan Allah.Adakah bercouple itu diredhai Allah?Kau boleh jawab sendiri kan.Segala-galanya Allah sudah tetapkan,jadi aku kira,aku punya wali yang mampu mencarikan,di samping aku berusaha dan berdoa.Serasi atau tidak,apalah gunanya adat bertunang?Bukankah bertunang itu adalah sesi taaruf antara kita dan pasangan?Kalau sesuai,teruskan,kalau tidak putuskan.Sebab itu Islam menganjurkan bertunang jangan terlalu dihebohkan,cukup sekadar yang perlu mengetahui.Malahan bertunang bukan tiket untuk kita bebas keluar berdua.Ada caranya.Jangan terlalu mengikut orang,tidak semestinya apa yang orang buat itu betul,mereka mungkin tidak mengetahui saja,"panjang lebar ana jawab soalan kenalan itu.

Terdiam kenalan,berfikir barangkali.

Bukan diri ini tidak pernah dirisik untuk dijadikan kekasih,tetapi iman memelihara diri.Sedari sekolah rendah sehingga zaman universiti kini,ujian sebegini tidak pernah lari.Kerna ana memelihara cinta hanya untuk yang selayaknya kelak.

Dipuja oleh lelaki atau wanita?Wah..anda kelihatan hebat barangkali.Tetapi jangan kita lemas dalam pujaan itu,kerna bisa menjadi fitnah pada diri.

Biarlah kita menongkah arus,menjadi suci dalam debu..kerana apa yang dicari adalah redha Ilahi di sebalik kelemahan diri..

Anda bijak?jauhi zina....


Monday, June 28, 2010

Misteri di sebalik URL Blogspot!

Salam a'laikum sahabat-sahabatku sekalian..

Atas dasar kesedaran,mungkin kalian ada yang sudah tahu atau tidak tahu mengenai berita ini.Ana tidak mahu mengulas mengenai isu crocs yang mempunyai kalimat Allah atau sebagainya kerana ramai yang sudah mengulas hal itu di dalam blog masing-masing tetapi adakah kalian sedar atau tidak bahawa url blog ini terdapat satu kemisteriannya...

Oh,apakah yang misteri itu??

Begini..jika kalian menaip alamat url blog ini http://ayam-jihad.blogspot.com, yang akan keluar adalah seperti ini..


Tetapi jika kalian menaip url blog ini http://ayam-jihad.logspot.com, yang akan keluar adalah seperti ini...



Hanya menghilangkan abjad 'b' pada url blog,kita sudah dibawa ke laman dakyah agama lain pula.Jadi,sedarilah bahawa kita sememangnya semakin diasak bertubi-tubi dalam setiap inci.

APA YANG PERLU DILAKUKAN

Maklumat ini ana perolehi hasil makluman rakan blogger ana akh kuntet. Beliau telah menghantar mesej melalui kotak sembang di facebook.Kemudian ana rujuk pula pada entri yang telah dipost oleh cikgu Idris mengenai hal ini.

"Abang,cuba lihat perbedaan ni.Hilangkan abjad b pada url blog,apa akan keluar," ana memberi mesej pada abang.

"Aiyoh,kenapa jadi macam ni?" balas abang ana.

"Itulah,tak tahulah."

"Hurm..sekurang-kurangnya blog aku dah counter balik benda ni,"jawab abang.

Ya! Membuatkan ana terfikir akan sesuatu.

Para pengkhianat ini akan rugi besar jika kita menggunakan sepenuhnya blog ini untuk dakwah Islam juga! Isilah blog kita dengan sesuatu yang pasti merugikan mereka.Tazkirah, motivasi Islam dan sebagainya sepatutnya menjadi keutamaan dalam setiap entri kita.

Mahu menceritakan kisah peribadi di dalam blog itu hak masing-masing tetapi ana cuba menasihatkan diri dan para sahabat sekalian agar setiap entri yang ktia buat,biarlah yang menguntungkan agama kita.Kita diserang,jangan berdiam diri!

