Jiwa yang merdeka..
Ada seekor anak singa yang tersesat di belantara.Kemudian anak singa tersebut telah dijumpai oleh seekor ibu kambing. Kerana sifat ibu yang penuh kasih sayang,lalu dijaga anak singa itu seperti anaknya sendiri. Hari demi hari berlalu hingga tidak sedar anak singa itu semakin membesar dalam jagaan si ibu kambing. kawan sepermainan juga dari warga kambing. Namun,rupanya gah seperti singa yang menjadi raja rimba namun ada sesuatu yang tidak kena, apakah dia? Suatu hari, seekor singa dapat mengepung sekumpulan kambing yang sedang mencari makanan untuk dimakan. Dalam sekumpulan kambing itu terdapat anak singa tersebut. Lalu ibu kambing itu menyuruh anak kambing tersebut melawan singa tersebut. Kerana ingin membalas jasa sang ibu yang menjaganya,maka keluarlah anak singa tersebut cuba menyelamatkan 'kamu keluarganya'. Apa yang terjadi? Singa tersebut terkejut apabila terpandangkan seekor anak singa yang keluar dari celah-celah kumpulan kambing tersebut.Hatinya tertanya-tanya, apa yan...