Mungkin setelah ada yang membaca berita ini,ada yang mahu menutup akaun blog.Silakan jika di rasa itu yang terbaik.Tetapi jika mahu alternatif lain,mungkin kalian boleh menukar alamat url blog anda dengan dot.tk..tidak ada kaitan dengan link blogspot.

Justeru,jika mahu,berkongsilah hal ini dengan rakan-rakan lain.

Berfikirlah....

TERSEDAR

Ana baru tersedar,dahulu ana juga pernah menaip url blog abang ana.Terlupa pada masa itu apakah alamat urlnya, setelah ditaip yang keluar adalah laman mega bible tersebut.

Ini blog kalian.Apa yang perlu dibuat,fikirkan sebaiknya untuk agama kita.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud..

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu),dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihai orang-orang yang berlaku adil.Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama(kamu),dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu,serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahanah 60:8-9)

Sunday, June 27, 2010

Mencari pelangi hidup...


Anak kecil itu...

Resah kelihatan melalui riak wajahnya.Menghitung detik di jam dinding kelas.Memerhati kawan-kawan lain khusyuk menghadap kertas masing-masing.Anak kecil itu masih gelisah,menoleh sekejap ke kiri,kemudian ke kanan.Kertas yang hampir siap dijawab itu diramas-ramas hujungnya.

Tidak perasan kawannya di sebelah asyik memerhati tingkahnya.Tersedar dia akan sesuatu,keganjilan pada anak kecil itu.

Pensil warna!

Ya,anak kecil itu tiada pensil warna di mejanya.Bagaimana mahu menjawab soalan di kertas tersebut?Tiada pensil warna bermakna tidak habis menjawab soalan tersebut.

"Psst..pssttt..Suhana.."

Anak kecil itu menoleh,melihat siapa yang berbisik memanggilnya.Oh..rakan di sebelahnya..Anggukan kepalanya menandakan dia menjawab bisikan itu.Takut tersedar oleh guru,mungkin akibatnya di tuduh meniru pula.

"Kau tak ada pensil warna ke?Nah guna aku punya dulu,aku tak siap jawab soalan lagi.Nanti kau bagi aku kalau dah siap," kata kawannya menghulur sebekas pensil warna sambil memerhati guru di hadapan yang khusyuk mencoret sesuatu pada buku tebalnya.Buku pengajaran barangkali.

"Err..terima kasih,"jawab anak kecil itu.Segera dia menyudahkan menjawab soalan itu agar kawannya sempat menggunakan pensil warnanya kembali.

Terima kasih kawanku,kerana pensil warna itu.Meski berbelas tahun perkara itu berlaku tetapi tetap tidak akan dilupa oleh diri ini.Seorang anak kecil yang kekurangan peralatan sekolahnya cuma mampu menagih belas pada kawan-kawan.

Hari ini,ana berjumpa kembali dengan rakan-rakan ketika sekolah rendah dahulu.Kenangan lama dikorek kembali,mencungkil memori berbelas tahun dahulu.Tidak kering gusi asyik ketawa dengan keletah rakan.

"Kalau keluar dengan aku,pasti awet muda punya.Asyik nak gelak je.Lepas tu balik rumah terus tidur,penat,"kata Ruzz.

Petang itu,pusat bowling menjadi destinasi kami.Berlawan antara kami,kecoh bukan main. Oh,nasib menyebelahi ana,kerana memenangi semua game.Tidaklah handal,kerana mata penyudah pun agaknya kalau orang lain lihat boleh gelak barangkali.

"Eh,mana perginya Ella?Tadi dia ada kat sini,"tanya ana pada rakan lain.Slip peperiksaan UPSR masih di tangan.Mencari rakan-rakan untuk berkongsi kegembiraan.

"Ye lah,mana pergi dia ya?Jom kita cari,"balas seorang rakan pula.

Setiap pelusuk sekolah kami cari.Di pohon ketapang itu juga kami jumpa.Melihat kesedihan wajah di muka sudah dapat menjawab persoalan di benak kami.Lantas kami menyabarkan hati kawan.Cuba menghidupkan suasana yang lebih mesra waktu kawan kedukaan.

Bila terkenang kembali memori lama,pasti senyum terpamer di wajah.Merindui zaman kecil itu,ketika sama-sama masih mencari pelangi kehidupan.

Lewat petang itu,kami beriadah ke padang polo pula.Sambil menikmati cendol,keropok lekor dan rojak, melihat gelagat orang ramai.Ada yang bermain badminton bersama keluarga,bermain bola sepak,berjongging,bermain layang-layang dan sebagainya.Sungguh indah suasana itu disulami gelak tawa kami kerana berbual kehidupan kami kini.

SAHABAT ITU...

Pepatah pernah berkata..berkawan biar seribu,berkasih biar satu.

Tetapi bagi ana,berkawan biarlah seribu tetapi kualitinya ada.Jangan memandang kawan pada kuantitinya sahaja,kualiti itu perlu.Berkasih lah sebanyak-banyaknya terutama kepada Maha Pencipta,ibu bapa,kaum keluarga juga saudara seagama.

Ungkapan sahabat itu amat bermakna.Sahabat itu adalah mereka yang mengajak kita kepada Allah s.w.t..Siapa sahabat kita mencerminkan siapa diri kita.

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Berhatilah-hatilah dalam memilih kawan.

“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

Mencari seorang sahabat yang baik sukar atau mudah?Mari kita lihat pesan al-Qamah kepada anaknya..

1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.


Terima kasih Ruzz kerana pensil warna itu..



Senang bersama kalian..



Bersahabat kita kerana Allah s.w.t..

Saturday, June 26, 2010

Rezeki ku rupanya...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah serta Maha Mengasihani..

Keadaan ana yang kurang sihat membuatkan ana membantutkan hasrat untuk menziarahi blog rakan-rakan.Jadi,peluang yang ada ana gunakan untuk beristirehat.Merehatkan badan bagi memberi secukup tenaga untuk terus beribadat pada Allah s.w.t dan bekerja untuk umat..

Waktu hening itu,sementara menunggu Subuh ana menziarahi blog rakan-rakan yang berkunjung.Sempat juga ana membalas kunjungan mereka.Tetapi ada satu jejak yang ana baru teringat tiba-tiba..

qamarguyz : salam ziarah..jom lihat siapa yanG kena

Oh,apa yang kena ni.Ada kena-mengena?Pastilah ada..jadi ana pun meninjau blog rakan ini. Melihat entri beliau,ana baru teringat.Beberapa minggu lepas,ana ada menyertai satu contest bertajuk aksara pencorak hidupku.Syarat-syaratanya berdasarkan ulasan buku dan ana telah menyiapkan entrinya di sini..

Apa yang ana lihat?? Jeng...jeng...jeng...

Ana mendapat tempat pertama untuk contest tersebut..di sini keputusannya.Hadiah yang paling ana gemari,bahan bacaan bernilai RM40..SubhanAllah,Alhamdulillah,Allahuakbar!!

Ini kali pertama ana menyertai pertandingan di blog.Sebelum ini berminat juga untuk menyertai tetapi melihat contest yang dianjurkan kurang menarik hati ana.Contest yang dianjurkan oleh akhi Azrai ini pada pendapat ana memang sangat bagus kerana cukup berilmiah.Mengajak para pembaca mengenal buku yang dibaca serta ditambah dengan ibrah para pengulasnya.

Malahan penyertaan ana ini juga adalah untuk menilai sejauh mana penulisan ana.Terukkah atau apa-apa..Mungkin perlu diperbaiki lagi supaya dapat seiring dengan penulisan abang ana dan juga penulis-penulis tanah air yang lain.

Ana orang pertama menghantar penyertaan (kerana idea mencurah-curah ketika itu,takut hilang kalau ditangguh)..Dan menang juga tempat pertama (tak sangka betul)..Adakah ini kebetulan atau suratan??ohh~

Tahniah juga kepada pemenang-pemenang yang lain.Tidak lupa juga kepada para peserta yang lain.Anda memang hebat kerana berjaya menyertai contest sebegini!!

p/s : Moga ada lagi para blogger yang menganjurkan contest manfaat untuk umat ini.InsyAllah ana juga ingin melakukan contest yang bermanfaat untuk kalian...Apa yang penting,menggapai mardhatillah di sebalik segala usaha dan pekerjaan kita.

Thursday, June 24, 2010

Kasih ibu dan ayah hingga ke syurga...


Mari kita bermuhasabah diri sebentar...

Sering kali meniti di bibir kita bahawa kita terlalu menyayangi ibu dan ayah kita.Tetapi adakah sekadar lafaz kasih itu cukup untuk memberi bukti betapa kita kasihkan ibu dan ayah.

Pernah dengar pepatah..action louder than speak the words..

Oh,bukanlah ana membuat konklusi bahawa lafaz kasih terhadap ibu bapa itu tidak perlu,tetapi kadang-kadang tindakan kita itu juga cukup membuktikan betapa kita menyayangi mereka.Mugnkin ruang kali ini ana ingin berbicara mengenai 'tindakan' kita.

Cuba kalian berada dalam situasi di mana tika itu ibu atau ayah kalian berada dalam keadaan kurang sihat.

"Iskh,siapa yang muntah dekat sofa ni,penat aku kemas rumah tadi," rungut Leha melihat muntah yang bersisa di sofanya.Sudah lah penat mengemas,tiba-tiba pula majalah dan surat khabar bersepah.Angin monsun mula melanda dalam diri.

"Uhuk..uhuk..erm..mak..yang termuntah tadi,tak sempat nak ke tandas," tergagap-gagap Mak Senah memberitahu.Keadaan kesihatannya yang kurang baik membuatkan dia kurang upaya untuk bergerak.

"Euww..siapa nak cuci muntah ni,dah lah berbau..loya tekak nak cuci ni," sambil menutup hidungnya,Leha berlalu begitu sahaja.

Leha mungkin terlupa sesuatu.Mari kita ingatkan padanya..

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya,

atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu,

maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). [al-Isra 17:23]


Kalau kalian berada pada situasi ini,apa yang kalian lakukan.Adakah mengikut kelakuan Leha atau mencuci muntah tersebut dengan ikhlas kerana apa lah sangat melakukan kerja tersebut berbanding kepayahan ibu yang sanggup bergadai nyawa semata-mata untuk melahirkan kalian.Manakah yang paling utama.Letakkan diri kalian pada sifat yang paling jujur sekali untuk menjawab persoalan ini.Ketuklah dan tanya pada isi hati kalian.Sejujur dan seikhlasnya.

"Abah,apa abah buat ni?" terperanjat Seman melihat tingkah bapanya.Sudah lah berada di komplek membeli belah yang terkemuka,merah muka Seman menahan malu.

"A..a..abah..tak..tahan.."pucat muka Pakcik Mus.

"Takpe lah abah.Mari Man bawa abah ke tandas.Nanti Man cuci ya.."perlahan Seman memujuk ayahnya, kerana tidak tahan,lalu Pakcik Mus terkencing di seluarnya.Basah..

Owh,kerana tidak tahan lalu dilempiaskan sahaja di seluar.Penyakit apa itu? Tentunya penyakit sudah tua.Ya,kerana sudah semakin tua,pemikiran mula kabur untuk melakukan sesuatu tanpa memikir akibatnya.

Apakah yang membuatkan Seman begitu sabar melayan karenah ayahnya.Sudahlah membuat onar di kompleks yang terdapat ratusan orang pula.Ini sebabnya..

Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibubapa.” [al-An’aam 6:151]

Haram untuk kita berlaku buruk terhadap ibu bapa.Apakah haram? yakni melakukan kita mendapat dosa dan meninggalkan kita mendapat ganjaran pahala.SubhanAllah...Jadikan kami golongan yang berbuat kebaikan.

Cabaran dalam berbuat baik terhadap ibu bapa perlu kita tangani dengan penuh sabar dan tidak mengungkit-ungkit. Jadilah anak yang mampu membahagiakan ibu bapa kerana apa?..Hidup kita ini hanyalah untuk mencari redhanya.Justeru Rasulullah s.a.w telah bersabda..

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.


Bayangkan jika hidup ini tiada mendapat redha-Nya..Astaghfirullah..sungguh tiada daya jika tidak hanya dengan memohon pertolongan kepadaMu ya Allah..

Renung-renungkan bersama.Jika umur kita masih muda,berbaktilah sedaya upaya terhadap ibu bapa.Jangan biar mereka hilang di dunia barulah kita tersentak untuk sedar bahawa kita terlalu menyayangi mereka.Sebesar mana dosa mereka terhadap anda,padamkan lah ia dengan hanya secebis keikhlasan.Terbitkan sinar di hati kalian untuk terus menjadi pelayan ibu dan ayah anda..

Wednesday, June 23, 2010

Misi melunasi hutang...


Assalammua'laikum sekalian..

Alhamdulillah,diberi sedikit kesempatan dan waktu untuk melunasi sesuatu.Maaf pada pemberi award atas pemberian kalian.

INI ADALAH AWARD DARI CIK ANN DAN ENCIK BLUR..


Terima kasih tidak terhingga atas anugerah blog ini.Aksara itu cukup berharga...


SETERUSNYA AWARD INI DATANGNYA DARI CIK ANN JUGA..


Terima kasih cik Ann..banyak betul terima anugerah dari anda ya..Macam tak layak nak terima sebab taklah sekreatif mana dalam berkarya..hehe..apa-apa pun,bila sudah menerima,terimalah dengan tangan yang terbuka dan senyuman menggoda..eh..silap..senyuman mesra..


DAN INI AWARD DARI CIK ANN JUGA..SEKALI LAGI..HEHE


Jadi ana cuba jawab tag untuk anugerah ini sekali ya (^_^)

1. Copy badge Friendship Award di bawah beserta tagline dibawahnya.

* Friendship Remains And Never Can End *

2. Jawab soalan-soalan berikut dengan jujur.

Adakah anda kawan saya?
Sudah tentu...Bukan musuh ya..hehe

Bagaimana cara kita bertemu/berkenalan?
Alahai,ana mengalami sedikit masalah memori ni.Hurm..rasanya jumpa di UiTM Penang dulu.Kita satu kelas waktu part 1 kan.Begitulah..pertemuan sebagai rakan sekelas..oh jangan dilupa waktu tu mengenai USTAZ SYUKRI kita ya...

Apakah anggapan anda apabila pertama kali bertemu/berkenalan dengan saya?
Anda adalah makhluk Allah yang dicipta cukup sempurna..oh..syahdu betul ayat ni

Adakah anda masih beranggapan sedemikian?
Masih begitu..solid!

Apakah yang mengingatkan anda kepada saya?
Warna Pink..memang obses pink betul budak ni...huhu...nanti bersanding tak sabar nak tengok pengantin lelaki pakai baju warna pink juga..uhuu

Pendapat anda tentang diri saya dalam satu perkataan sahaja.
Pink!

3. Berikan award ini kepada siapa sahaja yang anda mahu!
Dengan segala suka citanya..ana memberikan award persahabatan ini kepada...

a. Rakan-rakan ana di Pusat Pengajian Tinggi..oh..skemanya ( Cik Blur,En.Awang,Cik Suhailiza,Cik Ziah,CIk Lili,CIk Azah,Cik Asmida,Cik Jannah,semua kawan-kawan yang ada blog ya!)

b. Rakan-rakan ana di zaman sekolah pula ( Cik Yah,Cik Yamin,Cik Miza,Cik Masyitah..dan lain-lain..maaf larat nak menaip..hehe)

c. Rakan-rakan ana yang dikenali di dunia blog ini.Ukhwah Fillah abadan abada... ( Cik Sara,Cik Cheqna,Cik kacamata,Cik nur Insan,En. Mesintaip,En. Qamaryuz, En. Long Hafiz dan lain-lain..insyAllah diberitahu tentang award ini..)

d. dan tidak dilupa kepada para pembaca dan follower blog ini sekalian..anugerah ini untuk anda juga..terima kasih banyak-banyak di ucapkan..

Semoga kalian sudi menerima award ini ya..



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
 

About

MUSAFIR ILMU Copyright © 2009 Template is Designed by Islamic Wallpers